Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Kekal tercorot

Posted: 28 May 2012 11:17 AM PDT

CABARAN negara apda Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 mengalami renjatan apabila tumpas 2-3 kepada India di Stadium Azlan Shah, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan anak buah Tai Beng Hai kekal di tangga tercorot dalam carta kejohanan tujuh pasukan itu selepas hanya mengutip dua mata setakat ini sekali gus menyaksikan Malaysia perlu bangkit mengutip mata penuh dalam perlawanan seterusnya.


Pada perlawanan malam tadi, kesungguhan semata-mata tidak mencukupi buat skuad negara mendapatkan kemenangan pertama.

"Pemain bermain bagus tetapi apa yang penting ialah kesudahannya. Kita mencipta banyak peluang tapi tidak menterjemahkan menjadi gol berbanding lawan," kata Beng Hai selepas perlawanan.


Malaysia menyerbu garang ke arah kubu lawan sejak awal permainan untuk memaksa India bertahan selama lima minit.


Dalam tempoh itu, anak buah Tai Beng Hai memperoleh dua peluang terbuka tetapi gagal disempurnakan Faisal Saari.

Namun beliau mengaku suasana dan tempo perlawanan pantas membuatkan pemain melakukan kesilapan.


Sebaliknya India menggamamkan 10,000 penyokong tuan rumah apabila Danish Mujtaba membuka jaringan hasil serangan balas pada m-10.

Tiga minit kemudian Shivendra Singh menjadikan kedudukan 2-0 apabila merembat melepasi penjag agol, S Kumar dari pukulan sudut penalti Dua gol itu menyentap semangat Malaysia tetapi mujur India gagal menambah jaringan dalam keadaan pemain Malaysia tertekan.


Babak kedua menyaksikan skuad negara berjaya merapatkan jurang melalui Muhammad Amin Rahim m-40 namun empat minit kemudian Tushar Khandker menambah gol ketiga India.


Malaysia kembali bangkit mencipta gol kedua melalui Muhd Fitri Saari pada m-59 tetapi India berjaya bertahan untuk melakar kemenangan tipis sekali gus membuka semula peluangnya ke final.




Hilang fokus berulang

Posted: 28 May 2012 11:15 AM PDT

KESILAPAN pemain di penghujung permainan membuatkan skuad Bawah 22 tahun negara menggigit jari apabila seri 2-2 menentang pasukan pilihan Brazil pada aksi persahabatan di Budapest Hungary, kelmarin.

Biarpun mendahului dua kali dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Perang Dunia kedua Laszlo menerusi jaringan Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dan Ahmad Hazwan Bakri namun barisan Ong Kim Swee membenarkan lawan bangkit menyamakan kedudukan.


Kim Swee memuji peningkatan pemain selepas tewas kepada kelab liga utama Hungary, Ferencvaros TC 0-5, Selasa lalu namun dalam masa sama kecewa dengan masalah lama yang berulang.

"Kami boleh menang perlawanan ini tapi pemain hilang fokus pada minit akhir permainan. "Apa yang berlaku ini seperti yang terjadi ketika kalah dengan Bahrain (2-3) pada pusingan kelayakan Olimpik lalu.


"Dari segi permainan memang ada peningkatan apabila mereka berjaya mencipta peluang dan bertahan tapi pemain belum matang. "Keputusan ini bagus sebagai peringatan kepada mereka apabila mengharungi perlawanan sebenar," katanya.


Dalam pertemuan dengan skuad pilihan Brazil yang dibarisi pemain Brazil yang beraksi dalam Liga Hungary itu, Kim Swee membuat rombakan dengan meletakkan Fandi Othman bergandingan dengan Shahrul Saad di bahagian pertahanan tengah.

Pemain kelab Portugal, S C Beira-Mar, Muhammad Nazmi Faiz Mansor pula berada di bangku simpanan dengan posisinya diisi pemain berusia 16 tahun, Muhammad Ariff Farhan Md Isa.


Gol skuad negara dijaringkan Azrif pada minit ke-45 dan Hazwan minit-58.

Skuad B-22 yang kini dalam persiapan ke kejohanan Kelayakan Piala Asia 2013 di Myanmar 23 Jun ini akan beraksi menentang kelab Hungary, Honved Budapest esok bagi perlawanan terakhir di sini.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan