Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


'Kelantan di hatiku'

Posted: 07 Jan 2011 11:26 AM PST

PELUANG beraksi di liga luar negara mungkin hanya datang sekali apatah lagi ia hadir seperti 'satu penghargaan' selepas mempamerkan aksi terbaik dan mengerah keringat hampir sebulan di Piala Suzuki AFF pada Disember lalu.

Namun, penyerang lincah kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha terpaksa menolaknya meskipun sudah mendapat tawaran daripada tiga kelab Indonesia termasuk kelab Liga Super Indonesia (ISL), Sriwijaya FC.


Menurut pemain berusia 24 tahun kelahiran Besut, Terengganu, tindakan itu diambil kerana sudah mengikat kontrak untuk kekal bersama juara Piala Malaysia 2010, Kelantan sebelum saingan Piala Suzuki AFF bermula lagi.

"Saya akui tawaran itu agak lumayan dan memberi peluang bermain di luar negara namun saya terpaksa menolaknya kerana sudah tersenarai bersama skuad Kelantan dalam saingan Liga Malaysia (LM) 2011 yang bermula kira-kira tiga minggu lagi," katanya yang dipilih Pemain Paling Bernilai dan Penyerang Terbaik pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan tahun lalu.


Norshahrul kini menumpukan sepenuh perhatian untuk membantu Kelantan mencapai sasaran ditetapkan iaitu menjadi empat pasukan teratas Liga Super, separuh akhir Piala FA dan mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia serta layak beraksi di Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada 2012.


Pada saingan Piala Suzuki AFF itu, Norshahrul menggegar jaring lawan sebanyak dua kali namun dilihat sebagai penggerak utama jentera serangan terutama ketika membantu Malaysia membenam Indonesia 3-0 pada final pertama di Bukit Jalil.

Keberanian dan kemahirannya menggelecek pemain pertahanan Indonesia berjaya membuka ruang kepada dua jaringan Malaysia pada perlawanan itu dan seterusnya membantu Malaysia menjulang piala itu buat kali pertama sejak mula dipertandingkan 14 tahun lalu.


"Saya sangat gembira dengan kejayaan yang dicapai bersama Kelantan dan skuad kebangsaan pada tahun lalu. Saya harap meneruskan aksi konsisten seperti itu pada saingan LM musim ini.

"Namun sebagai pemain muda, saya sedar masih banyak perlu dipelajari untuk menjadi penyerang berkualiti dan benar-benar digeruni lawan," jelasnya.


Selain Norshahrul, seorang lagi penyerang kebangsaan Mohd Safee Sali yang juga penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol turut dilapor mendapat tawaran daripada beberapa kelab Indonesia dan Vietnam.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Usah sambil lewa lawan Sime Darby

Posted: 07 Jan 2011 11:25 AM PST

PEMAIN Negeri Sembilan diingatkan tidak leka sebaliknya mempamerkan keupayaan sebenar ketika turun menentang Sime Darby FC dalam perlawanan persahabatan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini.

Ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan berkata, walaupun sekadar pemanas badan, perlawanan itu tetap penting dalam usaha menyusun strategi terbaik menjelang saingan Liga Malaysia, bermula 29 Januari ini.


Menurutnya, pihaknya akan menggunakan perlawanan itu sebagai medan mengenal pasti kelemahan sebelum membuat keputusan muktamad dalam merangka strategi terbaik bagi saingan Liga Super nanti.

"Selain memastikan setiap pemain mempamerkan keupayaan sebenar, perlawanan itu penting dalam membantu kami memperkemaskan pasukan sebelum beraksi pada saingan sebenar.


"Sehubungan itu, pemain tidak boleh menganggap perlawanan ini sekadar memanaskan badan, sebaliknya perlu dijadikan ruang memperbaiki kesilapan kecil agar tidak berulang bagi menjadikan mereka lebih yakin, sekali gus memastikan kemenangan pasukan," katanya.


Bekas pengendali skuad kebangsaan itu berkata, beliau mahu terus menguji gandingan Hairuddin Omar dan Ahmad Aminuddin Shaharuddin atau Ahmad Fakhri Saarani, bagi memilih gandingan terbaik untuk menggegarkan gawang gol.

Wan Jamak berkata, meskipun masih ada dua lagi perlawanan persahabatan, pemain perlu memanafaatkan sepenuhnya pertemuan dengan Sime Darby.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan