Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


PM suntik semangat Suryani

Posted: 06 Jun 2012 03:50 PM PDT

Sukan

SURYANI bersama suaminya, Marhazli.

SURYANI bersama suaminya, Marhazli.

Najib jamin biayai perubatan serta tiket penerbangan untuk suami

RATU menembak negara, Nur Suryani Mohd Taibi harus ceria ketika ini dengan 'perkhabaran melegakan' daripada Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Perdana Menteri, berkata beliau memberi jaminan segala keperluan, termasuk berkaitan keselamatan dan perubatan jaguh negara itu sepanjang pembabitannya pada temasya Sukan Olimpik London 2012 akan dibiayai. Najib yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata kerajaan akan memberi sokongan penuh dan bantuan kepada Nur Suryani. Sementara itu, Nur Suryani ketika dihubungi melahirkan rasa terkejut tetapi gembiranya dengan perkembangan baik ini yang mula menyuntik semangat menyahut cabaran London.

Najib jamin selesa buat Suryani

DATUK Seri Najib Razak berkata, beliau memberi jaminan segala keperluan, termasuk berkaitan keselamatan dan perubatan ratu menembak negara, Nur Suryani Mohd Taibi sepanjang pembabitannya pada temasya Sukan Olimpik London 2012 akan dibiayai.
Perdana Menteri berkata kesungguhan, ketahanan dan dedikasi Nur Suryani menghadapi cabaran ketika hamil untuk menyertai pertandingan berprestij itu amat disanjung.

Najib yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, kerajaan akan memberi sokongan penuh dan bantuan kepada Nur Suryani membolehkannya bertanding di Olimpik London.

"Beliau akan ditemani jurulatih dan doktor perubatan kontinjen Malaysia.
Usaha dilakukan mendapat tiket penerbangan untuk suaminya, Marhazli Mhotar serta tiket masuk menyaksikan pertandingan juga sedang diusahakan untuk Marhazli," kata Najib dalam satu kenyataan di Putrajaya, semalam.

Kelmarin, Berita Harian melaporkan Nur Suryani yang ingin suaminya, Marhazli menemaninya ketika temasya Olimpik London 2012, bakal direalisasikan apabila Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) – menerusi rangkaian unit berita sukan – sudi menggerakkan inisiatif itu, Julai ini.

Inisiatif itu dianjurkan untuk membolehkan Marhazli hadir sebagai penonton menemani isteri yang kini hamil tujuh bulan itu beraksi - menerusi sumbangan dalam bentuk tiket kapal terbang, penginapan atau bantuan kewangan bagi menampung perbelanjaan.

Sementara itu, Nur Suryani terharu dan gembira dengan jaminan Perdana Menteri dalam usahanya memikul cabaran negara di London nanti.

"Saya gembira dan berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi menaja suami saya ke London," kata Suryani.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong mengalu-alukan usaha dilakukan MPB dan berharap mungkin tabung itu mungkin boleh dijadikan tabung tetap bagi kes seumpamanya pada masa akan datang.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang prihatin terhadap atlit negara.

"Tabung dilancarkan Media Prima memang dialu-alukan dan jika kutipannya melebihi kos diperlukan untuk membawa suami Suryani ke London, mungkin kita boleh memulakan tabung tetap untuk masa akan datang," kata Zolkples.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

busu ns

terimakasih pm kerana menaja suami suryani ke london. semoga suryani memperolehi emas disamping suami tersayang dan anak yg dikandunginya.

juki john

Jangan hanya mengharapkan DLCW untuk mendapat,mereka lain juga ada peluang,oleh kerana itu pengurusan mereka hendaklah adil.Jangan tunggu PM buat sesuatu baru persatuan nak buat.MSN buat apa???

Na O Mei

Rasa2nya Suryani athlet pertama beraksi sewaktu mengandung. Pasti ini satu kenangan manis yang paling indah untuk di ingati oleh beliau, keluarga & bakal baby. Go Suryani..Buktikan awak seorang wanita yang boleh membanggakan rakyat M'sia.

Norhalida Zakaria

semoga berjaya dengan cemerlang dan meraih pingat emas untuk Malaysia....go...go...go...suryani the best....

Man Klang

Semoga Suryani dapat merangkul emas dengan adanya suami di sisi. Malaysia memang boleh!


Ranking negara turun setangga

Posted: 06 Jun 2012 03:20 PM PDT

SKUAD bola sepak kebangsaan turun satu anak tangga ke kedudukan 154 dunia dalam ranking terbaru dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), semalam.

Keputusan seri 0-0 dengan Filipina Jumaat lalu, menyaksikan Malaysia kini mengumpul 151 mata, kurang dua mata berbanding bulan lalu manakala Filipina turut turun satu anak tangga ke kedudukan 149.

Bagi memastikan Malaysia tidak dipintas Singapura yang kini naik satu anak tangga ke kedudukan 157 dunia, skuad kebangsaan tidak boleh tewas pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Jalan Besar, malam esok.

Ini kerana, jumlah mata Malaysia tidak mampu diatasi Singapura jika skuad kendalian Datuk K Rajagobal sekurang-kurangnya menang sekali dan seri sekali pada dua aksi bertemu Singapura, termasuk di Stadium Shah Alam, Selasa depan.

"Kita kena akur dengan ranking FIFA dan tak boleh pertikai cara perkiraannya.
Tapi kekuatan pasukan, kita masih mampu beri saingan biarpun Vietnam di kedudukan 98, Thailand 136, Filipina 149 dan Indonesia 151.
"Untuk pengetahuan, kita sudah hantar permohonan kepada Vietnam untuk aksi persahabatan. Cuma mereka belum beri persetujuan. Kalau jadi, kita boleh tunjukkan sejauh mana pasukan ranking 154 mampu bersaing dengan pasukan ranking 98.

"Jadi untuk bertemu Singapura (esok), fokus kita hanyalah menang. Walaupun ia sekali lagi membabitkan ranking, saya tak mahu jurulatih dan pemain terlalu tertekan memikirkannya," kata pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal ketika dihubungi.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

anak hindu

tahniah rajagopal........tahniah tahniah...setiap perlawanan adalah utk percubaan.....tahniahhh tahniahhhhhhhhhhhhhhhhhh

eleh... br 1 tangga kan.. small the pieces la... 'kena puji2 je.. kalo komen atau kutuk x pasal2 kena band plak ngan FAM'

Super Soccer Kids

Pada pendapat saya mutu bola sepak Malaysia agak merosot sedikit berbanding negara lain di Asia Tenggara seperti Vietnam,Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina yang sedang meningkat naik, jika sebelum ini kita mampu menewaskan pasukan bolasepak seperti Filipina dengan jumlah jaringan gol yang besar tetapi sekarang untuk mendapatkan satu gol pun sudah semakin sukar,di peringkat asia tenggara pun kita masih terkial-kial inikan pula ingin ke peringkat yang lebih tinggi lagi, untuk menaikkan rangking kita di tahap yg lebih terpuji sepatutnya kita harus dapat menewaskan pasukan di asia tenggara terlebih dahulu seperti Filipina dan singapura, semua pihak yang terlibat perlu berganding bahu dan bertindak dari sekarang untuk menaikkan imej dan maruah bolasepak negara ke tahap yang lebih baik di peringkat asia tenggara terlebih dahulu barulah kita pergi ke peringkat yg lebih tinggi selepas itu. Program-program pembangunan generasi pelapis di masa akan perlu di bentuk dari sekarang agar kita mempunyai pemain yang benar-benar berkualiti.

mohd fairus zakaria

1.RANKING TAK PENTING
2.KITA MASIH MENCUBA PEMAIN
3.KITA MASIH MENCARI KESERASIAN
4.INI CUMA PERLAWANAN PERSAHABATAN
5.INI HANYALAH EKSPERIMEN
6.KITA MASIH ADA RAMAI PEMAIN YANG BELUM DIPANGGIL
7.SAYA CUKUP BERPUAS HATI
8.SAYA KENAL PEMAIN SAYA
9.KITA TIDAK PERLU RISAU TENTANG RANKING
10.SAYALAH ....

anak rimau

stamina dah ok. kemahiran bola ok. cuma cara main kena upgrade sikit. kena main mcm sepanyol. hantaran pendek, bola rendah dan penguasaan bola. team kita jangan main bola tinggi. Dapat bola je lambung ke penyerang. lagi satu penjaga gol kurangkan tendang bola tinggi, pass ke pemain untuk mengelakkan bola dapat ke pemain lawan.

gomo

raja gopal letak la jawatan, bg jurulatih baru pulak

adam zhorif

rangking tak penting.... kempunan ler naik main BPL...hanya rangking dunia bawah 90 jer yg diterima

HARIMAU TERKULAI

Inilah hasilnya.. apabila org yang tidak berkemampuan dipilih untuk memimpin.. bukan sindiran, tapi ikhlas dari hati salah seorang peminat pencinta bola sepak tanahair...

hari2mau

syabas FAM...............

jebat besut

Tak pe!....Rangkin tak penting yang penting dapat pertahan piala AFF....Tapi yg tak sedapnya ia mempertaruhkan maruah negara...seperti kata Annuar Musa sampai bila nak cuba pemain....lebih baik mantapkan permata yg kita ada....asah bakat dan teknik hantaran bola ......jangan buang masa.....negara lain dok kuatkan pasukan mereka...kita sampai bila mau CUBA....kalau kalah alasannya kita masih mencuba pemain.....kalau menang alasannya itulah pemain yg kita cari.....kalau seri alasannya kita dapat mengekang pasukan lawan ....sambil tu rangkin kita terus jatuh.....Saya rasa Kim Swee lebih bagus dalam segi kejurulatihan...Maaf!!!

Hadi

Bagi peluang Tan Sri Anuar Musa jadi Presiden FAM.. Contoh dah ada Kelantan NO 1 di Malaysia dibawah pimpinannya.. Lupakan sengketa dan kedudukan, maruah Malaysia perlu keutamaan. Bangun-Bangun-Bangun Harimau Bangun, Jangan Tidur Lagi..Sahutlah Cabaran.

Nasarudin

Tahniah Datuk-Datuk sekalian. pgg lah jwtn tu smpi cpai target ranking ke 200.

ejay

raja gopal memang tetttt...rangking malaysia pun memang tettt..fam pun mmg teeettt..syabas gopal, fam dan skuad negara..syabas juga skuad negara asean yg lain sbb lebih maju dr malaysia..andai anda x mampu turunlah jawatanmu..jdkan maradona ikutanmu!!

nur shuhada

*saya tak berani nak bersuara risau kena gantung seumur hidup*

nasi kerabu

Terbaikkkkkkkkkkkk raja gopal

sufi

lepas ni lawan lar dgn pasukan negeri2 dlm Msia jer.......RANKING TAK PENTING KAN?!!

janggutsemanggol

Dolu ada Pemimpin kata,apa ada pd ranking.

godang

ranking penting, tapi apalah sangat ranking kalau nak dibandingkan dengan juara piala suzuki dan emas sukan sea lagi sekali. kalau layak ke peringkat kumpulan kelayakan piala dunia, olimpik, asia dsb pun ok. ranking tu pandai2 la die naik sendiri.

puteragobal

Ranking tidak penting

wan mohd nizam

ranking tarak apa2 bg turun lagi pun tarak apa jugak....yg penting tiap2 bulan wang mau masuk poket....

annacomel

bagus untuk di ketahui...sememangnya kita kena sedar dan tahu diri kita...sukan bola sepak yang memerlukan kemahiran dan fizikal yang baik..kita hanya boleh meninngkatkan kemahiran sahaja..selagi fizikal tahap asia kita takkan ke mana pun.. tidak perlulah berangan tinggi.lebih baik tumpukan kepada sukan yang boleh kita kuasai peringkat dunia yang melibatkan kemahiran sahaja..berpijaklah dibumi nyata..jadikan bola sepak hanya sukan sahaja...saya ulang sekali lagi..berpijaklah dibumi nyata...sebagaimana sukan olahraga.

peminat bola negara

Apapun bak kata coach kita mencuba pemain pemain dan memberi pengalaman dan ia merupakan percubaan. Bak kata mudahnya anggaplah ini cubaaann belaka, Susah nak cakaplah.. Masuk angin keluar asap. Maruah negara di cuba cuba sahaja...

kubarabik

Tahniah FAM, Tahniah Rajagopal..Malaysia hebat dengan raking terbaru..tak pe raking tak penting..syabas sebab tak boleh di tegur

malaysiaboleh

arghhh....jatuh lagi..!!!. peminat sudah pasti berasa gusar dengan pencapaian harimau malaya. dari sudut positif, bangkitlah harimau, bangun harimau bangun.kalau philipine dah di atas kita dari segi ranking dan kita tak dapat tewaskan mereka 2 perlawanan, bolasepak kita amat mendukacitakan. bangunlah, kembalikan maruah kita. menang semua game selepas ini. brapa jaringan tidak penting yang penting mesti menang. kalau jaringkan kan gl minit pertama, mesti pertahankan gol 89 minit lagi supaya kita menang. tidak perlu serangan bertubi kalau tak dapat jaringkan gol. biar satu percubaan satu gol lebih bermakna. Coach, player, management harus faham mesej yang kita hadapi dalam bola sepak kita. selamatkan bola sepak kita.bangun harimau bangun.

batoulelisou.blogspot.com

ala.....peduli apa dengan kedudukan terbaru tu....ranking kan tak penting.....teruskan perjuangan menurunkan ranking negara....tak perlu dah nak dengar pendapat peminat dan pencinta bola sepak negara....teruskan menurunkan ranking negara...tak perlu lawan team2 gred A...lawan team B dan C pun cukuplah...semua kan eksperimen dan masih ada peningkatan.....

man

hakikat yang perlu diterima semua ialah sesiapa saja yang terjun dalam arena bola sepak Malaysia akan menerima tekanan yang cukup hebat sekali. kritikan dan cemuhan peminat adalah perkara lumrah. hanya mereka yang benar2 ikhlas sahaja layak mengendalikanya. komited sahaja belum cukup untuk mendapatkan penghargaan penyokong andai tugas yang diamanahkan berudang galah di sebalik batu.

melighani

Dari pegawai FAM dan pengendali pasukan Harimau Malaya ranking tak memberi apa-apa makna tapi bagi penganalisa,peminat bolasepak tempatan ianya sebagai 'penanda aras' kepada kemajuan pasukan bolasepak negara bukan sehari dua ni tapi lebih 20 tahun.Jangan cepat rasa yakin dapat kalahkan Vietnam utk perlawanan akan datang kerana nilaian mereka utk Harimau Malays berbeza dengan nilaian utk AFF 2010.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen