Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Keputusan saat akhir

Posted: 15 Jun 2012 11:59 AM PDT

KETIKA namanya disebut-sebut sebagai pelumba negara yang akan beraksi di Sukan Olimpik London dalam acara lebuh raya, Mohd Harrif Salleh menerima perkhabaran mendukacitakan apabila diketepikan pada saat akhir.

Harrif perlu menerima hakikat laluan sejauh 250km yang ditawarkan itu dan kriterium mengelilingi kawasan bukit di Box Hill tidak sesuai buat pakar pecut sepertinya justeru mendorong Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) membuat keputusan di saat akhir.


Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed mengumumkan keputusan itu dan berkata, jawatankuasa pemilihan yang dipengerusi Presiden PKBM, Abu Samah Wahab sebulat suara memilih Adiq Husainie Othman yang kini menguasai jersi pelumba muda terbaik di Tour de Beauce, Kanada dan Amir Mustafa Rusli yang berkayuh bersama pasukan profesional benua, Drapac Professional Cycling di Belgium, sebagai wakil negara ke Olimpik.

"Memang sebelum ini Harrif menjadi pilihan kedua selepas Adiq tapi selepas menilai laluan sejauh 250km itu dan mengambil kira pandangan, Amir dilihat mempunyai kekuatan bagi membantu Adiq memburu tempat terbaik. Laluan itu juga memihak kepada pelumba domestik seperti mereka.


"Keputusan dibuat selepas perbincangan dengan semua pihak termasuk dari ketua jurulatih, John Besleay, M Kumaresan selaku bekas pelumba negara, Timbalan PKBM, Datuk Naim Mohamad dan naib-naib presiden PKBM," katanya.


Perkara itu diperkukuhkan lagi Beasley yang menganggap laluan itu bukan untuk pelumba pecut seperti Harrif kerana ia amat sukar, sempit dan juga keadaan cuaca yang berangin.

Biarpun Harrif merekodkan keputusan yang baik di Le Tour de Langkawi (LTdL), Grand Prix Kebangsaan dan Jelajah Malaysia baru-baru ini, namun berdasarkan pencapaian di luar negara, Amir mempunyai rekod yang jauh lebih cemerlang.


"Kami cuba memilih pelumba terbaik untuk melakar keputusan terbaik buat negara. Amir dipilih sebagai pelumba kedua dan dia adalah harapan kita untuk membantu Adiq kerana saya harap mereka akan dapat menempatkan diri dalam kelompok hadapan. Justeru pemilihan ini mengambil kira semua aspek," kata Beasley.




Keane selar Ireland

Posted: 15 Jun 2012 11:56 AM PDT

LONDON: Bekas kapten Ireland, Roy Keane berang terhadap sikap rakan senegaranya selepas tewas 0-4 kepada penyandang juara Sepanyol yang menyaksikan mereka menjadi pasukan pertama tersingkir daripada Euro 2012.

Beliau yang kini berusia 40 tahun yang dibenci peminat sejak meninggalkan kem latihan Ireland menjelang pusingan akhir Piala Dunia 2002 begitu berang apabila mendengar temubual dengan pemain tengah, Keith Andrews selepas perlawanan.


Andrews memuji penyokong Ireland yang meskipun sedar mereka tewas teruk, masih terus menunggu ke hujung perlawanan hingga menenggelamkan sorakan penyokong Sepanyol di stadium dengan nyanyian 'Fields of Athenry'.

Meskipun Andrews turut berkata, persembahan pasukannya menyumbang kepada kekalahan itu selain mereka mengejar 'bayang-bayang' pemain Sepanyol dalam perlawanan itu, Keane yang kini bekerja sebagai pengulas saluran televisyen Inggeris, ITV, memberi tumpuan terhadap kenyataan yang diluahkan penyokong mereka.


"Pemain dan penyokong perlu menukar mentaliti," kata Keane. "Agak memalukan untuk berkata penyokong kami hebat. Penyokong mahu menyaksikan pemain melakukan yang terbaik dan bukannya memberikan gol mudah seperti itu. Kami perlu menukar sikap penyokong Ireland. Usah memperbodohkan diri sendiri, kita mahu melihat pasukan yang menang. Kita negara kecil, jangan berdolak-dalik." Meskipun tindakan Keane pada Piala Dunia 2002 mengejutkan rakan-rakannya, mereka kemudian menyerlah tanpa seorang pemain bertaraf dunia dengan mara ke pusingan kedua sebelum tewas menerusi sepakan penalti kepada Sepanyol Keane bagaimanapun kini meminta pemain menilai diri mereka.


"Pemain perlu bangkit selepas ini. Gol yang mereka berikan begitu mudah." - AFP




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan