Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Kuasa baru

Posted: 29 Jan 2011 10:58 AM PST

Sukan

pix_gal0
The Reds Warriors tambah koleksi trofi selepas Piala Malaysia, Emas Raja-Raja

KELANTAN menyambung pesta mereka sejak menjuarai Piala Malaysia, Oktober lalu untuk terus membuktikan barisan bergelar The Red Warriors itu kini sudah mula memperagakan kelibat garang menjadi kuasa baru bola sepak negara.

Malam tadi, jaringan daripada Norshahrul Idlan Talaha menerusi penalti minit kelapan dan Mohd Badri Radzi tujuh minit sebelum tamat perlawanan sudah cukup untuk mereka menang 2-0 mengatasi Selangor dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Shah Alam. Kejayaan itu membutirkan skuad bimbingan Datuk M Karathu gelaran kedua dalam tempoh tiga bulan.

Pertembungan dua pasukan gergasi itu turut dipalit insiden baling botol air dan mercun oleh penyokong sehingga mengakibat perlawanan tergendala kira-kira 10 minit pada minit ke-62. Namun, secara keseluruhan saingan itu berlangsung dengan menarik dan pengadil, Mohd Yusof Mat Karim hanya melayangkan satu kad kuning kepada pemain Kelantan.

Pelawat jelas tidak hilang sengat dalam menguasai permainan dengan bantuan sorakan ribuan penyokong dalam warna merah-putih buat mencipta derita Selangor pimpinan K Devan yang hampa di halaman sendiri melihat lawan pulang dengan trofi itu buat julung kali.

Impian peminat Merah Kuning melihat Safee Sali - penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF- membolosi gawang lawan jelas menghampakan ketika benteng Red Warriors seperti sudah diarah Karathu mengekang penyerang prolifik itu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Clijsters gah, Li Na hampa

Posted: 29 Jan 2011 10:34 AM PST

Sukan

Kim Clijsters menjulang trofi kemenangan Piala Terbuka Australia.

Kim Clijsters menjulang trofi kemenangan Piala Terbuka Australia.

MELBOURNE: Kim Clijsters akhirnya memenangi mahkota Terbuka Australia pertamanya dan keempat kejuaraan major dalam karier selepas menumbangkan Li Na dari China 3-6, 6-3, 6-3 pada final Terbuka Australia, semalam.

Li kelihatan terganggu dengan gelagat sebahagian penonton China pada set ketiga sehingga meminta pengadil campur tangan, dan kemudian mengadu mengenai cahaya daripada kamera jurugambar.

"Saya akhirnya berasakan seperti anda boleh memanggil saya 'Aussie Kim' kerana saya memenangi kejohanan ini," kata pemain Belgium itu pada majlis penyampaian trofi, merujuk kepada hubungannya sebelum ini dengan pemain nombor satu Australia, Lleyton Hewitt menyebabkan beliau diminati di Australia. "Malah ketika saya ketinggalan, anda terus memberi sokongan kuat dan saya amat menghargainya." Sambil melihat kepada Li pula, Clijsters berkata: "Saya fikir kita akan bertemu lagi dalam perlawanan yang mencabar, adalah menarik jika dalam beberapa lagi Grand Slam akhir."

Pada set kedua selepas Clijsters mematahkan servis Li untuk mendahului 4-3, Li mengadu kepada pengadil Alison Lang daripada Britain dan berkata: "Bolehkan anda bagi tahu penonton China jangan ajar saya bagaimana untuk bermain tenis," merujuk kepada beberapa penonton yang menjerit dalam bahasa China "habiskan dia," dan "kalahkan dia," dan kemudian "bertenang" yang mengganggunya.

Li juga mengeluarkan kata-kata kepada jurulatih dan suaminya, "berhenti daripada menjerit kepada saya." - AP


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan