Harian Metro: Arena |
Impak congak ‘Samba Brazil’ Posted: 13 Sep 2012 11:05 AM PDT SKUAD Bawah 23 Tahun (B-23) negara bakal mendapat sentuhan 'Samba Brazil' sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima tawaran untuk beraksi dalam liga negara itu bagi persiapan menghadapi Sukan Sea Myanmar, tahun depan. Menurut jurulatih Ong Kim Swee, cadangan membawa pemain muda ke Brazil bagi mendapat pendedahan masih di peringkat perbincangan kerana mereka juga turut mempunyai pilihan sama ada mahu kembali ke kem latihan sebelum ini di Slovakia.
"Walaupun sudah menerima tawaran dari kelab Brazil, kami perlu pergi ke sana untuk meneliti tawaran dan melihat sendiri kemudahan disediakan. "Kalau bagus, pasukan peringkat umur B-17 atau 19 juga boleh dihantar ke sana dulu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Penajaan dan Insentif Pasukan Bola Sepak Kebangsaan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) semalam.
Insentif itu diberikan berdasarkan perjanjian kerjasama antara TM dan FAM namun jumlah yang diberi tidak diumumkan.
"Sebelum ini kita sudah membuat program di luar negara dan ia membuahkan hasil apabila memenangi pingat emas sukan Sea dan segala keputusan bergantung kepada jurulatih dan juga Jawatankuasa Pengurusan Skuad Kebangsaan bagi menilai rancangan ini," katanya yang enggan mendedahkan maklumat terperinci mengenai tawaran dari kelab Brazil itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/14 |
Posted: 13 Sep 2012 11:02 AM PDT NEGERI Sembilan tidak rela misi mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia tersekat di peringkat saingan kumpulan, apabila turun berdepan Felda United pada perlawanan penentuan ke suku akhir di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini. Justeru pemain skuad Hoben Jang Hoben berazam berjuang habis-habisan demi mencipta kemenangan.
"Walaupun hanya perlukan satu mata untuk ke suku akhir, kami ingin kemenangan mutlak ke atas Felda United. Saya harap rakan sepasukan memberikan kerjasama bagi mencatat kemenangan," katanya.
Tonggak berpengalaman itu mengingatkan semua pemain supaya berhati-hati dengan taktik skuad bimbingan E Elavarasan kerana mereka pasti akan memberikan tentangan sengit.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/14 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan