Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Ronaldo, Cech inspirasi pasukan

Posted: 20 Jun 2012 01:12 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]TIDAK dinafikan pertemuan suku akhir antara Republik Czech dengan Portugal, awal pagi esok membabitkan kelibat antara penjaga gol dilabel terbaik dan penyerang paling berbisa di Eropah.

Euro 2012: Blokhin 'naik angin' soalan wartawan

Posted: 20 Jun 2012 01:07 PM PDT

Sukan

DONETSK (Ukraine): Jurulatih Ukraine, Oleg Blokhin (kanan) melenting ke arah wartawan tempatan negara itu pada sidang media selepas perlawanan yang menyaksikan skuad bimbingannya tewas 0-1 kepada England, awal pagi semalam.

Legenda bola sepak Ukraine itu hilang sabar dengan soalan diajukan mengenai tahap fizikal pemainnya. "Hormati tugas saya. Mari selesaikannya satu lawan satu. Kamu mahu teruskannya bersama saya? Mari kita selesaikannya 'secara lelaki'," kata Blokhin. Ketika wartawan terbabit mula berdiri, moderator UEFA yang mengendalikan sidang media itu segera cuba meredakan keadaan, namun Blokhin meneruskan kemarahannya.

"Kamu perlu hormati saya yang pernah main bola sepak. Adakah kamu pernah main bola sepak? Hormati kerja saya dan diri saya. Saya takkan benarkan sesiapa pun mengkritik pasukan saya.

"Jika kamu lelaki, mari berdepan saya. Kita selesaikan satu lawan satu," tambah pengendali Ukraine itu.

Sementara itu, Blokhin mempersoalkan tindakan pembantu pengadil di tepi gawang gol yang tidak membenarkan jaringan dilakukan Marko Devis biarpun bola jelas sudah melepasi garisan gol.
"Terdapat lima pengadil di atas padang dan bola itu sudah 50 sentimeter melepasi garisan gol. Jadi apa perlunya kita kena ada sampai lima pengadil?" soal Blokhin. - AFP


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen