Harian Metro: Arena |
Posted: 01 Oct 2012 09:26 AM PDT KHIDMAT pemain kelab Portugal, S C Beira-Mar, Muhamad Nazmi Faiz Mansor mungkin diperlukan Ong Kim Swee yang kini berdepan masalah memantapkan bahagian tengah skuad bawah 21 tahun negara (B-21) bagi mengharungi kejohanan VFF Newspaper Cup 2012 di Gia Lai, Vietnam 11 Oktober ini. Selepas tidak dapat menggunakan khidmat kapten, Mohd Irfan Fazail yang terpaksa berehat hampir lima minggu serta Gary Steven Robbart yang dipanggil menjalani latihan pusat bersama skuad kebangsaan, Kim Swee kini kekurangan pemain perancang di bahagian tengah.
"Saya akan menghubungi Nazmi esok (hari ini) untuk mengetahui program dia bersama kelab, saya bercadang untuk menyenaraikan Nazmi dalam skuad jika mendapat pelepasan kelab itu.
Ketika ditanya adakah beliau tetap dengan sasaran untuk melihat anak buahnya melangkah ke final di kejohanan VFF Newspaper Cup selepas pasukannya dilihat tempang dengan ketiadaan pemain utama, Kim Swee berkata : "Saya tidak ada masalah untuk melepaskan pemain-pemain menyertai skuad kebangsaan kerana saya perlu mengutamakan kepentingan negara. Cuma kita kena realistik dengan pemain yang saya ada, mungkin saya mengharapkan kita mampu mara ke separuh akhir dan saya akan cuba membentuk skuad terbaik bagi memberi tentangan dalam kejohanan itu.
Pada kejohanan yang membabitkan enam pasukan B-21 itu, Malaysia diundi bersama Iraq dan Indonesia dalam Kumpulan B manakala tuan rumah Vietnam, Singapura dan Syria berentap dalam Kumpulan A. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/01 |
Posted: 01 Oct 2012 09:06 AM PDT ANDAI barisan 30 pemain yang bakal dipanggil menyertai kem latihan skuad hoki negara minggu depan berasakan tempat mereka sudah terjamin hasil penilaian daripada saingan Liga Hoki Malaysia (LHM), mereka sebenarnya silap. Ini kerana ketua jurulatih skuad negara yang baru dilantik, Paul Revington tidak akan bergantung sepenuhnya kepada pemilihan pemain di saingan liga saja dalam usahanya mencari pemain terbaik menjelang beberapa kejohanan pada hujung tahun ini serta musim depan.
"Pintu untuk masuk ke dalam skuad negara sebenarnya sentiasa terbuka luas kepada mana-mana pemain. Siapa yang mempamerkan prestasi memberangsangkan, mereka tetapi mempunyai peluang untuk dipilih.
Namun, pengendali berusia 39 tahun itu enggan mendedahkan walau satu pun nama pemain yang berjaya memikat hatinya, sebaliknya bakal mengumumkan senarai pemain itu dalam tempoh terdekat.
Selain barisan pemain sedia ada ketika di bawah kendalian bekas jurulatih, Tai Beng Hai, beberapa pemain lain yang pernah menyarung jersi skuad negara dikatakan akan dipanggil semula oleh Revington.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/01 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan