Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Chong Wei mara ke final

Posted:

Chong Wei mara ke final

Chong Wei mara ke final



KUALA LUMPUR – Jaguh badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei (gambar) berjaya mara ke perlawanan akhir selepas memperoleh kemenangan mudah 21-17, 21-18 ke atas pemain dari Thailand Boonsak Ponsana pada separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Masters di Taiwan, semalam.

Sungguhpun merasai pengalaman tewas kepada Boonsak pada Sukan Asia Guangzhou tahun lalu di peringkat kumpulan, peristiwa itu tidak menjadi penghalang kepada Chong Wei yang hanya memerlukan 43 minit untuk menjinakkan bintang Thailand itu.

Pada perlawanan semalam, Chong Wei lebih banyak menguasai gelanggang seawal set pertama bermula dengan meninggalkan Boonsak enam mata sebelum lawan menyamakan kedudukan.

Malah, kelemahan Boonsak untuk membalas pukulan kencang Chong Wei di samping banyak melakukan beberapa kesilapan kecil membuka ruang kemenangan set pertama memihak kepada pemain Malaysia itu.

Pada aksi set kedua juga Chong Wei meneruskan permainan rancak untuk memperoleh kutipan mata tanpa memberi ruang mudah kepada Boonsak untuk mendapatkan kemenangan.

Bakal menanti Chong Wei pada perlawanan akhir hari ini ialah pemain dari Denmark, Peter Hoeg Gade yang berjaya menundukkan pemain China, Long Chen di peringkat separuh akhir dengan keputusan 21-19, 21-18.

Gade terpaksa berhempas pulas ketika bertemu Long Chen semalam sebelum boleh mendapatkan kemenangan untuk mara ke peringkat akhir.

Pada perlawanan tersebut, Gade mengunakan kelebihan dalam corak permainan rali untuk mendapatkan mata kemenangan dalam dua set yang berlangsung.

Dalam pada itu, sebelum ini dalam saingan peringkat kumpulan, Gade tewas kepada Chong Wei dengan keputusan 21-14, 21-12 dalam masa 29 minit.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Robani kembali sertai latihan

Posted:

Robani kembali sertai latihan

Robani kembali sertai latihan

KUALA LUMPUR - Selepas hampir setahun berehat disebabkan kecederaan kaki kini jaguh 110 meter berpagar negara, Mohd. Robani Hassan kembali menyertai latihan bermula awal bulan ini.

Sebelum ini Robani pernah menghadiahkan pingat emas buat negara pada Sukan SEA 2005 di Manila, namun terpaksa menarik diri pada penyertaan Sukan SEA 2007 kerana kecederaan otot paha, malah turut terlepas aksi di temasya sama pada 2009.

Pada tahun ini, Robani meletakkan harapan agar layak untuk menyertai Sukan SEA 2011 di Jakarta pada 11 hingga 25 November ini selain mahu memperbaiki rekod peribadi terbaiknya iaitu 13.85 saat yang di lakukan pada Terbuka Malaysia 2008.

Katanya, setakat ini dia hanya melakukan latihan ringan bagi membiasakan pergerakan kakinya dengan kelajuan yang tidak terlalu tinggi.

''Sudah setahun saya tidak beraksi dan kali ini saya harap peluang untuk saya berlari di Sukan SEA mampu dicapai.

''Latihan sebenarnya telah pun bermula pada awal bulan ini tapi sekadar melibatkan larian ringan sebelum boleh melangkah ke fasa latihan yang lebih kuat lagi,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Tambah Robani, kejohanan terdekat yang bakal disertai ialah Terbuka Thailand pada April ini selain beberapa kejohanan tempatan.

Robani, 28, turut meletakkan harapan untuk terpilih ke Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di Jepun yang menjadi sasaran utama skuad olahraga kebangsaan pada tahun ini.

''Kalau boleh saya mahu turut serta dalam kejohanan tersebut tetapi sebelum dapat beraksi di kejohanan itu saya perlu melepasi kelayakan yang ditetapkan sekali gus perlu mengatasi rekod peribadi terbaik saya.

''Dengan keadaan yang agak lama tidak beraksi mungkin sukar untuk saya layak ke ATF itu namun saya tetap akan cuba melakukan yang terbaik bagi mencapai hasrat itu,'' jelas Robani.

Kecederaan yang dialami oleh Robani menyebabkan dia terpaksa melakukan pembedahan pada Jun tahun lepas untuk membolehkan dia kembali pulih.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan