Berita Harian: Sukan |
Posted: 09 Feb 2011 01:55 PM PST Sukan PEMAIN Malaysia Mohd Asraruddin Putra Omar (kiri) dicabar pemain Hong Kong Lo Kwan Yee pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam tadi. SKUAD kendalian K Rajagobal memastikan gelaran juara Asia Tenggara bukan diperoleh secara nasib apabila meneruskan rentak kemenangan dengan menewaskan Hong Kong 2-0 hasil jaringan kapten pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-44 dan Mohd Amirulhadi Zainal (m90). Malaysia yang berada tiga anak tangga di atas lawannya itu dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) - Malaysia di tangga ke 140, Hong Kong 143 - memastikan reputasi sebagai juara Sukan SEA dan Piala Suzuki AFF tidak tercalar pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam tadi. Pada babak pertama, Malaysia lebih tenang mengawal permainan dengan barisan tengah dikemudi Safiq, beberapa kali berjaya membuat umpanan cantik kepada jentera serangan, Mohd Safee Sali dan Ahmad Fakri Saarani. Rembatan Safee pada minit ke-13, berjaya ditepis Yap Hung Fai dan terkena tiang. Minit ke-24, Fakri pula hampir menewaskan kubu terakhir Hong Kong, tetapi tandukannya sedikit tersasar.Seminit sebelum rehat, kapten negara akhirnya melunaskan tanggungjawab membuka jaringan dengan memperdaya tiga pertahanan lawan sebelum merembat melepasi Hung Fai untuk menamatkan babak pertama dengan kedudukan 1-0. Minit ke 53 dan 58, Rajagobal memasukkan Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Farizal Marlias menggantikan Fakri di jentera serangan dan Khairul Fahmi Che Mat di kubu terakhir. Malaysia terus mengawal permainan tetapi gagal menambah jaringan. Dua lagi pertukaran dilakukan Rajagobal pada minit ke-64, memasukkan Amirulhadi dan Mohd Sabre Mat Abu, dan mengeluarkan Mohd Ashaari Samsuddin serta Mahali Jasuli. Malaysia hampir menambah jaringan menerusi tendangan percuma yang ditolak Safiq kepada Aidil, tetapi rembatan pemain pertahanan itu sedikit tersasar. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komensalehuddin ahmad salehuddin ahmad syabass...malaysia !!!!! perbanyak perlawanan antarabangsa untuk perbaiki ranking.. Mohd Asyran Tahniah...bukan nasib la juara suzuki baru-baru nie... basri syabas harimau malaya... Suhaidi harimau malaya lagi.. syikin tahniah bt malaysia.......semoga bleh gi jauh lg..... harimau malaya terus mengaum!
Peminat Setia Harimau Malaysia Tahniah atas kejayaan! hrp d truskan lagi semangat dan kesungguhan pemain kita! Syabas! Purwashsilokarim Harimau Malaya membara ernielia ajis bangga aku dgn malaysia kinek tok, thumb up... |
Pelumba pecut berpasukan lelaki raih gangsa Posted: 09 Feb 2011 01:53 PM PST Sukan KEM negara memulakan cabaran Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2011 dengan langkah kanan apabila pelumba elit meraih satu pingat gangsa menerusi pecut berpasukan lelaki ditambah lagi dengan pencapaian membanggakan pelumba remaja dengan tiga perak pada hari pertama di Korat, Thailand, semalam.Tanpa menurunkan Azizulhasni Awang, percaturan ketua jurulatih negara, John Beasley menggandingkan Josiah Ng, Mohd Edros Md Yunos dan Mohd Rizal Tisin berhasil apabila mereka berjaya membalas dendam menumpaskan Iran dalam penentuan tempat ketiga dengan catatan 1 minit 02.36 saat berbanding Iran,1:02.73s. Emas dimenangi China (1:01.25s) manakala perak milik Jepun (1:01.40s). "Jika saya menyenaraikan Azizulhasni dalam acara pecut, kita memang akan lebih pantas tetapi saya menyimpan dia untuk fokus dalam acara keirin. Lagipun gandingan ini saya lihat sudah semakin serasi dan bertambah pantas, dan saya yakin mereka mampu meningkatkan keserasian dan kepantasan," kata Beasley. Biarpun pingat gangsa sudah memadai bagi menebus kehampaan pada ACC yang lalu di Sharjah, UAE, apabila negara sekadar menduduki tempat kelima, Beasley berkata dia sebenarnya agak kecewa apabila pasukan negara gagal layak ke penentuan emas apabila tewas kepada Jepun dalam perlawanan terdahulu dengan perbezaan masa begitu kecil. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan