Harian Metro: Arena |
Posted: 15 Sep 2012 02:38 PM PDT KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) sekali lagi kecoh apabila majlis pengumuman senarai calon yang bakal bertanding dalam pemilihan jawatankuasa tertinggi badan induk KOM pada Mesyuarat Agung Tahunan, 23 September ini sekali lagi terpaksa ditangguh. Majlis yang sepatutnya menyaksikan pengumuman senarai calon itu bertukar tegang apabila jawatankuasa yang hadir membidas persoalan ditimbulkan Penolong Setiausaha Majlis Olimpik Malaysia (MOM), T Kumar yang dilantik sebagai Pegawai Jawatankuasa Pemilihan oleh KOM.
Kumar yang dilantik menguruskan sampul pencalonan dan mengumumkan calon bertanding, mempersoalkan klausa perlembagaan KOM yang menimbulkan keraguan dan boleh dipertikaikan.
"Saya dilantik untuk menyelesaikan majlis pembukaan sampul pencalonan namun bila merujuk kembali perlembagaan ini terdapat beberapa klausa perlembagaan yang meragukan. "Oleh sebab itu saya tidak dapat melaksanakan tugas ini kerana saya tidak tahu perlembagaan mana perlu diikut," katanya yang mempersoalkan Klausa 8.4.4, 8.6.1 dan 8.7.6.
Majlis di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, menyaksikan Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak hadir sebaliknya menyerahkan tugas itu kepada Naib Presiden, Datuk R Annamalai.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/16 |
Posted: 15 Sep 2012 02:36 PM PDT TARIKH 4 September mengakhiri musim panas gemilang buat pelari pecut Amerika Syarikat (AS), Allyson Felix. Dia disenaraikan sebagai finalis Atlet Wanita Tahunan Yayasan Sukan Wanita bersama bintang tenis, Serena Williams, perenang Missy Franklin, gimnas Gabrielle Douglas dan atlet ski Lindsey Vonn.
Semua itu berlaku susulan pencapaian hebat atlet berusia 26 tahun itu di Sukan Olimpik London sebaik melakar pencapaian cemerlang dalam acara trek dan balapan dengan pingat emas dalam acara 200m, 4x100m dan 4x400m.
"Saya akan menunggang basikal di tepi pantai, bermain tenis atau rollerblade tetapi saya tidak akan lakukan sebagai aktiviti sukan yang spesifik atau mengangkat beban selama sebulan." Untuk memahami mengapa Allyson begitu teruja untuk merehatkan dirinya, anda perlu faham bagaimana dia bekerja keras selama 11 bulan dalam setahun.
"Sesi memanaskan badan selama sejam diikuti dua jam latihan pecut atau latihan lasak di trek, kemudian rehat seketika sebelum pergi ke gimnasium pada dua jam terakhir." Latihannya di trek, lebih menjurus kepada matlamatnya. Selepas menempuhi cabaran Olimpik, fokusnya kini terarah kepada kejohanan dunia dan dia mahu mencatat masa spesifik.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/16 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan