Harian Metro: Arena |
Posted: 02 Jul 2012 09:15 AM PDT KIEV: Selepas berjaya menjulang trofi Euro 2012 sekali gus melakar sejarah kapten pasukan pertama memenangi tiga kejuaraan utama secara berturut-turut, penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas berkata, tempoh empat tahun lalu yang dilaluinya sangat bermakna. Pemain Real Madrid berusia 31 tahun itu tidak berdepan tugas sukar ketika bertemu Itali selepas La Roja mencatat kemenangan 4-0 sekali gus kemenangan terbesar dalam sejarah kejohanan itu serta mencipta sejarah pasukan pertama berjaya mempertahankan kejuaraan.
"Saat ini begitu indah. Gol kedua Jordi Alba mengubah arus perlawanan," katanya.
"Kami membariskan pemain terbaik dan menggunakan sepenuhnya pengalaman mereka. Pemain Itali pula agak kepenatan. Kini kami akan meraikan kemenangan ini bersama-sama," katanya.
|
Posted: 02 Jul 2012 09:01 AM PDT KEJAYAAN muncul naib juara Karnival Bola Jaring Harian Metro bagi Zon Selatan kategori Terbuka Wanita amat membanggakan pasukan MPK Klang sekali gus memperbaiki pencapaian tahun lalu, tahun pertama karnival ini diperkenalkan. Pengurus pasukan, Ezlin Edzrina Meor Kamaruddin berkata, semangat tidak putus asa pemainnya harus dipuji namun nasib tidak menyebelahi pasukan itu apabila tunduk kepada Mawar Biru, 8-10.
"Biarpun sekadar naib juara, kami sekurang-kurangnya memperbaiki kedudukan tahun lalu dan yang penting pemain menunjukkan peningkatan," katanya yang akan mula mempersiapkan skuad itu menjelang grand final dua minggu lagi.
Mengulas persiapan menghadapi grand final, beberapa kelemahan sudah dikenal pasti justeru Ezlin berkata, baki tempoh yang ada akan digunakan sepenuhnya untuk memperkukuh teknik permainan pasukan MPK Klang.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan