Berita Harian: Sukan |
Harimau Malaya hampir aib Gunners Posted: 24 Jul 2012 07:35 PM PDT Kuala Lumpur: Kemenangan yang cukup memeritkan! Itulah yang dapat digambarkan kemenangan Arsenal ke atas Harimau Malaya dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Sebaik wisel ditiupkan, kedua-dua pasukan saling mengatur gerakan dengan jentera serangan Arsenal terlebih dulu menguji benteng pertahanan negara menerusi penyerangnya, Marouane Chamakh, namun rembatan derasnya pada minit ke-8 berjaya dibaca dengan baik oleh penjaga gol, Mohd Farizal Marlias. Rentetan daripada serangan berbahaya itu, corak permainan semakin panas dan pakar sepakan percuma kebangsaan, Safiq Rahim hampir meletakkan pasukan kebangsaan di depan tetapi sepakan lencongnya dari sebelah kanan pintu gol lawan bijak ditepis penjaga gol, Vito Mannone. Arsene Wenger yang seperti terdesak bagi mengelak daripada diaibkan Harimau Malaya membuat beberapa pertukaran termasuk memasukkan Theo Walcott dan Alex Oxlade Chamberlain. Bagaimanapun, ia masih gagal menambah sengat jentera serangan The Gunners apabila menemui jalan buntu malah kecekapan Farizal turut menjadi pembantu kepada kekebalan benteng negara. Pada minit ke-59, harapan peminat tempatan untuk menyaksikan penyerang prolifik negara, Safee Sali meledak gol kedua juga tidak berhasil, sebaliknya keghairahan Harimau Malaya itu hampir memakan diri sendiri namun situasi satu lawan satu antara Benik Afobe dengan Farizal, gagal disudahi penyerang itu untuk mendapatkan gol penyamaan. |
KAFA terkejut tuduhan baru FAM Posted: 24 Jul 2012 06:29 PM PDT Kota Bharu: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) semalam dikejutkan dengan kehadiran surat daripada Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk pemain importnya, Mohammed Ghaddar yang didakwa mengasari pemain Selangor, Bunyamin Umar ketika perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, 29 Jun lalu. Ghaddar perlu menjawab surat pertuduhan itu sebelum 1 Ogos ini kerana Jawatankuasa Tatatertib FAM dijangka bersidang pada 2 atau 3 Ogos ini. "KAFA menerima surat pertuduhan itu hari ini (semalam) dan perlu menjawab sebelum 1 Ogos ini, namun persoalannya kita mahu tahu pertuduhan itu dibuat berdasarkan laporan siapa. Beliau yang kesal dengan tindakan FAM itu berkata, badan induk bola sepak negara itu perlu memberi penjelasan kerana yang membuat aduan sebelum ini adalah KAFA, bukan FAS. KAFA turut tertanya-tanya walaupun perbicaraan belum dilakukan, kini pemain dari Lubnan itu pula bakal dikenakan tindakan disiplin oleh FAM. Sebelum ini, KAFA membuat aduan kepada jawatankuasa tatatertib itu supaya mengenakan tindakan disiplin terhadap Bunyamin dan seorang lagi pemain Selangor, Amri Yahyah kerana melakukan 'kekasaran melampau' terhadap pemain importnya, Ghaddar pada perlawanan sama. Sehubungan itu, dia meminta FAM menjalankan perbicaraan secara telus ke atasnya selain turut mengambil tindakan sama terhadap Ghaddar. Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim, mengesahkan Ghaddar yang kini berada di Lubnan untuk melangsungkan perkahwinannya dan dijangka pulang sekitar Ogos ini menerima surat pertuduhan itu semalam yang antara lain mendakwa pemain import dari Lubnan itu menyerang dan memukul Bunyamin secara fizikal. "Tapi saya tidak mahu ulas lanjut dan menyerahkan kepada FAM membuat keputusan," katanya. Sementara itu, FAS mengesahkan dua pemainnya, Amri dan Bunyamin turut menerima surat pertuduhan itu daripada jawatankuasa tatatertib berkenaan semalam. "Memang benar FAS baru saja terima surat pertuduhan itu tadi (semalam) untuk dua pemain kami, Amri dan Bunyamin. Mereka diminta menjawab pertuduhan itu sama ada mengaku salah atau minta dibicarakan. "Kami akan meneliti dahulu surat ini, kemudian baru buat keputusan membalasnya sebelum 1 Ogos," kata Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi, semalam. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan