Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Safee ke Pelita Jaya

Posted:

Safee ke Pelita Jaya

Safee ke Pelita Jaya

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


SAFEE (kanan) berazam bantu Pelita Jaya keluar daripada zon penyingkiran Liga Indonesia.


TEKA-TEKI mengenai hasrat penyerang skuad Liga Super Selangor, Mohd. Safee Mohd. Sali untuk beraksi di luar negara akhirnya terjawab. Penyerang berusia 27 tahun itu sah akan beraksi bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya bermula pada 14 Februari ini.

Pengumuman berhubung perkara itu dibuat oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad pada satu sidang media di Wisma FAS, Kelana Jaya semalam.

Menurut Mokhtar, selain Pelita Jaya, pihak FAS telah menerima tiga lagi tawaran daripada kelab Indone- sia yang turut menyatakan hasrat mereka mendapatkan khidmat Safee.

Bagaimanapun, pihak FAS telah memutuskan untuk menerima tawaran yang dibuat oleh Pelita Jaya kerana menganggap ia adalah yang terbaik.

"Kami (FAS) tidak menggunakan mana-mana ejen. FAS sendiri bertindak sebagai ejen kepada Safee.

"Disebabkan Datuk Hamidin Mohd. Amin (Setiausaha Agung FAS) mempunyai hubungan yang erat dengan pegawai bola sepak di Indonesia, segala rundingan berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.

"Kontrak telah disediakan dan majlis menandatanganinya akan diadakan pada Isnin depan (14 Februari) di Indonesia," kata Mokhtar.

Sidang media itu turut dihadiri oleh Safee sendiri, Hamidin dan pengurus merangkap ketua juru- latih Selangor, K. Devan.

Bagaimanapun, FAS tidak mendedahkan jumlah bayaran yang dikenakan ke atas Pelita Jaya bagi menebus kontrak Safee bersama Selangor yang hanya akan tamat pada November depan.

Jelas Hamidin, pihak FAS dan Pelita Jaya telah bersetuju untuk tidak mendedahkan nilai perpindahan dan jumlah gaji yang bakal diterima oleh Safee.

"Apa yang saya boleh katakan adalah Safee akan mengikat kontrak selama setahun bersama Pelita Jaya iaitu sehingga 31 Januari 2012.

"Namun, mengikut syarat yang telah ditetapkan, Safee perlu kembali beraksi bersama Selangor sebaik sahaja kontraknya tamat kelak.

"Jadi perlawanan antara Selangor dengan Kuala Lumpur yang dijadual berlangsung di Stadium Shah Alam Sabtu ini akan menjadi perlawanan terakhir buat Safee dengan Selangor," jelas Hamidin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Liga Indonesia sama sahaja - Zolkples

Posted:

Liga Indonesia sama sahaja - Zolkples

Liga Indonesia sama sahaja - Zolkples

KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong ada pandangan yang tersendiri berhubung perpindahan penyerang skuad Liga Super Selangor, Mohd. Safee Mohd. Sali ke kelab Indonesia, Pelita Jaya.

Bagi Zolkples, beliau lebih suka sekira- nya Safee beraksi dalam saingan Liga Jepun ataupun Liga Korea Selatan memandangkan standard liga tersebut lebih tinggi jika hendak dibandingkan dengan Liga Indonesia.

"Secara peribadi, saya lebih suka jika Safee beraksi bersama salah sebuah kelab di Jepun ataupun Korea Selatan kerana di sana standard liga mereka lebih tinggi jika dibandingkan dengan Indonesia.

"Pasukan kebangsaan Indonesia pun tidak jauh bezanya dengan Malaysia. Jadi... saya tidak rasa dia (Safee) akan dapat banyak manfaat sekiranya beraksi bersama kelab Indonesia," kata Zolkples ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebelum ini, Safee dilapor telah disenaraikan bersama-sama penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha dan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat bagi menjalani sesi pemilihan beraksi buat salah sebuah kelab di Jepun.

Namun semalam, Safee mengumumkan bahawa dia akan beraksi bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya.

Safee, 27, akan menandata- ngani kotrak selama setahun bersama Pelita Jaya pada Isnin depan.

Bagaimanapun, Zolkples menjelaskan bahawa perpindahan Safee kali ini ada petanda positif terhadap pembangunan bola sepak tanah air dan menganggap ia seba- gai langkah permulaan untuk pemain-pemain lain mengikut jejak langkahnya.

"Mungkin selepas perpindahan Safee ini, akan ada pula pemain-pemain Malaysia yang lain ditawarkan untuk turut beraksi bersama kelab-kelab di luar negara. Siapa tahu?" ujar Zolkples.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peruntukan biasiswa sukan naik

Posted:

Peruntukan biasiswa sukan naik

Peruntukan biasiswa sukan naik


PARA penerima hadiah kemenangan sukan IPT bergambar kenangan dengan Khaled Nordin (berdiri tengah) selepas selesai majlis penyerahannya di Putrajaya semalam.


KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) menambah peruntukan biasiswa sukan kementerian itu daripada RM5 juta kepada RM10 juta tahun ini dalam usaha meningkatkan penyertaan mahasiswa dan mahasiswi dalam bidang sukan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pada masa ini, kementerian menaja 391 orang atlet dari institusi pengajian tinggi termasuk 129 orang atlet negara dan pelapis menerusi biasiswa itu.

"Penambahan itu akan membolehkan tambahan penajaan untuk 100 hingga 150 atlet lagi," katanya se- lepas majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Sukan KPT di Putrajaya semalam.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan hadiah kece- merlangan sukan berjumlah RM420,000 kepada atlet IPT yang telah meraih pingat pada Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan Universiti ASEAN tahun lepas.

Antara penerima hadiah itu ialah atlet renang, Daniel Bego dan Khoo Chai Lin, atlet wusyu, Chai Fong Ying, atlet menembak, Bibiana Ng dan atlet karate, L. Kunasilan.

Mohamed Khaled berkata, bagi menjaga kebajikan atlet IPT, kementerian sedang mengkaji bagi mewu- judkan skim perlindungan insurans untuk mereka.

"Perkara ini akan kita putuskan dalam sedikit masa lagi. Kita perlu kaji secara menyeluruh sebelum seba- rang keputusan dibuat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan