Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


3 hari saja

Posted: 27 Jan 2011 09:46 AM PST

Sukan

pix_gal0
Karathu azam guna pengalaman 30 tahun hadapi Selangor

BERPENGALAMAN 30 tahun sebagai pengendali, kemampuan jurulatih baru Kelantan, Datuk M Karathu akan teruji kerana dia mempunyai hanya tiga hari untuk membimbing anak buahnya bagi menghadapi perlawanan sumbangsih pembuka tirai Liga Super, Piala Sultan Ahmad Shah, malam esok.

Begitupun, Karathu yang menggantikan B Sathianathan sebagai pengendali, mahu menggunakan segenap pengalaman panjang sebagai jurulatih itu untuk memastikan kemenangan The Red Warriors apabila berdepan Selangor di Stadium Shah Alam, malam esok. Permulaan baik malam esok, katanya, sekali gus akan memudahkan misinya untuk membawa pasukan yang pernah dikendalikannya pada 1993 itu, memenuhi misi berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super dan menjulang salah satu trofi utama musim ini.

"Saya yakin dapat memainkan peranan dengan baik dan boleh meningkatkan kualiti pemain, bagaimanapun saya tidak mahu terlalu menekan mereka kerana bimbang mentaliti pemain akan jatuh.

"Sebagai juara Piala Malaysia, pemain memang tertekan tetapi kita bermain untuk menang, sekali gus mengutip tiga mata," katanya pada sidang media di Wisma Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) semalam yang turut dihadiri Naib Presiden, Rosmadi Ismail dan Sathianathan.

Pengumuman Karathu sebagai ketua jurulatih The Red Warriors dibuat Pengerusi KAFA, Tan Sri Annuar Musa malam kelmarin, selepas kerusi 'panas tetapi penting' itu kosong berikutan penggantungan enam bulan terhadap Sathia.
Mengulas lanjut, Karathu yang ditawarkan kontrak setahun sebagai pengendali, berkata dia akan mendapatkan pandangan daripada Penolong Jurulatih Hashim Mustapa dan Sidek Shamsuddin bagi persiapan menghadapi perlawanan sumbangsih di Stadium Shah Alam, malam esok.

"Memang saya tidak tahu kelebihan dan kelemahan (pemain) sebab baru hari ini berjumpa mereka. Saya memerlukan masa sehingga tiga minggu untuk tahu sejauh mana tahap setiap pemain.

"Oleh itu, saya juga akan minta tolong daripada Sathia dan penolong jurulatih untuk mengenali kebolehan pemain dan cara bermain, siapa boleh main di posisi mana dan sebagainya," katanya yang berharap pemain akan segera dapat menyesuaikan diri dengan pendekatan dibawanya nanti.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Hari Li Na, Djokovic

Posted: 27 Jan 2011 09:44 AM PST

Sukan

pix_gal0
SEJARAH tersendiri tercipta di gelanggang utama Terbuka Australia di Melbourne semalam apabila Novak Djokovic menyingkirkan penyandang juara, Roger Federer di peringkat separuh akhir, semalam.

Kejutan yang dicipta pemain Serbia itu menyebabkan Federer, pilihan kedua kejohanan, terpaksa terbang pulang tanpa sebarang gelaran Grand Slam buat kali pertama dalam tempoh lapan tahun.

Federer, 29, nyata gagal memberi tentangan dalam perlawanan berkualiti tinggi di Arena Rod Laver Arena itu, sehari selepas pilihan pertama Rafael Nadal turut terkeluar dan gagal menyapu bersih semua empat gelaran utama. Terdahulu, pemain wanita China, Li Na turut mencipta kejutan apabila menyingkirkan pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki untuk muncul pemain Asia pertama melangkah ke perlawanan akhir kejohanan bertaraf Grand Slam.

Li Na, 28, akan berdepan pemain Belgium, Kim Clijsters dalam perlawanan akhir esok, selepas menangguhkan hajat Wozniacki untuk memburu gelaran utama sulung, dengan kemenangan 3-6 7-5 6-3 tatkala Clijsters mudah menundukkan pilihan kedua, Vera Zvonareva 6-3, 6-3. - Agensi


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan