Harian Metro: Arena |
Posted: 06 Feb 2011 09:44 AM PST PENGHORMATAN diraih Mohd Safiq Rahim selaku ketua pasukan kebangsaan yang menjuarai Piala Suzuki AFF Disember lalu bakal tergugat dengan kembalinya tonggak utama pertahanan Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak. Safiq, 23, memainkan peranan berkesan selepas ditugaskan oleh pengendali, K Rajagobal untuk mengemudi barisan negara mengharungi kejohanan itu ketika Aidil Zafuan terpaksa disisihkan selama hampir enam bulan angkara kecederaan lutut.
Tapi persoalan itu bukan menjadi keutamaan buat Safiq kerana dia berjanji memberikan komitmen tidak berbelah bahagi walaupun tidak bergelar ketua pasukan.
Bagi persediaan menghadapi perlawanan pertama menentang Hong Kong, tahun ini, Rajagobal memanggil enam pemain yang tidak beraksi di kejohanan Piala AFF lalu iaitu Aidil Zafuan, Mohd Farizal Marlias, G Mahathevan, Shahrizal Saad, Ahmad Fakri Saarani dan S Chanturu.
"Saya harap kami mampu mengekalkan prestasi di Piala AFF untuk mendapat keputusan positif bertemu Hong Kong. Semua pemain sedar, kami tidak mahu pasukan kebangsaan terus dilabel mudah tenggelam selepas mencapai kejayaan.
|
Posted: 06 Feb 2011 09:40 AM PST SKUAD pecut ke Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Korat masih mencari kombinasi terbaik untuk meraih pingat buat negara selepas dicabar hebat trio Jepun dan China. Ketua jurulatih negara, John Beasley hanya akan memutuskan senarai terakhir tiga pelumba selepas menilai tahap semasa pelumba negara yang mungkin dibarisi Azizulhasni Awang, Josiah Ng, Rizal Tisin dan Muhmmad Edrus Md Yunos. Bagi Josiah, pemenang pingat emas Sukan Komanwel, New Delhi, dia meletakkan sasaran tinggi di kejohanan ACC yang menawarkan mata untuk kelayakan Sukan Olimpik.
"Saya meletakkan sasaran tinggi untuk ACC ini terutama acara berpasukan. Bagaimanapun, kombinasi tiga pelumba belum diputuskan kerana Beasley kini menilai pencapaian setiap pelumba.
Pada siri ketiga di Beijing, kombinasi Rizal, Azizul dan Josiah merekodkan 45.678s. Barisan negara bagaimanapun perlu berhati-hati dengan gandingan dari China - Cheng Changsong, Zhang Lei dan Zhang Miao yang merangkul emas di Piala Dunia Klasik Beijing tahun lalu dengan catatan 44.237s.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan