Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Hodgson dalam dilema

Posted:

Hodgson dalam dilema

Hodgson dalam dilema

DARI kiri, Welbeck, Walcott dan Carroll masing-masing menjaringkan satu gol awal pagi tadi.


KIEV - Jurulatih England, Roy Hodgson berada dalam situasi dilema selepas menewaskan Sweden 3-2 dalam aksi penuh dramatik di Stadium Olimpik awal pagi tadi.

Kejayaan itu menyebabkan Hodgson buntu untuk memilih barisan pemain bagi menghadapi perlawanan terakhir Kumpulan C kempen kejohanan bola sepak Eropah (Euro) 2012 menentang Ukraine di Stadium Donbass Arena awal pagi Rabu ini.

Selain penyerang sensasi, Wayne Rooney yang akan kembali beraksi selepas menamatkan tempoh penggantungan, persembahan Andy Carroll dan Danny Welbeck cukup memukau.

"Saya gembira dengan prestasi para pemain. Bagaimanapun, saya dijangka menghadapi kesukaran untuk memilih pemain selepas melihat peningkatan prestasi yang dipamerkan.

"Saya amat berbangga dengan persembahan dua penyerang England (Carroll dan Welbeck). Sumbangan Theo Walcott pada perlawanan ini sangat menakjubkan.

"Walcott masuk selaku pemain gantian, menjadi lebih bermakna apabila dia sendiri menjaringkan gol dan membantu Welbeck meledakkan gol kemenangan.

"Sudah tentu Walcott menjadi pemain yang paling gembira pada perlawanan ini tetapi Rooney merupakan seorang pemain yang sangat istimewa.

"Setiap jurulatih pasti merasai detik sukar ini sekiranya beliau tidak menyenaraikan Rooney yang dianggap sebagai salah seorang penyerang terbaik dunia.

"Saya yakin, selepas memanaskan bangku simpanan sepanjang dua perlawanan lalu, kehadiran Rooney mampu memberi impak yang besar kepada pasukan," kata Hodgson.

Pada perlawanan awal pagi tadi, Carroll meletakkan England di depan pada minit ke-23.

Namun, Sweden berjaya mengikat kedudukan 1-1 hasil jaringan sendiri pemain England, Glen Johnson pada minit ke-49 sebelum Olof Mellberg meletakkan pasukan itu di depan pada minit ke-59.

Bagaimanapun, England bernasib baik apabila Walcott berjaya menyumbat gol kedua untuk mengikat kedudukan pada minit ke-64 sebelum Welbeck mengesahkan kemenangan pasukan itu pada minit ke-78.

Kemenangan itu meletakkan England di kedudukan kedua selepas berkongsi empat mata dengan Perancis manakala Ukraine dan Sweden masing-masing di tempat ketiga serta keempat.

Kini, skuad The Three Lions hanya perlu mengutip satu mata pada perlawanan menentang Ukraine untuk menempah slot ke suku akhir. - AFP

Perancis tampil aksi memukau

Posted:

Perancis tampil aksi memukau

Perancis tampil aksi memukau


PEMAIN-PEMAIN Perancis meraikan kejayaan pasukan itu mencatat kemenangan 2-0 ke atas Ukraine di Stadium Donbass Arena tengah malam semalam.


DONETSK, Ukraine - Jurulatih Perancis, Laurent Blanc mengakui beliau bimbang sekiranya perlawanan menentang Ukraine tengah malam semalam terpaksa dibatalkan.

Hujan lebat dan ribut petir memaksa perlawanan kedua Kumpulan D kempen kejohanan bola sepak Eropah (Euro) di Stadium Donbass Arena itu ditangguhkan hampir satu jam.

Bagaimanapun, cuaca buruk itu tidak menghalang Perancis untuk mencatat kemenangan 2-0.

Kemenangan itu meletakkan skuad kendalian Blanc di kedudukan teratas dalam Kumpulan D meskipun berkongsi empat mata bersama England.

Selepas seri 1-1 ketika menentang England pada aksi pertama, Isnin lalu, Blanc bimbang sekiranya cuaca buruk itu akan menganggu tumpuan dan corak permainan.

"Saya bimbang sekiranya perlawanan tersebut terpaksa ditunda kerana kami benar-benar mahu bermain.

"Kami lewat selama 30 minit ketika menentang England pada perlawanan pembukaan.

"Selepas cuaca buruk tersebut, saya mula beranggapan bahawa kami tidak akan bermula dengan baik pada pertemuan menentang Ukraine.

"Pada mulanya, kami meragui keadaan permukaan padang yang akan menganggu corak permainan dan strategi tetapi saya bersyukur kerana stadium itu masih berada dalam situasi yang baik dan kami dapat bermain seperti biasa," kata Blanc.

Sementara itu, pemain tengah Perancis, Franck Ribery berkata, Blanc memberikan kata-kata semangat kepada para pemain ketika menunggu perlawanan disambung semula.

"Jurulatih (Blanc) sentiasa berada di sisi kami dan memberikan sokongan kepada pemain-pemain sepanjang perlawanan ditangguhkan.

"Suatu situasi yang amat sukar dan kami menjangkakan perlawanan tersebut terpaksa dibatalkan ekoran cuaca buruk. - AFP

Belanda tukar strategi

Posted:

Belanda tukar strategi

Belanda tukar strategi


VAN MARWIJK (kiri) melihat para pemain Belanda menjalani latihan di Stadium Wisla, Krakow kelmarin.


KHARKIV, Ukraine - Belanda dijangka akan membuat rombakan di posisi sayap bagi menghadapi Portugal pada aksi terakhir Kumpulan B kempen kejohanan bola sepak Eropah di Stadium Metalist awal pagi esok.

Jurulatih Belanda, Bert van Marwijk berkata, perubahan itu sangat penting dalam usaha melayakkan diri ke suku akhir.

Kekalahan kepada Denmark dan Jerman pada dua aksi pertama telah menjejaskan status Belanda selaku pasukan pilihan untuk mara ke kelompok lapan pasukan terbaik itu.

"Saya melihat banyak kesimpulan yang boleh dikaitkan dengan kekalahan kepada Jerman.

"Barisan pertahanan terlalu leka dan corak permainan Ibrahim Afellay serta Arjen Robben di posisi sayap tidak cukup bagus," kata van Marwijk.

Untuk rekod, Belanda tewas 0-1 kepada Denmark pada aksi pembukaan sebelum anak-anak buah van Marwijk menerima nasib yang sama apabila kalah 1-2 dengan Jerman, Khamis lalu.

Jerman yang beraksi cemerlang dalam dua perlawanan awal memimpin kedudukan teratas kumpulan selepas mengutip enam mata manakala Portugal dan Denmark berkongsi tiga mata.

Belanda yang gagal meraih sebarang mata berhadapan dengan masalah yang besar kerana skuad itu mungkin akan tersingkir awal kejohanan tahun ini.

Van Marwijk yang menjadi subjek kritikan selepas aksi hambar yang dipamerkan skuad The Orenje dipercayai akan mengeluarkan Afellay daripada kesebelasan utamanya.

Malah pemain veteran, Robben turut dilaporkan bakal menerima nasib yang sama terutamanya selepas membantah tindakan van Marwijk menggantikannya dengan Dirk Kuyt ketika menentang Jerman.

Menurut media Belanda, jurulatih yang pernah membawa skuad itu hingga ke final Piala Dunia 2010 mungkin ''menurunkan' Kuyt atau penjaring terbanyak Liga Jerman musim lalu, Klass-Jan Hunterlaar. - AFP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan