Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


PBSNT enggan komen

Posted: 18 Oct 2012 02:38 PM PDT

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak mahu membuat kenyataan terburu-buru berhubung perbatalan hukuman ke atas Peter James Butler oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM, semalam.

Presidennya, Datuk Che Mat Jusoh berkata pihaknya akan menunggu surat rasmi daripada badan induk bola sepak berhubung perkara itu.


"Tiada tindakan yang akan kami ambil ketika ini. Saya akan menanti surat rasmi terlebih dulu," katanya.

Menurutnya, surat terbabit adalah penting bagi memastikan sebab sebenar penggantungan itu tidak sah. Sementara itu, Setiausaha Agung FAM berkata kemelut itu perlu diselesaikan sendiri antara Butler dan PBSNT.


"Kecuali tiada kata putus dicapai dan seandainya dirujuk kembali ke FAM, kami akan masuk campur," katanya.


Butler masih mempunyai kontrak sehingga November tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19


Lenyap unsur negatif

Posted: 18 Oct 2012 02:34 PM PDT

PRESIDEN Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meminta pengurusan Persatuan Hoki Pahang (PHP) termasuk jurulatih sentiasa menerapkan disiplin tinggi di kalangan pemain jika ingin meningkatkan kualiti dan prestasi pasukan negeri.

Tengku Abdullah berkata, segala unsur negatif seperti merokok di kalangan pemain yang masih bersekolah dan penyalahgunaan dadah serta amalan rasuah perlu dipantau supaya ia tidak berlaku dalam pasukan hoki.


Menurutnya, amalan negatif jika dibiarkan berleluasa akan merosakkan prestasi pasukan di samping menjatuhkan maruah negeri Pahang.

"Saya harap sukan hoki Pahang akan meningkat terutama melahirkan pemain berkualiti yang bukan saja cemerlang di negara ini, malah di kejohanan besar seperti Sukan Olimpik dan Sukan Asia.


"Dengan kemudahan serba moden seperti Stadium Hoki Kuantan (SHK), PHP perlu lebih kreatif dan bijak mencungkil bakat baru bagi memenuhi impian negara memiliki barisan pemain terbaik dunia pada masa depan," katanya pada pelancaran Projek Gemilang Hoki Pahang 2012-2017 di Kuantan.


Tengku Abdullah yang juga Tengku Mahkota Pahang mengumumkan SMK Seberang Temerloh (SMKST) sebagai Akademi Hoki Pahang berdasarkan kemudahan untuk melahirkan pemain berstatus dunia pada masa depan.

Pemilihan SMKST itu berdasarkan perancangan PHP yang melancarkan Projek Gemilang Hoki Pahang 2012-2017.


Namun, Tengku Abdullah berkata, setiap daerah di Pahang harus mencari inisiatif mewujudkan sekolah angkat bagi sukan hoki bagi melahirkan lebih ramai pemain berbakat.

Justeru, menurutnya, semua persatuan hoki daerah akan memainkan peranan lebih berkesan bagi melahirkan pemain pelapis yang cemerlang di daerah masing-masing.


"Bagi mencapai misi itu, PHP akan mengadakan lebih banyak pertandingan antara daerah termasuk penganjuran liga yang dilihat langkah paling berkesan bagi memajukan sukan ini.


"Setiap daerah juga diharap menganjurkan pertandingan supaya pemain sentiasa mendapat pendedahan selain menjalani latihan.


"Tanpa pertandingan sudah tentu latihan dilaksanakan tidak serius dan hilang fokus kerana tiada matlamat buat pemain."

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen