Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Mungkin 30 sukan saja

Posted: 06 Feb 2011 03:42 PM PST

Sukan

Sukan SEA XXVI, 11-23 November 2011

Sukan SEA XXVI, 11-23 November 2011

MOM tak cadang hantar atlit bertanding semua acara Sukan SEA XXVI

MALAYSIA dijangka 'memulau' sebahagian besar daripada 44 jenis sukan dan 542 acara yang dipertandingkan pada Sukan SEA XXVI di Indonesia, 11 hingga 23 November depan.

Tindakan itu dibuat kerana negara ini tidak memiliki atlit untuk bertanding dalam acara berkenaan, bahkan tiada persatuan sukan ditubuhkan atau beroperasi di negara ini kerana sebahagian besarnya bukan acara tumpuan dalam pembangunan sukan negara. Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, berkata kontinjen negara dijangka hanya mengambil bahagian dalam kira-kira 30 jenis sukan daripada keseluruhan 44 yang akan dipertandingkan pada temasya dwitahunan itu.

"Selepas meneliti senarai 44 sukan, kita mungkin hanya menyertai antara 30 hingga 32 jenis sukan saja. Selebihnya, kita tidak sertai kerana tidak mempunyai atlit," katanya, semalam.

Antara sukan yang mungkin tidak disertai kontinjen negara termasuk shorinji kempo yang menawarkan 16 emas, soft tenis (7), fin swimming (16), gusti (17), roller sports (12) dan vovinam (14) manakala beberapa acara lain juga diketepikan kerana atlit negara diramal tidak mampu bersaing kerana jauh ketinggalan berbanding atlit rantau ini.

Begitupun, Kok Chi berkata, pihaknya akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Lembaga MOM selepas menerima laporan delegasi yang akan menghadiri mesyuarat Majlis dan Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Sukan Sea (SGF) di Denpasar, Bali, 25 Februari ini.
"Kita akan berbincang dan memuktamadkan mengenainya selepas mesyuarat Majlis dan Jawatankuasa Eksekutif SGF," katanya.

Kelmarin, Kok Chi menyifatkan jumlah 542 pingat emas yang dipertandingkan pada temasya serantau Asia Tenggara itu tidak rasional dan berlawanan dengan acara lazim dipertandingkan di pentas antarabangsa termasuk Sukan Asia dan Olimpik.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

sempoi

sangat setuju, keputusan yg tepat..

Muhammad Syamil Bin M.Rosli

Pada hemat saya, kerajaan hanya perlu menumpukan pada acara sukan yg dipertandingkan pada sukan olimpik dan suka asia sahaja. Kita tidak perlu mengejar johan keseluruhan sukan SEA, tetapi lebih menumpukan pada kualiti atlit kita.

wamora

Indonesia layak menganjur Sukaneka Asia Tenggara sahaja.

pak usu

saya fikir sudah tiba masanya malaysia hanya tumpukan saja kepada sukan yang ditandingkan di sukan asia dan olimpik saja. menyertai sukan pelik-pelik bukan saja tidak membawa kebaikan kepada pembangunan sukan negara malahan kita tak mungkin meraih emas. lagipun mengumpul banyak pingat dalam sukan sea bukan lagi kebanggaan kita. yang penting kita menang emas di sukan asia dan olimpik. sukan sea harus medan pendedahan memandangkan hampir semua tuan rumah sukan sea kecuali malaysia syok sendiri. ikut suka hati nak mempertandingkan acara yang memang dianya akan menang emas, manakala peserta negara lain cuma sebgai pelengkap untuk acara itu sah dipertndingkan.
saya setuju dengan datuk skc. sertai saja sukan yang ditandingi di olimpik....

mohammad firdaus

indon oh indon.....kemajuan x seiring dgn sukan yg dipertandingkan....try to learn somethin from malaysia to develop the value...

William

Anggaplah sukan indonesia ini cuma tempat memanas badan. indon cuma menjatuhkan maruah sukan sea seperti mereka juga.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tidak sabar beraksi

Posted: 06 Feb 2011 03:40 PM PST

Sukan

MUSLIM diberi rawatan oleh fisioterapis ketika mengalami kecederaan sebelum bermula Liga Super.

MUSLIM diberi rawatan oleh fisioterapis ketika mengalami kecederaan sebelum bermula Liga Super.

Muslim tekad pertahan posisi bek tengah

SEDAR kepulangan Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak ke kem latihan skuad kebangsaan, tonggak pertahanan juara Piala AFF Suzuki 2010, Mohd Muslim Ahmad bertekad memberikan persembahan terbaiknya untuk memikat jurulatih K Rajagobal bagi terus mengisi kesebelasan utama Harimau Malaya.

"Saya sedar saingan semakin sengit untuk membarisi kesebelasan utama," kata Muslim selepas sesi latihan di padang Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam. "Bagaimanapun terpilih atau tidak bukan soal utama, matlamat sebenar ialah kemenangan untuk pasukan kebangsaan." Terlepas dua perlawanan pertama bersama Harimau Muda A dalam kancah Liga Super musim ini, Muslim yang sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan paha, tidak sabar untuk kembali beraksi bersama skuad kebangsaan apabila menentang Hong Kong dalam perlawanan persahabatan, Rabu ini.

Namun kedudukannya kini digugat kehadiran Mohd Aidil yang kembali menyertai skuad kebangsaan selepas pulih daripada kecederaan yang dikutip ketika mewakili Negeri Sembilan pada final Piala Malaysia tahun lalu.

"Memang saya terpaksa bersaing untuk mengekalkan tempat dalam kesebelasan utama, tetapi ia adalah persaingan sihat yang akan akhirnya memberi kebaikan kepada pasukan. Walaupun hanya perlawanan persahabatan dengan Hong Kong, semangat kami cukup tinggi untuk mencatat kemenangan.

"Saya pasti jurulatih akan memberi peluang kepada seramai mungkin pemain untuk beraksi bagi menilai prestasi mereka. Jika terpilih dalam kesebelasan utama, saya berjanji memberikan yang terbaik supaya benteng pertahanan tidak dibolosi," kata pemain kelahiran Terengganu itu.
Selain Muslim dan Aidil yang masing-masing baru pulih daripada kecederaan, Rajagobal turut mempunyai pilihan menurunkan Mohd Sabre Mat Abu, Mohd Asaruddin Putra Omar, Mahali Jasuli, Mohd Fadli Shas dan Mohd Faizal Mohd, Rabu ini.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan