Harian Metro: Arena |
Posted: 10 Jul 2012 09:27 AM PDT "JIKA bawa balik pingat emas dari London, anda akan dapat jongkong emas bernilai dua juta ringgit sebagai ganjaran." Itu janji Pengerusi Kuala Lumpur Racket Club (KLRC), Datuk Seri Andrew Kam yang melontarkan cabaran kepada enam pemain badminton negara yang bakal menggalas misi memburu pingat emas pertama di Sukan Olimpik London 2012. semalam.
Bagi temasya Sukan Olimpik yang akan bermula 27 Julai ini, cabaran Malaysia bakal diketuai jaguh perseorangan lelaki, Datuk Lee Chong Wei, Tee Jing Yi (perseorangan wanita), Tan Boon Heong-Koo Kien Keat (beregu lelaki), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran).
"Saya berharap insentif ini akan membakar semangat juang atlet apabila bertanding di London nanti. Saya yakin pemain kita ada potensi untuk menjadi juara bukan hanya Lee Chong Wei tapi juga pemain lain seperti beregu Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat," katanya yang juga pemilik syarikat cari gali emas, Peninsular Gold Limited.
Biarpun tiada seorang wakil Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang hadir pada majlis pelancaran insentif itu namun ia masih mendapat sokongan bekas Presiden BAM, Tan Sri Elyas Omar, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi dan pemenang pingat gangsa Olimpik Barcelona 1992, Razif Sidek.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/10 |
Posted: 10 Jul 2012 09:15 AM PDT PERJALANAN ratusan kilometer dari Kelantan ke Seri Manjung, Perak semata-mata mencari dua kuota pasukan terbaik untuk ke peringkat Grand Final nyata berbaloi buat skuad Qaisara B apabila muncul juara selepas menumpaskan Rajawali dari Lumut 3-2 pada final Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2012 kategori bagi bawah 12 tahun di Manjung Indoor Sports Arena (Misa), Perak. Juara kategori bawah 16 tahun pula menjadi milik GB FC A dari Kelang, Selangor selepas menumpaskan Penang Free School dari Pulau Pinang 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 3-3.
Qaisara B, Rajawali FC, GB FC A dan Penang Free School akan membawa cabaran Perak ke peringkat Grand Final yang menawarkan hadiah paling berprestij yang berlangsung di Kompleks Sukan Ampang, Selangor pada 16 September ini.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/10 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan