Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Pintu BAM tertutup

Posted: 07 Jan 2011 03:47 PM PST

MAJORITI exco Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu Presiden Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh bertegas dan menerima peletakan jawatan jurulatih perseorangan, Datuk Misbun Sidek.

Kata mereka, Misbun tidak menghargai banyak kelonggaran yang sudah diberikan kepadanya dan BAM sendiri sudah banyak bertolak ansur.

Sehubungan itu, BAM harus menerima dengan hati terbuka permintaan jurulatih itu termasuk kemahuan pemain perseorangan utama dan nombor satu dunia, Lee Chong Wei yang mahu mengikut jejak langkahnya keluar daripada naungan BAM.

Exco BAM, Datuk Syed Abu Bakar Abdullah yang juga pengurus skuad Piala Thomas/Uber 2010 lalu berkata, dia bersetuju sekiranya BAM menerima peletakan Misbun kerana yakin ia tidak menjejaskan kewibawaan dan sistem kejurulatihan dan latihan dalam badan induk itu.

"Ramai exco berpendapat BAM perlu tegas dan menerima peletakan jawatan Misbun serta tidak tunduk kepada kerenahnya. Kita mesti tegas dan berani berubah kerana hanya disiplin dan kesungguhan menjadi penentu kejayaan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, mana-mana jurulatih di dunia boleh melatih pemain yang sudah mencapai taraf dunia seperti Chong Wei, seperti yang dilakukan Misbun ketika ini.

"Kita akan membincangkan isu Misbun ini pada mesyuarat exco Rabu ini dan kita membuat keputusan akan menerima peletakan jawatannya," katanya lagi.
Pendirian tegas exco BAM itu harus memberi isyarat jelas kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang cuba menjadi orang tengah bagi menyelesaikan kemelut peletakan jawatan jurulatih itu apabila dijadualkan mengadakan pertemuan enam mata dengan Mohd Nadzmi dan Misbun, esok.

Misbun melakukan kejutan menjelang Tahun Baru apabila menghantar surat meletak jawatan menerusi emel tanpa menyatakan sebarang alasan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

poji

kmi rakyat malaysia bharap agar misbun tidak akan letak jawatan sbagai jurulatih kerana misbun adalah harapan pd rakyat malaysia

Mohd Rani Abdullah

tak payahlah BAM nak berkokok , siapa yang naikan nama Malaysia selama ini,BAM ni ibarat orang kaya sebab itulah ego dia lebih

sham rahim

Nak mencari pegawai-pegawai tin kosong memang banyak tetapi nak cari jurulatih seperti datuk misbun memang susah yang boleh melatih anak malaysia jadi jaguh dunia.

Mohmad Shalan Bin Jasman

Walau apa pun cara penyelesaian kemelut perletakan jawatan Misbun, namun jangan sampai dikata orang: "habis manis sepah dibuang." Bila kita perlukan kita sanjung; bila kita tak memerlukan lagi biarlah jasanya tetap kita kenang.Jasa seseorang itu tidak akan luput kerana kerenahnya....

sham

Syed abu bakar perlu jelas, datuk misbun melatih lim chong wei sebelum dia berada dalam taraf dunia. BAM sekian tahun gagal melahirkan atlit badminton bertaraf dunia dan adilnya exco2 seperti mereka ini yg patutnya mengosongkan kerusi, memberikan kepada kepimpinan yg lebih wibawa. Paku dulang yg tidak punya rasa malu.

J de Gusto

Apa yang dimaksudkan dengan kenyataan 'mana-mana jurulatih di dunia boleh melatih pemain yang sudah mencapai taraf dunia seperti Chong Wei, seperti yang dilakukan misbun ketika ini'. Ecco BAM, Datuk Syed Abu Bakar Abdullah sila jelaskan.

simpati

"Menurutnya, mana-mana jurulatih di dunia boleh melatih pemain yang sudah mencapai taraf dunia seperti Chong Wei, seperti yang dilakukan Misbun ketika ini."

Berkata-kata cukup mudah.Namun melakukannya adalah satu perkara yang susah dicapai.

tupaihitam

Kebanyakan exco BAM cemburu dengan pencapaian Datuk Misbun dan hubungan akrab dengan Datuk Lee Chong Wei sebab bila mereka balik membawa kejayaan dari luar negara, exco BAM tidak ini tidak mendapat liputan khusus media.

zakariya bin mamat

kegemilangan sukan malaysia nampaknya akan berakhir dengan kejayaan bolasepak menjuarai piala aff suzuki.1001 gandaan pujian. terkini kecemerlangan itu akan berkubur satu demi satu walaupun peringkat antarabangsa banyak yang kita semua kecapi. terbaru badminton, kemudian karate dan riak2 skuad kim swee (bolasepak)percaturan 2 jurulatih. tida adakah jalan terbaik atau secara muzakarah BAM,Misbun,MSN atau mana-mana badan yang berkaitan untuk kebaikan sukan negara. slogan 1 malaysia hendak letak dimana dan berapa lama hal-hal yang remeh temeh ini akan berterusan. saya peminat dari pendalaman berasa amat kecewa kerna bolasepak mula mengeluarkan benih yang baik tetapi badminton, pokok yang sedang subur membesar dan mengeluarkan hasil yang bermutu akan ditebang tanpa penggunaan. peminat sentiasa menanti yang terbaik.

farah

dulu, BAM katakan yang Misbun tidak memikirkan soal negara, sekarang, mcm mane pulak ngn exco BAM yang hanya mementingkan hati dan perasaan mereka sendiri sahaja. Kalo BAM ad semangat cintakan negara, knp tak je bincang baik2 ngn Misbun? pemimpin perlu memberikan tunjuk ajar dan bimbingan y baik kpd anak buah.

peminat

sombongnya kata-kata exco BAM tu...mintak dia latih la Lee Chong Wei kalau betul sapa2 pun boleh latih.

farrah

Exco BAM, Datuk Syed Abu Bakar Abdullah
"Ramai exco berpendapat BAM perlu tegas dan menerima peletakan jawatan Misbun serta tidak tunduk kepada kerenahnya. Kita mesti tegas dan berani berubah kerana hanya disiplin dan kesungguhan menjadi penentu kejayaan," katanya ketika dihubungi, semalam. (helu, kalu dorang misbun tu tak berdisplin, yg chong wei jadi jaguh dunia tu napa? engko ka yg train dia?? hadui...apalah dorang ni..nak tunjuk ego, korang blh ke lahirkan jaguh dunia after those years you all berkhidmat? atau bt demi kepentingan diri sendiri..we should listen to their comment and feedback and find d solution, d RIGHT solution that good for everybody BAM, Misbun + Chong wei and the malaysian. bukan utk kepuasan hati atau jabatan sendiri. think about it!

kecewa

BAM sepatutnya perlu menimbang dari segala sudut sebelum menerima perletakan jawatan misbun... dia adalah seorang jurulatih terbaik yg pernah dilahirkan malaysia.. exco2 BAM.. jangan jadi pak turut... korang yg spatutnye letak jawatan... sbb korang xbrape membantu dalam kejayaan skuad malaysia.. Sokong Misbon..

adamisaad

untuk BAM semoga berjaya mencari jurulatih yg lebih baik dari Datuk Misbun, utk Datuk Misbun,datuk telah "buktikan" semoga berjaya, utk pemain2 negara berusahalah ,,,

penyokong badminton

Sedih apabila Misbun cuba untuk tidak menyerang menggunakan media, tetapi BAM mengambil pendekatan bukan meja bulat, paling menyedihkan,mereka menggunakan media sehari sebelum perbincangan meja bulat.

murad malik

susah nak cari ganti datuk misbun...syabas dan terimakasih datuk misbun and keluarga datuk sidek...orang2 di bam pandai cakap saja..bubar bam...ganti persatuan baru...tak guna punya bam tu...duit kerajaan punyalah..bukan dari poket mu...yang martabatkan badminton adalah pemain dan jurulatih...bam pandai mesyuarat saja tu.

azha abu samah

Sungguh angkuh kenyataan salah seorang dari Exco BAM yg mungkin tidak langsung tahu bermain badminton. Pelik macamana barisan Exco seperti ini telah dilantik untuk mengruskan keputusan penting seperti ini. Lebih dari itu dia tidak langsung menghormati usaha salah seorang menteri untuk memperbaiki keadaan dan kemelut dalaman BAM. Pada pandagan saya semua exco bam harus diganti dan muka2 baru yg lebih matang harus dilantik

zainorhisham

masalah jangan tutup..selesaikan biasanya peringkat tertinggi yg.buat hal..misbun dari kecil dah pegang raket badminton...jadi pandangan jangan perkecilkan..utk negera juga.

Batista

Tahniah BAM kerana bertegas. Lpsni boleh ambil jurulatih luar lpstu bayar gaji mahal2... pencapaian habukpun tarak. Sepatutnya selamilah dulu apa puncanya Datuk Misbun bertindak begitu. Jgn nak minta org menghargai jasa BAM tapi sejauh mana BAM menghargai penat lelah seorang jurulatih yg telah melahirkan jaguh No 1 Dunia? Telah terbukti BAM sangat menghargai jasa2 Datuk Misbun selama ini dengan tindakan yg telah dilakukan oleh exco BAM.. Sungguh bijak BAM menyelesaikan masalah ini. Tahniah BAM!!

awing69

ya...lantik je exco BAM jadi jurulatih..lagi senang...ah

orang luar

Di china dan serata tempat yang lain di dunia belum wujud pemain yang berada diatas chong wei selepas lin dan. di malaysia bayang pun belum nampak. ini dikatakan mudah? kereta boleh beli dengan duit, carilah yang paling mahal di dunia kerana modelnya telah sedia ada di pasaran. tetapi mengasuh pemain seperti chong wei dan yang akan datang tidak semudah mulut menyebut. setiap insan yang ingin mencapai tahap seperti mereka perlu bermula dari asas. Kuasa, ego, kemampuan kewangan, bakat dan kebolehan mengurus nampaknya tidak diurus dengan betul. ego mendapat tempat yang paling tinggi sekarang ini dan kuasa akan mencantas segala yang baik didalam semua mereka, kemampuan kewangan akan menghambat yang kurang, bakat akan terus terpendam. sayang seribu kali sayang. itu juga yang disajikan kepada seluruh rakyat malaysia. negara eropah menangisi kita kerana kita adalah saingan kepada kuasa monopoli badminton dunia china berbanding mereka walaupun kewangan mereka mampu. mudah kah semua itu. kita disini tak sedar diri pula. diharap KBS bertindak bijak. kita sayang mereka semua. tak perlu singkirkan sesiapa. kikis saja sikap yang tak boleh bersatu. biarlah mereka tinggal di kampung yang sama walaupun rumah lain2.

kamdo kgtelok

saya sangat bersetuju dgn menteri kbs untuk mempertemukan BAM ngan misbun...apa apa pun kami nak gak tahu apa masalah yg sebenarnye...demi badminton negara...

king

Datuk Misbun, hidupkan semula Nusa Mahsuri

arif

sokong Misbun walaupun yg trjadi

aghaniawang

Misbun telah banyak memberi sumbangan dan bekorban untuk badinton, hargai jasa dan pandangan beliau. Pengurus-pengurus sukan jangan hanya mengurus dari kerusi dan meja. turun gelanggang.

suhaimi

adakah datuk misbun mengambil alih tugas menjadi jurulatih ktika datuk lee cong wei sudah bergelar juara dunia?. kita selalu mengatakan yang masih tiada pengganti datuk lee chong wei. tapi apa bila misbun nak buat seorang atau mungkin lebih, ada pulah yang membantah. kenapa? atau ada maksud tersirat didalamnya. kerjala untuk negara bukannya sekadar inginkan nama saja bila dah jadi johan.. jadikan bola sepak sebagai iktibar. bila kalah semua senya. tapi bila menang macam-macam yang berbunyi. kata bukan 1 malaysia la apa la..

SHAM

SEMUA PIHAK MEMPUNYAI AGENDA DAN KEPENTINGAN PERIBADI.... DATUK MISBUN DAN DATUK LCW KAMI TETAP DIBELAKANG ANDA.... KITA TENGOK ADAKAH BAM DAPAT MELAHIRKAN JAGUH DUNIA SELEPAS INI

fakhrul

Lee Chong Wei (LCW) bertaraf dunia, begitu juga Koo Ken Kiat & Tan Boon Hiong.Sekiranya kenyataan EXCO BAM menyatakan bahawa mana2 jurulatih boleh melatih pemain seperti Lee, mengapa prestasi antara Lee & Koo/Tan begitu berbeza? Lee hanya kalah pada Lin Dan dan agak konsisten dalam kesemua kejohanan dunia tetapi Koo/Kien boleh kalah pada mana2 beregu utama dunia

Che Aziz bin Mat

Pengurusan BAM jangan meletakkan kesalahan kepada jurulatih sahaja apabila timbul perasaan tidak puas hati sesetengah jurulatih. Sebaliknya mereka perlu bermuhasabah diri dan mencari apa kesilapan atau kelemahan diri.Kata orang kalau tiada angin takkan pokok bergoyang.Bagi saya untuk mencari jurulatih yang berbakat dan berkalibar bukan senang. Bukan semua orang mempunyai kebolehan ini. Lebih-lebih lagi anak tempatan. Jurulatih luar saya rasa mereka tak mahu bersuara kerana sayangkan ganjaran yang cukup lumayan di sini walaupun pusingan pertama beregu utama kita pun dah bungkus.Tidak begitu pak1!!! Akhir kata, tepuk dada tanya akal. Sekian.

Boyak putih

Sikap angkuh akn membawa kehancuran pada bam.misbun dah buktikan dia bukan sebarang jurulatih.tahniah bam!!!

ok lah tu datuk misbun...kita tengok sapa bakal penganti anda.,yg pasti anda akan menjadi langenda sukan ini..yg lain biar kan mereka terjun dgn labu2 nya

jamil67

Belum berbincang dengan pemain dan jurulatih tapi keputusan dah dibuat dikalangan exco BAM, eloklah tu..cuma nak tanya, apakah dengan menjuarai ranking no 1 dunia dan banyak kejohanan lain bukannya tanda displin dan kesungguhan pemain dan jurulatih,jangan dipandang rendah jasa dan peranan mereka, tapi kalau nak bertegas juga, saya cadangkan lantiklah orang luar sebagai jurulatih dan tutup terus peluang peluang rakyat Malaysia atau mungkin exco BAM boleh turun bawah beramai-ramai untuk menggantikan pemain dan jurulatih badminton negara dan harapan saya semoga negara kita pada masa akan datang muncul sebagai juara piala Thomas dengan berkat displin dan kesungguhan exco. Hidup BAM!!!

ahmad Jimmy

Sekali lagi Badan ini tidak melakukan tugas dengan baik..dan melakukan keputusan tanpa menghiraukan keputusan rakyat Malaysia..dan saya berpendapat bahawa BAM seperti mahu membuktikan bahawa mereka lebih hebat berbanding siapa2 pun..Keadaan seperti ini hanya akan mengeruhkan keadaan..

Sotimin Sarun

Saya bersetuju bahawa perlunya BAM bertegas dan biarkan Datuk Misbun dan Datuk Lee keluar daripada BAM. Kita tidak perlu bergantung hanya jurulateh dan juga seorang pemain yang handal. Bam kena berubah dan berusaha mencari pelapis daripada 27 juta rakyat malaysia.

ammet

saya sebagai peminat utama badminton negara amat-amat tidak bersetuju dengan exco yang ada sekarang menyokong perletakkan jawatan dato misbun,pada saya lebih baik ahli exco yang ada sekarang meletak jawatan kerana tidak menghargai jasa dan pengorbanan yang dato misbun berikan,beliau melatih dato lee chong wai daripada tidak terkenal hinggalah dato lee chong wai dikenali dunia,menjadi pemain no.satu dunia dan juga pernah menaikkan beberapa pemain negara seperti roslin dan hafis hashim yang pernah menjadi pemain no 1 dunia dan juara all england.

PaKCU

memang itu satu tindakkan yang terpaksa diambil untuk menunjukkan ketegasan BAM.Harap BAM berani dan buktikan boleh melahiran pemain lain. Jika tidak mampu melahirkan pemain seperti dato Lee bermakna BAM hanya tegas untuk menjaga air muka sendiri sahaja.Buktikanlah... kami peminat badminton ingin melihat buktinya..

sarail lahabun

Siapalah sebenarnya yang Kacang Lupakan Kulit. BAM atau Datuk Misbun?

Joe

persatuan sukan sebaiknya diterajui oleh bekas-bekas ahli sukan yg pernah berkecimpung dalam sukan itu sekurang kurangnya sebagai pemain. ini tidak. penyakit ahli politik menduduki kerusi panas pentadbiran BAM masih berlarutan. sukan di kaca mata ahli politik tidak sama dgn sukan di kaca mata pemain. maka tidak heranlah konflik sentiasa terjadi.

brian

cara yang ada pada FAM sekarang ini amat memihak kepada FAM sendiri, tetapi kalau kita renung jauh kedepan dan kebelakang. Kedua-dua pihak DT Misbun dan FAM sepatutnya sama jangan bedalih, dengar baik-baik di kedua-dua pihak.

fif

ermmm...mcm2 isu serta pandangan yg ada...hrpn sy smoga atlit dan jurulatih yg diutamakn...persatuan hnya menguruskn perjalanan ... atlit y nk main tuk negara bkn org dlm persatuan...so,berbaik je la antara 1 same lain utk kepentingan negara jugakkk

ezzahh

salam, pada pandangan saya exco tu yg patut letak jawatan,kalau di baca pada apa yang di tulis pada akhbar ini,kenyataan tersebut bukan tegas tapi sebenarnya ego bongkak dan sombong diri,lupa pada khidmat yang telah di berikan oleh datuk Misbun,jangan kita membuka atau mencari keaiban orang lain, satu hari orang akan membuka atau mencari keaiban kita...apa kita rasa.

brian

cara yang ada pada FAM sekarang ini amat memihak kepada FAM sendiri, tetapi kalau kita renung jauh kedepan dan kebelakang. Kedua-dua pihak DT Misbun dan FAM sepatutnya sama jangan bedalih, dengar baik-baik di kedua-dua pihak.

ammet

saya sebagai peminat utama badminton negara amat-amat tidak bersetuju dengan exco yang ada sekarang menyokong perletakkan jawatan dato misbun,pada saya lebih baik ahli exco yang ada sekarang meletak jawatan kerana tidak menghargai jasa dan pengorbanan yang dato misbun berikan,beliau melatih dato lee chong wai daripada tidak terkenal hinggalah dato lee chong wai dikenali dunia,menjadi pemain no.satu dunia dan juga pernah menaikkan beberapa pemain negara seperti roslin dan hafis hashim yang pernah menjadi pemain no 1 dunia dan juara all england.

azlan.b ahmad

jgn diperbesarkan lagi isu perletakan jawatan datuk misbun...itu hak dia...BAM jgn melenting tak tentu pasal...masa anak didik datuk misbun menang,semua mengaku juara...bila ada krisis,pakat2 tuding jari

Salliah Binti Harris

Ayoh..Datuk Presiden BAM.Jika ahli "EXCO" BAM inginkan Datuk bertegas dengan Datuk Misbun, ketegasan juga harus dilaksanakan keatas ahli-ahli "EXCO" yang "berkerenah" lagi "bermasalah".Kejayaan pemain adalah ditangan jurulatih dan semestinya bukan ditangan ahli-ahli "EXCO",samalah juga sepertimana kegagalan seorang pemain.Berapa ramaikah ahli-ahli "EXCO" yang tampil kehadapan bila SKUAD PIALA THOMAS dan UBER kita gagal.Datuk Misbun mungkin berkerenah tapi apakah ahli-ahli "EXCO" BAM tidak berkerenah lagi bermasalah.Mengapa harus ada seakan bentuk tekanan untuk Datuk Presiden membuat keputusan.Disebalik gambaran awal @isyarat awal yang cuba diberikan oleh ahli-ahli "EXCO" ini tersimpul juga kerenah-kerenah ahli-ahli "EXCO" yang bermasalah. Ingatlah "Satu jari menuding kearah Datuk Misbun.,tiga jari terarah balik kepada ahli-ahli "EXCO".Ibu jari tetap berkecuali.Itulah peranan Datuk Presiden. Fikir-fikirkanlah. Sekian..Wassalam...

abu jabbar abdullah

Kenyataan DS Abu Bakar bahawa C Wei boleh dilatih oleh sebarang jurulatih itulah yang menimbulkan kemelut. Adakah Misbun indispensible?? Management selalu berlagak betul dan agak meletakkan hukuman demi atas nama disiplin. Betul ke sebarang jurulatih boleh melakukannya?

aziz salleh

kenkadang suatu perkara yg merunsingkan perlu di luahkan kpd yg bekenaan, tp ianya dipandang sinih sesetengah yg berjawatan, maka MUNGKIN Dato Misbun sudah tidak berupaya utk menyimpannya lagi, seharusnyalah kena akur dgn pendirian beliau yg mahu tarik diri dr BAM. Dan harus di ingat KENAPA Dato mengambil keputusan sedemikian?. Dan jgnlah dgn tindakan Dato sedemikian rupa pihak BAM & kerajaan M'sia lupakan jasa-jasa Dato yg selama ini banyak menaikkan nama negara di mata dunia, TINDAKAN YG DI BUAT ADA SEBAB. PENCAPAIAN YG DI CAPAI HARUS DI SANJUNG. Fikirkan

Nazri Hassan

Sebenarnya exco BAM kena letak jawatan, bukan Misbun atau jurulatih lain. Selagi ada exco yang tak tahu nak buat kerja, selagi itu BAM tidak akan maju

caparoz

"Menurutnya, mana-mana jurulatih di dunia boleh melatih pemain yang sudah mencapai taraf dunia seperti Chong Wei, seperti yang dilakukan Misbun ketika ini"... i dont think i m gonna agree with this..

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Atlit negara berlatih di Ranau

Posted: 07 Jan 2011 03:43 PM PST

Sukan

KOAM sedia RM3 juta hadapi persiapan Sukan SEA Jakarta November ini

SELEPAS melalui tahun malap, Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) tidak mahu terus tunduk kepada prestasi merudum itu dan bingkas merangka satu program khas bagi persediaan atlit ke Sukan SEA Indonesia, 11 hingga 25 November ini.

Dengan hanya enam emas, enam perak dan empat gangsa pada temasya lalu di Laos 2009, prestasi skuad olahraga dalam temasya Sukan Asia Tenggara itu sebenarnya menunjukkan graf menurun sejak Sukan SEA 1997 apabila negara ketika itu meraih 16 emas, tujuh perak dan lima gangsa.

Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Karim Ibrahim berkata, kira-kira 50 atlit dan jurulatih akan dipilih bagi mengikuti program khas yang dicadangkan diadakan di Kompleks Sukan Ranau, Sabah, Februari ini. "Setakat ini ramai jurulatih dan atlit secara dasarnya bersetuju dengan program ini. Kalau mereka memberi alasan untuk tidak mahu pergi, saya akan tanya semula kenapa mereka mahu ke luar negara tetapi tidak kepada program yang kita sendiri buat di dalam negara.

"Kami mahu menukar program kali ini bagi membolehkan mereka lebih fokus kepada latihan kerana tahu di Kuala Lumpur ini banyak godaan hiburan manakala keadaan cuaca sejuk di kawasan tanah tinggi juga antara faktor mengapa Ranau dipilih," katanya mengulas program empat fasa latihan yang mencecah kos perbelanjaan RM3 juta itu.

Bagi menampung kos itu, Karim berkata KOAM sudah memikirkan beberapa alternatif untuk membiayainya kerana masih belum menerima maklum balas daripada Majlis Sukan Negara (MSN) biarpun sudah dimaklumkan mengenai program itu sejak 10 Disember lalu.

Mengikut perancangan KOAM tahun ini, Karim berkata, atlit yang terpilih di bawah program itu akan menyertai sekurang-kurangnya lima pertandingan tempatan dan lebih 10 pertandingan luar negara sebaik Fasa 1 dijalankan.
"Program ini adalah program jangka masa panjang dan dalam peringkat percubaan. Kita mahu menyediakan platform ini kepada atlit dan tidak ada salahnya jika mereka mencuba kerana sasaran kita adalah untuk mengatasi jumlah pungutan pingat Sukan SEA Laos lalu," katanya mengenai program yang diterajui Ketua Jurulatih Harun Rasheed.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan