Berita Harian: Sukan |
Posted: 13 Sep 2012 02:22 PM PDT 'Kemenangan ini bonus berganda buat saya' Kuala Lumpur: Pemain wanita negara, Low Wee Wern melakar kejutan besar di Kejohanan Skuasy Terbuka CIMB Malaysia 2012 di Bukit Jalil apabila menyingkirkan pemain keempat dunia, Jenny Duncalf, untuk mara ke separuh akhir, mengiringi Nicol David, hari ini. Pemain dari Pulau Pinang berusia 22 tahun itu, menang 11-7, 11-5, 11-8 dalam masa 32 minit menundukkan Duncalf, pemain pilihan ketiga dari England - kemenangan kedua selepas Terbuka Hong Kong baru-baru ini. Wee Wern, bekas juara remaja kebangsaan akan berdepan dengan pemain nombor dua dunia, Raneem El Weleily dari Mesir yang menundukkan seorang lagi wakil England, Alison Waters 6-11, 11-9, 11-7, 11-2."Kemenangan ini menjadi satu bonus berganda buat saya. Satu perlawanan cukup sengit kerana Duncalf sentiasa mengekori rapat kutipan mata dan sering mengajak saya bermain untuk rali panjang." Mudah buat Nicol Nicol pula seperti dijangka turut mara selepas menang 6-11, 11-5, 15-13, 11-5 menentang Annie Au, dari Hong Kong. "Penyokong sentiasa memberikan sokongan, jadi apa juga keputusan saya akan memberikan yang terbaik memenangi perlawanan ini. Pemain lelaki negara, Mohd Naffizwan Mohd Adnan (kanan), yang mencipta kejutan kelmarin bagaimanapun gagal meneruskan rentak cemerlang untuk ke separuh akhir apabila tunduk kepada pemain Mesir, Tarek Momen 8-11, 4-11, 13-11, 4-11. Tarek mengiringi rakan senegara yang juga pilihan kedua, Mohammed El Shorbagy ke separuh akhir selepas menewaskan pemain Finland, Olli Tuominen, 11-8, 11-9, 1-11, 5-11, 11-8. |
‘Penuhi syarat, T-Team selamat’ Posted: 13 Sep 2012 02:21 PM PDT Kuala Terengganu: Jika tidak bersedia memenuhi syarat yang ditetapkan...bye...bye. Itulah kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengenai nasib pasukan T-Team yang mungkin dibubarkan. Bagaimanapun, keputusan itu belum muktamad dan kerajaan negeri bersedia memberi peluang untuk T-Team terus kekal jika pengurusan pasukan memenuhi syarat ditetapkan. Begitu juga pasukan Penyu, pihak pengurusan perlu menunjukkan perubahan positif terutama pengambilan pemain yang mesti berdisiplin, berkesungguhan, bersemangat dan sedia bersaing sebagai pemain profesional."Saya sudah bertemu dengan kedua-dua pengurusan pasukan ini dan akan buat keputusan selepas ini. Kalau dia (T-Team dan skuad penyu) boleh ikut (syarat) okeylah. "Kita ada syarat pengurusan, kejurulatihan dan pemain yang dipilih. Tak berbaloi mempunyai pemain tidak berdisiplin dan sambil lewa sedangkan kita bayar gaji mahal. Kita nak pulangan," katanya mengulas lanjut mengenai nasib masa depan T-Team. Semalam, BH Sukan melaporkan Naib Presiden Kelab Penyokong T-Team, Amir Amri Mohamad berharap pasukan itu tidak dibubarkan sebaliknya perlu dirombak untuk persiapan musim depan termasuk membawa jurulatih dan pemain baru. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan