Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Rooney wira sebenar

Posted: 20 Jun 2012 09:23 AM PDT

DONETSK: Pengurus England, Roy Hodgson memuji aksi wira pasukannya, Wayne Rooney yang membantu mereka merebut tiket ke suku akhir Euro 2012 menentang Itali.

Rooney menanduk masuk gol kemenangan untuk menjinakkan tuan rumah bersama Ukraine di Donetsk, tiga minit selepas babak kedua bermula semalam.


Penyerang Manchester United itu yang kembali beraksi selepas menjalani penggantungan dua perlawanan sebelum itu mensia-siakan beberapa peluang menghasilkan jaringan namun ia tidak menjejaskan aksinya yang kini mengumpul 29 gol untuk England, kurang satu gol berbanding penjaring kelima terbanyak sepanjang zaman negaranya, Nat Lofthouse, Tom Finney dan Alan Shearer.

"Dia memiliki karisma positif," kata Hodgson mengenai pemain penyerangnya itu.


"Bagi mereka yang mengikuti perkembangan England dan Manchester United serta Everton, anda tahu kemampuan dan kualiti Rooney. Dia mempamerkan kemampuannya malam ini (semalam). Dia dan (Danny) Welbeck berusaha keras dalam perlawanan ini." Hodgson tetap mempertahankan keputusan mengeluarkan Rooney di penghujung perlawanan.


Bagaimanapun selepas hanya tampil selama 37 minit pada perlawanan terakhir dengan United pada 13 Mei lalu, pengurus England itu gembira dengan persembahan Rooney sepanjang perlawanan semalam.

"Ia perlawanan sulung selepas tidak beraksi dalam dua perlawanan pertama dan sudah lama dia tidak diturunkan dalam perlawanan kompetitif. Dia pastinya gembira dengan pengalaman yang dilaluinya," kata Hodgson.


"Rooney bermain selama 80 minit dan ia memberikan keyakinan kepadanya untuk menghadapi perlawanan seterusnya." - Agensi


Ayuh sertai Zon Selatan!

Posted: 20 Jun 2012 09:09 AM PDT

MASA semakin suntuk untuk pasukan yang berminat merebut hadiah wang tunai lumayan yang ditawarkan kepada juara Grand Final Karnival Futsal Harian Metro (KFHM) 2012 dijadual berlangsung pada pertengahan bulan depan.

Pada saingan kemuncak itu, juara Terbuka Lelaki akan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 diikuti RM12,000 bagi Terbuka Wanita serta Lelaki Bawah 17 tahun meraih RM10,000.


Medan terakhir bagi melayakkan diri ke saingan kemuncak itu adalah saingan Zon Selatan yang berlangsung di Johor pada 30 Jun dan 1 Julai dengan lapan tiket terakhir ditawarkan dalam setiap kategori yang dipertandingkan.

Lapan pasukan terbaik yang mara ke suku akhir dalam saingan Zon Selatan yang berlangsung di Sports Prima Johor Bahru akan menyertai 24 pasukan yang sudah menempah tiket menerusi saingan Zon Tengah, Timur dan Utara.


Mereka yang berminat perlu bertindak cepat kerana tarikh tutup bagi menyertai saingan Zon Selatan adalah esok dengan saingan dijangka sengit membabitkan pasukan tempatan serta pasukan dari luar Johor yang hadir untuk mencuba nasib. Setiap pasukan bagaimanapun dinasihatkan mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur bagi mengelakkan sebarang masalah terutamanya membabitkan pendaftaran nama pemain serta pembayaran yuran penyertaan.


KFHM 2012 dibawakan oleh AmBank selaku penaja utama dengan H-TWO-O sebagai penaja minuman rasmi selain Lancast (pakaian rasmi) dan Sani Express (pengangkutan rasmi).


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen