Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Tuan rumah gentar

Posted: 19 May 2012 07:52 AM PDT

JIKA kita berasa tiada peluang untuk muncul juara Piala Thomas, tuan rumah China tetap menganggap Malaysia sebagai ancaman utama apabila hanya latihan skuad negara diganggu penganjur.

Kapten, Datuk Lee Chong Wei berkata, gangguan itu adalah lumrah biasa dan dia tidak mahu rakan sepasukan ambil pusing dengan helah juara bertahan itu.


"Ini tempat mereka, kita perlu terima apa yang mereka lakukan," katanya selepas kali pertama berlatih di gelanggang pertandingan.

Jika jadual latihan skuad negara diatur hampir sama dengan waktu ketibaan skuad di Wuhan, hari ini pemain negara hanya mendapat masa satu jam dan satu gelanggang untuk digunakan 10 pemain.


"Kalau nak diikutkan satu jam satu gelanggang memang tidak cukup. Tapi kita bernasib baik Indonesia memberikan gelanggang mereka kerana Indonesia berlatih di tempat rahsia mereka." Setiap pemain hanya menjalani latihan selama lapan minit atas gelanggang namun Chong Wei berkata, mereka mendapat latihan mencukupi di Guangzhou.


"Saya tidak fikirkan perang psikologi tuan rumah, tidak mahu biarkan perkara remeh mengganggu tumpuan. Sasaran utama tahun ini Olimpik tapi Piala Thomas kejohanan berpasukan paling penting.

"Saya perlu pamer permainan dan sikap terbaik untuk dicontohi 'junior'," kata Chong Wei ketika menjawab pertanyaan serangan psikologi tuan rumah yang tidak memasukkan gambarnya dalam promosi kejohanan, sebaliknya Taufik Hidayat (Indonesia) dan Peter Gade (Denmark) berada dalam poster besar di venue pertandingan.


Ketika ditanya kemungkinan bertemu China lebih awal, Chong Wei mengaku Malaysia mahu mengelak perkara itu.

"Mereka juga takut jumpa kita, sama-sama tak mahu jumpa awal." "Saya pesan kepada rakan jangan terlalu fikirkan keputusan. Saya tidak mahu mereka salahkan diri mereka. Kalau menang 3-1 atau 3-2 sekalipun, maknanya sama saja."




Rekod tak penting

Posted: 19 May 2012 07:49 AM PDT

MUNICH (Jerman): Penyerang Jerman kelahiran Poland, Miroslav Klose berhasrat menjulang gelaran pertamanya di Euro 2012.

Klose menyambut hari lahir ke-34, 9 Jun ini apabila Jerman memulakan perlawanan Kumpulan B menentang Portugal di Lviv.


Klose yang menjaringkan 63 gol dalam 114 penampilan mewakili negaranya, hanya ketinggalan lima gol berbanding rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Jerman iaitu 68 gol milik Gerd Mueller.

Rekod itu dicatat Mueller ketika membantu menewaskan Belanda 2-1 dalam final Piala Dunia 1974.


Namun Klose menegaskan, matlamat utama Jun ini adalah menyaksikan Jerman menyedari potensi mereka dan bukan melepasi rekod Mueller dengan memenangi final Euro 2012 di Kiev pada 1 Julai ini.


"Pasukan ini mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh," kata Klose yang bersiap sedia untuk menyertai kejohanan keenamnya.

Dia satu-satunya pemain yang menjaring lebih lima gol dalam dua edisi Piala Dunia berturut-turut (2002 dan 2006) dengan 14 gol Piala Dunia, berada di tempat kedua di belakang Ronaldo dari Brazil yang menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman kejohanan itu dengan 15 gol.


Selepas penampilan sulung pada 2001, Klose belum pernah menjulang gelaran utama meskipun pernah beraksi di Piala Dunia 2002, final Euro 2008 dan dua kali mara ke separuh akhir Piala Dunia pada 2006 dan 2010.

Pada Euro 2012, Klose mungkin beraksi bersama generasi baru pemain tengah Jerman iaitu Mario Goetze, 19 dan Marco Reus, 22 tapi bekas pemain Bremen dan Bayern itu gembira menjadi contoh kepada pemain muda.


"Penting untuk saya menunjukkan bagaimana pemain bola sepak profesional sepatutnya mengawal diri mereka," katanya. "Saya tidak suka menghabiskan masa di disko, fokus saya sentiasa untuk bola sepak." Klose sering mengelak daripada menjadi tumpuan dan kesungguhannya terhadap kecergasan sentiasa membantunya tetapi mengaku faktor usia mula memberi kesan terhadapnya.


"Pada usia ini, tahap pemulihan semakin perlahan, tiga perlawanan seminggu bukan satu masalah ketika berusia 23 tahun tetapi dengan situasi sama sekarang, ia memberi kesan terhadap fizikal saya," katanya. - AFP




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan