Harian Metro: Arena |
‘Jaga keselamatan, elak kecederaan’ Posted: 18 Jul 2012 09:25 AM PDT MAJLIS Sukan Negara (MSN) menasihatkan atlet yang mengibar cabaran Malaysia di Sukan Olimpik London 2012 supaya menjaga keselamatan bukan saja ketika berlatih tapi juga pada setiap masa bagi mengelak kecederaan. Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong berkata, semua atlet terbabit perlu sedar tarikh temasya sukan terbesar dunia itu semakin hampir dan mereka seharusnya bijak menjaga keselamatan masing-masing.
"MSN sangat mengambil berat soal keselamatan atlet kerana kita tidak mahu perkara itu menjejaskan peluang meraih pingat.
Menurutnya, pada masa sama MSN sentiasa memantau atlet tapi apa jua boleh berlaku termasuk ketika di rumah sendiri. Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/18 |
Posted: 18 Jul 2012 09:14 AM PDT MILO cukup sinonim dengan usaha pembangunan sukan di peringkat kanak-kanak dan remaja dan meneruskan komitmen mempromosi budaya sukan dengan penganjuran edisi keempat kem sukan bertema 'Play More Learn More' (PMLM) di Dewan Sri Mentakab, Bandar Mentakab, Pahang, baru-baru ini. Seramai 320 kanak-kanak pelbagai kaum sekitar Mentakab mengambil kesempatan menyertai kem PMLM itu. Mereka diajar kemahiran asas sukan futsal, bola keranjang dan bola jaring yang dikendalikan oleh jurulatih berkelayakan diikuti dengan mini kejohanan.
Lebih menarik kesanggupan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi selaku Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah turun padang menyaksikan kemeriahan program seterusnya merasmikan kem itu.
"Kami harap Milo akan terus mengadakan karnival ini tahun depan dan tidak lupa juga sumbangan ibu bapa yang banyak membantu menjayakan program," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/18 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan