Berita Harian: Sukan |
Posted: 01 Oct 2012 03:00 PM PDT Bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Hassan (kiri) berpendapat pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal wajar 'melepaskan lima pemain Harimau Muda' untuk digunakan Ong Kim Swee bagi kejohanan jemputan B-21 Piala Thanh Nien di Gia Lai, Vietnam bermula 13 Oktober ini. Bagi Wan Jamak, lima pemain berkenaan - penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan, Fadhli Shas, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Gary Steven Robbat (Harimau Muda A) serta Zubir Azmi (Terengganu) boleh diambil semula Rajagobal selepas tamat kejohanan di Vietnam itu pada 21 Oktober jika mereka benar-benar dalam perancangan jurulatih itu bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2012 bermula 25 November ini. "Secara ikhlas saya berpendapat, Rajagobal perlu melepaskan seketika lima pemain itu kepada skuad B-21.Kim Swee memerlukan pemain terbaik ke Vietnam untuk mendapatkan kemenangan bagi mencapai kejuaraan. "Rajagobal pula dalam persiapan mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF. Dia sepatutnya sudah ada gambaran 30 pemain terbaik disenaraikan pada kejohanan sebenar, penghujung November nanti," katanya. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Pahang yakin kekal rentak di Jalan Besar Posted: 01 Oct 2012 02:53 PM PDT Kuantan: Berbekal kemenangan 2-1 ke atas Lions XII pada aksi suku akhir pertama 25 September lalu, Pahang yakin mampu mengekalkan rentak itu apabila berkunjung ke laman lawan di Stadium Jalan Besar, malam ini. Pemain tengah Pahang, Azamuddin Mohd Akil berkata, prestasi bertenaga dan mantap dipersembahkan pada aksi suku akhir pertama mampu diterjemahkan dengan lebih cemerlang untuk mengecewakan Lions XII sekali lagi, kali ini di kandang mereka sendiri. Kami percaya dengan semangat dan komitmen tinggi dipersembahkan pemain ketika ini, sasaran dalam kelompok empat pasukan terbaik boleh menjadi kenyataan.Apa yang diharapkan, jentera serangan dapat menjaringkan gol awal bagi menyentap semangat lawan sambil benteng bertahan dengan baik memastikan gawang tidak dibolosi, katanya semalam. Dalam pada itu, Azamuddin percaya rakan sepasukan tidak menghadapi masalah apabila beraksi di padang rumput tiruan Stadium Jalan Besar kerana sudah dua kali beraksi di laman itu selain empat hari berkampung sejak Khamis lalu di Bukit Jalil bagi menyesuaikan diri. Saya akui bermain di padang tiruan berbeza dan pemain perlu lebih cergas kerana rentak permainan lebih laju. Tapi, dengan pengalaman beraksi dua kali di Jalan Besar, itu bukan masalah dan saya percaya ia dapat membantu pasukan, katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan