Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


RM65,000 untuk setiap pemain

Posted:

RM65,000 untuk setiap pemain

RM65,000 untuk setiap pemain


TENGKU ABDULLAH (tengah) turut hadir pada majlis di Seri Perdana, Putrajaya semalam.


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian insentif saham amanah serta wang tunai berjumlah RM65,000 setiap seorang kepada 25 pemain dan jurulatih skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala Suzuki AFF pada bulan lepas.

"Setiap pemain dan jurulatih diberikan unit Amanah Saham Wawasan 2020 berjumlah RM50,000 yang bagaimanapun tidak boleh dikeluarkan sehingga tempoh 10 tahun," kata Perdana Menteri ketika meraikan skuad itu di kediaman rasminya, Seri Perdana di Putrajaya semalam.

Pada majlis yang turut dihadiri Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan menteri-menteri Kabinet itu, Najib berkata, imbuhan wang tunai RM10,000 adalah daripada kerajaan dan RM5,000 lagi melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) Majlis Sukan Negara (MSN).

Katanya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memperuntukkan RM500,000 kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menaik taraf kemudahan gimnasium dan membina bilik sauna di Wisma FAM di Kelana Jaya bagi kemudahan pemain.

Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF buat julung kalinya dengan menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 setelah menang 3-0 pada aksi pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebelum tewas 1-2 pada perlawanan kedua di Gelora Bung Karno, Jakarta.

Najib juga berkat, kerajaan akan bekerjasama dengan FAM sekiranya mahu menghantar pemain-pemain untuk menjalani latihan dengan mana-mana kelab bola sepak di luar negara.

"Untuk pembangunan di masa depan, kerajaan akan memberikan kerjasama dan sokongan yang sebaik-baiknya kepada FAM untuk memajukan bola sepak di negara ini.

"Kerajaan akan menaja latihan pemain-pemain kita dengan kelab-kelab ternama di luar negara sebagai persediaan pemain. Terserahlah kepada FAM untuk menentukan di mana, siapa dan sebagainya. FAM perlulah juga berunding dengan KBS dan MSN terlebih dahulu," katanya.

Mengenai kejayaan sulung skuad negara memenangi Piala Suzuki AFF, Najib berkata, ia perlu dijadikan contoh oleh semua rakyat Malaysia khususnya generasi muda.

"Ia bukanlah sebarang kejayaan kerana ia suatu kejayaan yang mencetus satu semangat patriotisme yang luar biasa di kalangan rakyat.

"Tidak ada satu peristiwa lain ataupun kejohanan lain yang boleh dianggap setanding dengan apa yang telah dilalui dalam peristiwa yang membolehkan kita menjulang Piala Suzuki AFF ini. Suasana di Stadium Nasional, Bukit Jalil boleh dikatakan sebagai electrifying (bersemangat), walaupun saya tidak berada bersama, tetapi saya dapat saksikan jaringan yang menarik pemain Malaysia melalui YouTube," katanya.

Perdana Menteri turut mengimbau saat-saat manis beliau duduk di atas jalan raya bersama rakyat di Jalan Bukit Bintang ketika menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua antara Malaysia dan Vietnam.

"Saya sendiri mencatat sejarah peribadi, belum pernah ada Perdana Menteri duduk di atas jalan raya bersama-sama rakyat untuk menyaksikan perlawanan bola... dan saya berbangga. Bila kita (Malaysia) menang hari itu, rasa macam hendak menitiskan air mata.

"Saya dapat menyelami kekuatan mental pemain ketika itu begitu juga dengan semangat yang ditunjukkan oleh peminat-peminat. Saya dapat saksikan perubahan besar dalam bola sepak Malaysia," katanya.

Najib menyeru semua pemain supaya terus berusaha untuk mengekalkan kecemerlangan yang telah ditunjukkan pada Piala Suzuki AFF dengan meningkatkan prestasi.

Tumpuan skuad bola sepak kebangsaan kini, katanya, adalah untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik di London pada 2012 dan berusaha untuk menjadi kuasa besar sukan bola sepak di rantau Asia.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Aidil kembali dalam skuad

Posted:

Aidil kembali dalam skuad

Aidil kembali dalam skuad

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


ZAFUAN (kiri) kembali disenaraikan dalam skuad bola sepak kebangsaan.


BEKAS ketua pasukan kebangsaan, Aidil Zafuan Radzak kembali dipanggil K. Rajagobal untuk aksi persahabatan antarabangsa menentang Hong Kong di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 9 Februari depan.

Selain Aidil, jurulatih kebangsaan itu turut memanggil enam lagi pemain yang tidak beraksi pada Piala Suzuki AFF 2010 iaitu Farizal Marlias, Ahmad Fakri Saarani, Azmi Muslim, S. Chanthuru, G. Mahathevan dan Shahrizal Saad.

Menurut senarai yang dikeluarkan di laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu semalam, hanya 17 daripada 22 pemain skuad yang menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 bulan lalu disenaraikan Rajagobal untuk latihan pusat kali ini.

Lima pemain yang tidak terpilih ialah Amri Yahyah, Razman Roslan (Selangor), Khyril Muhymeen Zambri, Faizal Abu Bakar dan Khairul Helmi Johari (Kedah).

24 pelatih bagi kem latihan kali ini akan mula menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 2 Februari depan, sehari selepas mereka beraksi untuk perlawanan kedua Liga Super 2011 bersama kelab masing-masing.

Aidil mengalami kecederaan lutut ketika beraksi untuk Negeri Sembilan pada final Piala Malaysia 2010 yang menyebabkan dia terpaksa diketepikan Rajagobal untuk Sukan Asia 2010 dan Piala Suzuki AFF 2010.

Persoalan kini timbul sama ada tugas kapten yang diambil alih Safiq Rahim pada dua kejohanan tersebut akan diserahkan semula kepada Aidil atau terus menjadi milik pemain tengah Selangor itu.

Farizal, Fakri, Azmi dan Chanthuru turut diketepikan daripada skuad Piala Suzuki AFF 2010 kerana kecederaan tetapi mereka kini sudah pulih sepenuhnya.

Mahathevan, bekas pemain tengah PKNS yang beraksi untuk Negeri Sembilan musim ini dan Shahrizal, bekas penyerang Perak yang kini bersama Johor FC pula pernah beberapa kali dipanggil Rajagobal sepanjang tahun lalu.

Namun, beberapa pemain yang masih belum pulih tidak disenaraikan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Amir, Adiq dapat pengalaman baru

Posted:

Amir, Adiq dapat pengalaman baru

Amir, Adiq dapat pengalaman baru

PENGALAMAN beraksi dan memperagakan kayuhan cemerlang ketika berkayuh bersama puluhan pelumba bertaraf bintang pada Kejohanan Kebangsaan Australia 2011 di Ballarat minggu lalu meyakinkan Amir Mustafa Rusli dan Muhamad Adiq Hussainie Othman betapa mereka bakal 'meletup' pada Kejehanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi 2011 (LTdL 2011).

Muhamad Adiq Hussainie mempamer aksi mantap apabila menduduki tempat ke-18 pada Kejohanan Kebangsaan Australia 2011 dan pengalaman beraksi bersama pelumba bintang seperti Robbie McEwen, Michael Rogers, Allan Davis, Matt Lloyd, Baden Cooke, Matt Wilson, Richie Porte, Simon Gerrans, Mark Renshaw dan Graeme Brown memberi pengalaman bermakna kepada pelumba tersebut.

"Ini tahun kedua saya bertanding di Kejohanan Kebangsaan Australia. Tahun ini saya dapat tempat ke-18 dan ia satu pencapaian yang sangat memberangsangkan. Saya bangga kerana dapat menyaingi daya kayuhan pelumba seperti Robbie McEwen, Michael Rogers, Allan Davis, Matt Lloyd, Baden Cooke, Matt Wilson Richie Porte, Simon Gerrans, Mark Renshaw dan Graeme Brown.

"Semua pelumba ini pernah bertanding di Tour de France tahun demi tahun. Saya rasa corak kayuhan saya mampu menyaingi mereka. Jadi saya percaya saya boleh lakukan sesuatu pada LTdL 2011," katanya sebelum berlepas ke Cameron Highlands untuk sesi latihan pendakian.

Muhamad Adiq Hussainie adalah pelumba terbaik Malaysia pada penampilan pertamanya di LTdL 2010 dan tahun ini pemenang pingat gangsa Kejohanan Sedunia 2009 di Moscow itu akan sekali lagi berkayuh bersama pasukan Drapac Professional Cycling Team.

Amir Mustafa pula sekadar menduduki tempat ke-28 daripada 194 pelumba yang menyertai acara lepas beramai-ramai lelaki diadakan di kawasan berbukit di Buninyong, Ballarat

"Saya difahamkan hanya 48 pelumba berjaya menamatkan perlumbaan dan saya salah seorang daripada mereka. Saya difahamkan juga ada 50 pelumba pasukan Pro-Tour dan pro benua menyertai Kejohanan Kebangsaan Australia 2011.

"Malah saya juga dapat tahu saya dan Adiq adalah antara enam pelumba luar negara yang dibenarkan menyertai kejohanan tersebut. Saya juga dapat tahu McEwen kurang senang dengan penampilan kami. Apa pun, kami berjaya menyaingi daya kayuhan semua pelumba. Faktor ini amat meyakinkan saya untuk menyerlah di LTdL 2011," katanya.

Pada awalnya, Amir Mustafa dijadualkan berlumba di LTdL 2011 bersama Drapac Professional Cycling Team tetapi terpaksa mengubah haluan berkayuh untuk pasukan lebuh raya Malaysia atas permintaan ketua jurulatih, John Beasley.

Malaysia dan Korea Selatan adalah antara dua pasukan kebangsaan yang bertanding atas kategori pasukan kebangsaan selepas Afrika Selatan menolak jemputan sebaliknya sekadar menghantar pasukan benua.

Ketiadaan pasukan kebangsaan Afrika Selatan bagi menyertai LTdL 2011 sudah pun disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LTdL 2011, Mohamed Salleh semalam.

Kejohanan LTdL 2011 yang berstatus 2HC dalam kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) menawarkan hadiah kemenangan RM1 juta dan dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Jelajah tersebut bermula 23 Januari hingga 1 Februari ini membabitkan perlumbaan 10 peringkat dengan jarak keseluruhan sejauh 1,315.4 kilometer bermula di Langkawi dan berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan