Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Man United amuk ratah Wigan

Posted: 15 Sep 2012 02:55 PM PDT

Kegagalan penalti Hernandez tidak patah semangat rakan sepasukan

London: Manchester United bangkit cemerlang pada separuh masa kedua untuk menundukkan Wigan 4-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford malam tadi, selepas kedudukan terikat 0-0 pada separuh masa.

Sepakan penalti Javier Hernandez pada minit keenam diselamatkan penjaga gol Wigan, Ali Al-Habsi, namun Paul Scholes memulakan rentak cemerlang Red Devils dengan jaringan pada minit ke-50.

Hernandez menebus kegagalan sepakan penaltinya dengan jaringan pada minit ke-62, dan berselang tiga minit Alexander Buttner menambah derita Wigan dengan jaringan ketiga United.
Meneruskan amukan

United meneruskan amukan dengan jaringan keempat melalui Nick Powell (m-81)

Pendahulu liga, Chelsea gagal meneruskan rentak kemenangan apabila diikat 0-0 oleh Queen Park Rangers di Loftus Road, dengan perseteruan antara kapten Chelsea John Terry dan pertahanan QPR, Anton Ferdinand terus menjadi perhatian apabila Ferdinand enggan bersalaman dengan Terry sebelum perlawanan.

Juara liga musim lalu, Manchester City pula hampa untuk mengutip tiga mata apabila diikat 1-1 oleh Stoke City di Stadium Britannia.
Ali Al-Habsi menyelamatkan sepakan penalti Hernandez pada minit keenam dalam pertemuan dengan Wigan di Old Trafford, malam tadi.

Penyerang tinggi lampai Peter Crouch menggembirakan penyokong tuan rumah dengan jaringan pada minit ke-15 tetapi ia tidak kekal lama apabila Javi Garcia menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-34.

Belasah Southampton

Arsenal yang bermain laman sendiri, Stadium Emirates garang membelasah Southampton 6-1 dengan dua daripada jaringan pasukan tuan rumah itu dihadiahkan oleh pemain lawan Jos Hooiveld (minit-11) dan Nathaniel Clyne (m-36).

Empat lagi gol disumbangkan pemain antarabangsa Jerman, Lukas Podolski (m-30), dua oleh Gervinho (m-35 dan m-70) dan Theo Walcott (m-87) manakala gol sagu hati Southampton oleh Daniel Fox (m-45). Agensi

T-Team tak bubar

Posted: 15 Sep 2012 02:54 PM PDT

T-Team tidak akan dibubarkan. Itulah gambaran awal yang diberikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang sedia memberi peluang untuk pasukan itu beraksi pada saingan Liga Super musim depan.

Sebagai balasannya, skuad itu akan dirombak secara besar-besaran yang turut membabitkan pengurusannya.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen