Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Di Matteo puji aksi Hazard

Posted: 20 Aug 2012 02:39 PM PDT

Wigan: Selepas menjadi watak penting dalam kemenangan 2-0 ke atas Wigan, pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo memberi jaminan betapa Eden Hazard tidak akan terus menjadi sasaran terjahan kasar daripada pemain lawan.

Walaupun sering diasak keras oleh pemain Wigan tetapi Hazard masih mampu beraksi cemerlang apabila menjadi perintis kepada gol pembukaan Branislav Ivanovic sebelum memenangi sepakan penalti yang disempurnakan Frank Lampard untuk menghadirkan kemenangan buat The Blues.

Bagaimanapun, situasi itu tidak pernah membimbangkan Di Matteo, sebaliknya percaya perubahan pada peraturan mampu melindungi pemain seperti Hazard daripada terus dikasari pemain pertahanan lawan.
Hazard mempamerkan semua kualiti yang dimiliknya... dia cukup luar biasa, kata Di Matteo. Dia berjaya menyertai rakan sepasukan lain dan juga memiliki kemampuan taktikal cukup hebat.

Pemain sepertinya memang sukar dikawal. Pergerakannya licin termasuk ketika memiliki bola. Saya tidak fikir pasukan lain cuba mencederakannya.

Daripada kecemerlangan Hazard itu, ia memberikan Chelsea satu permulaan baik dengan mencatat kemenangan pertama pada aksi awal Liga Perdana Inggeris.

Saya cukup gembira dengan prestasi kami. Perlawanan pertama musim baru sentiasa boleh mengelirukan, dan kami jangka ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar. Tetapi dua gol awal membantu kami, katanya yang menyifatkan Wigan kurang bernasib baik selepas serangan dilakukan berjaya dinafikan oleh penjaga gol, Petr Cech. AFP

Vilanova mula tunjuk kehebatan kendali Barca

Posted: 20 Aug 2012 02:37 PM PDT

Barcelona: Tito Vilanova ternyata jurulatih ideal untuk menggantikan Pep Guardiola selepas skuad bimbingannya, Barcelona tunjuk taring membaham Real Sociedad 5-1 tatkala juara bertahan, Real Madrid sekadar seri 1-1 dengan Valencia pada aksi sulung Liga Sepanyol, awal pagi semalam.

Barcelona di bawah kendalian Vilanova kekal beraksi dengan persembahan sama mantap seperti musim sebelum ini dengan Lionel Messi meledak dua gol pada minit ke-11 dan 16.

Tiga lagi gol Barcelona pada aksi di Nou Camp itu dijaringkan Carles Puyol (4), Pedro (41) dan penyerang yang baru kembali selepas kecederaan panjang, David Villa (84). Gol tunggal pelawat dijaringkan Gonzalo Castro (9).
Adalah penting untuk memulakan musim dengan cara sebegini. Saya lihat pemain masih laparkan kemenangan. Kami sentiasa cuba untuk menekan lawan di atas padang dan kami percaya inilah yang semua mahu lihat, kata Vilanova.

Sementara itu, di Santiago Bernabeu, jaringan pembukaan Real menerusi Gonzalo Higuain seawal minit ke-10 berjaya disamakan Valencia hasil jaringan Jonas pada minit ke-42.

Kami tidak beraksi begitu baik tetapi kami sudah melakukan yang terbaik untuk mendapatkan kemenangan, kata jurulatih pasukan, Jose Mourinho.
Agensi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan