Kosmo Online - Sukan |
Posted: Rentak United sumbang
LIVERPOOL – Manchester united bermula dengan rentak yang hambar. Mereka tewas 0-1 kepada Everton pada aksi pembukaan saingan Liga Perdana England di Goodison Park awal pagi semalam. Ekoran kekalahan itu, pengurus United, Alex Ferguson mengkritik para pemainnya kerana gagal memanfaatkan kualiti yang dimiliki oleh penyerang baharu, Robin van Persie. Meskipun van Persie dibawa masuk bagi menggantikan Danny Welbeck pada minit ke-68 tetapi anak-anak buah Ferguson tetap buntu untuk menjaringkan gol. "Apabila van Persie berada dalam pasukan, kamu perlu menggunakan kualiti yang dimilikinya terutama bagi menembusi benteng pertahanan tengah pihak lawan kerana itu adalah kelebihannya. "Namun, kami (United) berdepan situasi yang berbeza kerana tidak menggunakan sepenuhnya kualiti yang dimiliki van Persie itu," kata Ferguson. Diminta mengulas mengenai keputusannya yang tidak menurunkan van Persie dalam kesebelasan utama United, Ferguson menjelaskan bahawa pemain itu masih belum dapat menyesuaikan dirinya dengan rentak United. "Van Persie tidak beraksi dalam banyak perlawanan sebelum aksi liga bermula. "Jadi, lebih baik sekiranya dia diletakkan di bangku simpanan terlebih dahulu. "Dia seorang pemain yang hebat dan semua orang mahu dia diturunkan dalam kesebelasan utama. Namun, secara realistik lebih baik jika dia diletakkan di bangku simpanan," jelas Ferguson. Van Persie melengkapkan perpindahan ke United dengan yuran perpindahan bernilai £24 juta (RM117 juta) Jumaat lalu. Pada aksi awal pagi semalam, gol kemenangan Everton dijaringkan oleh Marouane Fellaini pada minit ke-57. – AFP | |
Posted: ATM tidak mahu terlalu yakinOleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI BARISAN pemain ATM lebih rela dilabel sebagai pasukan bukan pilihan pada kempen Piala Malaysia. JUARA Liga Premier 2012, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak mahu dilabel sebagai pasukan pilihan pada saingan bola sepak Piala Malaysia yang akan membuka tirainya hari ini. Pengendalinya, B. Sathianathan mengakui bahawa saingan Piala Malaysia adalah lebih sengit memandangkan hanya pasukan terbaik sahaja yang layak bertanding. Menurut Sathianathan, beliau tidak menyangka ATM diundi bersama juara Liga Super, Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam Kumpulan B yang dianggap sebagai pasukan cukup berpengalaman dan berwibawa. Bekas jurulatih Kelantan itu menga- kui bahawa ATM bakal menempuhi laluan sukar dalam misi untuk merebut slot ke pusingan suku akhir. "Selepas menyaksikan undian Piala Malaysia, saya mengakui laluan kami memang sukar kerana berada dalam 'kumpulan maut'. "Semua mengetahui bahawa juara Liga Super, Kelantan dan finalis Piala Malaysia musim lalu, Terengganu merupakan pasukan cukup unggul dalam kumpulan tersebut. "Begitu juga dengan Kedah yang memiliki pemain berpotensi dan berpengalaman dan mereka salah satu pasukan yang hebat di Liga Malaysia. "Jika dibandingkan dengan ATM, tiga pasukan tersebut memiliki 24 pemain yang cukup berkaliber baik dalam skuad utama mahu pun barisan simpanan. "Berdepan dengan Kelantan dan Terengganu merupakan pertemuan penting bagi ATM. Jika berjaya mencuri satu mata sudah memadai buat kami," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru- baru ini. Walaupun diundi dalam kumpulan maut, bekas jurulatih skuad kebangsaan itu menjelaskan bahawa mereka tidak akan menyerah mudah dan akan berusaha untuk memberikan cabaran. Sathianathan juga mengakui bahawa laluan untuk mara ke peringkat final lebih mudah sekiranya mereka mampu melepasi saingan peringkat kumpulan ini. "Saya mahu barisan pemain ATM menggunakan peluang (menentang Terengganu, Kelantan dan Kedah) sebagai persiapan terbaik untuk mengharungi Liga Super pada musim depan. "Sudah tentu kami mengidamkan Piala Malaysia tetapi saya mahu mengambil pendekatan realistik dan hanya mahu menumpukan kepada satu perlawanan terlebih dahulu," ujarnya. | |
T-Team sasar tiga mata penuh di Kuantan Posted: T-Team sasar tiga mata penuh di KuantanOleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM YUNUS mahukan anak-anak buahnya meraih tiga mata berharga pada aksi menentang Pahang malam ini. PASUKAN berstatus kelab T-Team menyimpan hasrat untuk mengutip tiga mata penuh apabila bertandang ke Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang malam ini. Pengendalinya, Yunus Alif berharap skuad T-Team tidak memberi ruang kepada Pahang untuk menguasai perlawa- nan, sebaliknya mahu mencari gol awal dan mengutip tiga mata berharga pada perlawanan itu nanti. "Buat masa ini, pasukan Pahang masih dalam mood mencari kemenangan sele- pas berjaya melakar kejayaan menewas- kan Kedah dalam saingan playoff tempoh hari. "Sudah pasti, bermain di tempat lawan (Kuantan) memberi kelebihan kepada tuan rumah dan perlawanan esok (malam ini) pasti sengit apabila masing-masing ingin berada dalam kedudukan selesa sebagai bekalan menghadapi perlawanan seterusnya," katanya. Beliau mengakui, pasukan Pahang mempunyai pemain yang berkaliber dan barisan pemain T-Team perlu mengawal pergerakan lawan, terutamanya di baha- gian serangan. Katanya, skuad T-Team tidak boleh me- mandang rendah keupayaan pemain-pemain Pahang dan perlu memberikan sepenuh tumpuan sepanjang perlawanan berlangsung kelak. "Saya menuntut barisan yang bakal di- turunkan bersiap sedia dengan misi mencari tiga mata berharga pada perlawanan itu kelak. "Saya yakin dengan semangat dan kemampuan ditunjukkan anak-anak buahnya, sekali gus berharap prestasi mereka dapat dizahirkan pada malam perlawanan sebenar," ujarnya. Sepanjang tempoh dua minggu lalu, Yunus melihat pemain begitu bersungguh-sungguh dalam sesi latihan bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama. Katanya, jika semangat yang ditunjuk- kan dapat diteruskan pada malam esok (malam ini), tidak mustahil T-Team mampu mengutip tiga mata berharga. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan