Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Misbun tidak muncul

Posted: 27 Jan 2011 11:28 AM PST

PERTEMUAN Datuk James Selvaraj dengan jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek yang dijangka berlangsung semalam tidak menjadi kenyataan apabila Pengarah Latihan Prestasi Tinggi itu mengesahkan belum bertemu Misbun.

Sehingga jam 9 malam tadi, James tidak dapat menghubungi Misbun untuk mengatur pertemuan penting itu. James berkata, dia sedia mendengar keluhan dan memberi pandangan jika diperlukan sebelum jurulatih itu bertemu Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh.


James berkata, dia mendapat tahu daripada Jalani Sidek bahawa Misbun mahu bertemunya untuk berkongsi pandangan sebelum bertemu Nadzmi untuk menyelesaikan isu peletakan jawatannya.

"Saya tidak kisah jika Misbun mahu bercakap dengan saya sebagai Pengarah Prestasi Tinggi BAM atau orang yang rapat dengan keluarga beliau," kata James yang hanya mahu isu itu berakhir.


Hasrat Misbun bertemu James disuarakan pada hari terakhir Terbuka Malaysia, Ahad lalu dan beliau sudah menyatakan kesediaan untuk bertemu Misbun bila-bila masa.


Bagaimanapun, sehingga semalam, pertemuan yang dirancang belum menjadi kenyataan biarpun pada awalnya, mereka berjanji untuk berjumpa kelmarin. Kata James, beliau tidak pasti apa yang bermain di fikiran Misbun ketika ini, tapi sedia mendengar keluhan jurulatih itu.

"Minggu lalu Jalani beritahu ingin bawa Misbun berjumpa saya berkongsi pandangan dan masalah dan saya jawab sedia berjumpa mereka bila-bila masa sama ada sebagai kawan atau Pengarah Prestasi Tinggi BAM.


"Kami sepatutnya bertemu semalam (kelmarin) tetapi pertemuan tidak berlaku dan saya masih tertanya-tanya. Saya cuba menghubungi beliau tetapi gagal. Sekarang (semalam) saya masih menunggu panggilan dari beliau, saya benar-benar mahu membantu jika saya boleh," kata James yang dihubungi semalam.

Menurut James, keakrabannya dengan keluarga Sidek mendorong beliau untuk berkongsi masalah yang dihadapi Misbun.


Hubungan rapat James dan keluarga Sidek diketahui umum, sejak zaman Misbun, Jalani, Razif dan Rashid masih bergelar pemain lagi. James menjadi pembantu jurulatih kepada Tan Yee Khan ketika membimbing Jalani-Razif muncul juara Seluruh England 1982.


James sendiri bekas pemain handalan negara sekitar 1970an dan dihormati anak-anak Sidek. Antara pencapaian hebat beliau adalah meraih gangsa pada Sukan SEA 1977, naib juara Piala Thomas 1976 di Bangkok dan gangsa sukan Komanwel 1978 di Edmonton.


Krisis Misbun dijangka berakhir sebaik jurulatih itu bertemu Nadzmi selepas ahli Majlis BAM yang bermesyuarat minggu lalu, sebulat suara memberi mandat penuh kepada presiden mereka untuk membuat keputusan hasil rundingan dengan Misbun.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kayuhan TSG bertenaga

Posted: 27 Jan 2011 10:37 AM PST

PENDATANG baru, Terengganu ProAsia Cycling (TSG) membuktikan mereka bukan pasukan 'mentah' pada Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi 2011 (LTdL 2011).

Selepas tamat lima peringkat perlumbaan, TSG semakin mempamerkan taring sebenar pada kejohanan berstatus 2HC itu.


Selain kejayaan Raja Pecut 2010, Anuar Manan yang menyambar Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia pada perlumbaan peringkat kedua dan ketiga, TSG juga mencipta kejutan awal menerusi Mohd Harrif Salleh yang memenangi tempat ketiga dalam saingan pembukaan di Langkawi, Ahad lalu.

Anuar juga tampil bergaya dengan menduduki tempat ketiga pada perlumbaan peringkat kedua sebelum dia muncul naib juara di peringkat ketiga.


Semalam, jaguh bukit TSG, Mohd Saufi Mat Senan pula mencuri tumpuan apabila muncul sebagai pelumba pertama tempatan sampai ke garisan penamat pada peringkat kelima dari Tapah ke Genting Highlands.


Saufi megah melintasi garisan penamat dengan catatan masa 3 jam 36 minit 06 saat pada perlumbaan sejauh 124.3 kilometer itu yang dimenangi pelumba Androni Giocattoli, Jonnatha Monsalve (3'33:31s).

Lima lagi pelumba TSG yang turut menampilkan kayuhan bertenaga semalam ialah Puchong Sai-Udomsin yang menduduki tempat ke-40, Mohd. Shahrul Mat Amin (41), Shinichi Fukushima (53), Harrif (80) dan Anuar (84).


Melihat prestasi cemerlang barisan pelumbanya setakat ini, jurulatih TSG, Syed Mohd Husaini Syed Mazlan tidak teragak-agak menghamburkan pujian kepada mereka.

"Semalam, Shahrul pamer kayuhan cemerlang dan hari ini, Saufi pula melakukan tugasnya dengan begitu baik sekali. Saya bangga dengan prestasi kesemua enam pelumba TSG selepas berakhirnya lima peringkat.


"Buat masa ini, segala perancangan kami berjalan lancar dan diharapkan ia dapat diteruskan hingga peringkat terakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan