Harian Metro: Arena |
Posted: 11 Jan 2011 09:55 AM PST TIGA bekas pemain Kelantan diketuai kapten The Red Warriors musim lalu, Indra Putra Mahayuddin yang bertindak menyertai T-Team untuk saingan Liga Malaysia 2011 ber kemungkinan berdepan dengan penggantungan satu musim serta denda sehingga RM25,000 setiap orang sekiranya di dapati bersalah. Namun semuanya bergan tung kepada budi bicara dan pertimbangan yang bakal di putuskan Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada mesyuaratnya pada penghu jung bulan ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan penangguhan itu dengan menjelaskan mesyuarat berkenaan lebih menjurus kepada perbincangan me ngenai prosedur jawatankuasa itu untuk menjadi lebih telus di dalam mengenda likan sesuatu perkara.
Tindakan tiga pemain itu dilaporkan menjejaskan per siapan Kelantan bagi meng hadapi saingan liga musim ditambah dengan pengguguran beberapa pemain ber pengalaman seperti Hairuddin Omar dan Che Hishammuddin Hassan. Mereka dikatakan tidak membalas surat tawaran lan jutan kontrak yang dihantar oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan di dalam tempoh ditetapkan sekali gus bermakna kontrak mereka akan dilanjutkan secara automatik.
|
Azuan gusar aksi petang rencat penyokong Posted: 11 Jan 2011 09:54 AM PST HANYA sekadar membuat rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), namun tiada inisiatif secara drastik dilakukan pengurusan Johor FC untuk memastikan skuad itu beraksi di sebelah malam dan sebaliknya kekal bermain di sebelah petang. Ketika aksi persahabatan Johor FC menentang kelab dari Liga Singapura (Liga S), Sengkang Punggol FC, penataan cahaya lampu limpah di Stadium JCorp, Pasir Gudang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan FAM iaitu sejumlah 800 Lux.
Paling mengecewakan jawapan daripada Setiausaha Kehormat Johor FC, Mohd Tahir Hamdan sekadar tidak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah berhubung lampu limpah, sebaliknya hanya mampu beri jawapan: "Kami sudah buat rayuan kepada FAM, tengoklah macam mana." Jawapan itu seolah-olah tergantung ketika peminat bola sepak Johor FC masih tertanya-tanya sama ada aksi pertama pasukan itu menentang Felda United, 29 Januari ini diadakan di sebelah petang atau malam.
"Apa yang lebih merisaukan saya kecederaan empat tonggak Mat Saiful Mohamad, Mohd Hamzani Omar, Abdul Rahman Zabul dan Mohd Irfan Ghani yang belum pulih sepenuhnya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan