Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Rentak samba Brazil sumbang

Posted:

Rentak samba Brazil sumbang

Rentak samba Brazil sumbang


BENZEMA (kanan) muncul wira Perancis apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-54 awal pagi semalam.


PARIS - Lauren Blanc tidak mahu para pemain Perancis terus dibuai mimpi indah selepas berjaya menewaskan Brazil 1-0 pada aksi persahabatan di Stadium de France awal pagi semalam.

Jurulatih Perancis itu berkata, matlamat utama skuad The Les Bleus adalah untuk melayakkan diri ke kempen Euro 2012 dan kemenangan ke atas Brazil itu tidak memberi sebarang makna.

"Objektif utama kami (Perancis) adalah layak ke Euro 2012 dan kemenangan ini tidak menghadirkan apa-apa makna buat kami.

"Namun, saya berharap kemenangan ke atas England dan Brazil ini mampu memberi suntikan semangat buat pemain-pemain untuk terus tampil dengan prestasi lebih cemerlang.

"Apa yang lebih penting adalah saingan kelayakan Euro 2012 dan kami tidak akan memandang mudah setiap perlawanan," kata Blanc.

Pada aksi tersebut, penyerang sensasi Real Madrid, Karim Benzema muncul wira apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-54.

Terdahulu, Brazil terpaksa akur dengan keputusan pengadil perlawanan yang melayangkan kad merah kepada Hernanes selepas dia melakukan terjahan keras ke atas Benzema pada minit ke-40.

Bagi Perancis, kemenangan itu membolehkan mereka mengekalkan rekod tanpa kalah sebanyak lima perlawanan termasuk ketika menewaskan England 2-1 pada satu aksi persahabatan, November lalu. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rajagobal boleh tidur lena

Posted:

Rajagobal boleh tidur lena

Rajagobal boleh tidur lena

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my

"SAYA gembira kerana para pemain masih menunjukkan kesungguhan untuk mencipta kemenangan. Ternyata mereka masih mengekalkan mentaliti itu dan terus mempertahankannya. Ini satu perkembangan yang sihat."

Demikian pengakuan jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal (gambar) setelah menyaksikan anak-anak buahnya meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan Hong Kong 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.

Jaringan ketua pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-43 dan pemain gantian, Amirulhadi Zainal pada masa kecederaan sudah cukup untuk menggembirakan kira-kira 10,000 penyokong setia Harimau Malaya yang hadir ke stadium.

Malaysia kini menduduki ranking ke-140 dunia manakala Hong Kong di tangga ke-143.

Ia merupakan aksi pertama skuad kebangsaan setelah kejayaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dengan menewaskan Indonesia menerusi agregat 4-2 pada 29 Disember tahun lalu.

Skuad kebangsaan menguasai separuh masa pertama dan Hong Kong hanya bangkit pada babak kedua menerusi beberapa percubaan ke arah Khairul Fahmi Che Mat yang kemudiannya digantikan dengan Farizal Marlias pada minit ke-58.

"Saya puas hati dengan persembahan pemain. Bukan mudah untuk kita meneruskan rentak di pentas antarabangsa selepas menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

"Kita bermula baik pada babak pertama menerusi beberapa peluang (Safee Sali minit ke-12 dan Mahali Jasuli minit ke-31). Biarpun Hong Kong bangkit pada babak kedua, kita juga mendapat peluang terbaik menerusi rembatan S. Kunanlan (minit ke-65) yang terkena tiang," jelas Rajagobal.

Semua pemain skuad kebangsaan kini kembali ke pasukan masing-masing untuk menyambung aksi Liga Super sebelum kembali menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi aksi persahabatan seterusnya pada 25 atau 29 Mac depan.

"Kita telah hantar surat kepada beberapa negara untuk cuba memastikan terdapat sekurang-kurangnya satu aksi persahabatan setiap bulan.

"Tapi sebenarnya bukan mudah untuk mendapat pasukan. Apa pun, kita cuba untuk mendapatkan satu lagi perlawanan pada Mac atau April," kata Rajagobal.

Namun beberapa pemain kebangsaan seperti Khairul Fahmi, Mahali, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, K. Gurusamy, Ahmad Fakri Saarani, Faizal Muhamad dan Izzaq Faris Ramlan akan turun beraksi menentang Pakistan pada pusingan pertama kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam, 23 Februari depan.

Skuad Olimpik negara yang dibimbing jurulatih Ong Kim Swee membariskan majoriti pemain dari skuad Harimau Muda A serta diperkuat beberapa pemain lain yang masih berusia bawah 22 tahun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Posisi Safiq tak terjamin di Selangor

Posted:

Posisi Safiq tak terjamin di Selangor

Posisi Safiq tak terjamin di Selangor


SAFIQ (tengah) dilihat lebih selesa beraksi di bahagian tengah.


NAMA Safiq Rahim begitu gah di peringkat antarabangsa selepas kejayaannya muncul sebagai kapten pertama skuad kebangsaan yang berjaya menjulang trofi Piala Suzuki AFF pada 29 Disember lalu.

Kecemerlangan Safiq, 24, menjadi jeneral di bahagian tengah skuad kebangsaan berterusan malam kelmarin apabila dia menjaringkan gol pertama ketika menewaskan Hong Kong 2-0 di Stadium Shah Alam.

Namun ia belum menjamin kedudukan selesa buat Safiq dalam pasukan negerinya, Selangor apabila dia hanya diletakkan di posisi sayap kiri pada aksi sumbangsih menentang Kelantan dan sekadar menjadi pemain gantian ketika bertemu Perlis selepas itu.

Situasi itu sebenarnya turut menarik perhatian jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal yang mengakui bahawa dia melihat Safiq kurang menyerlah apabila diletakkan di posisi sayap oleh jurulatih Selangor, K. Devan kerana posisi tengah diberikan kepada Amri Yahyah dan Hardi Jaafar.

"Dia (Safiq) bermain dengan cukup baik di posisi tengah. Memang aksinya kurang baik ketika bersama Selangor kerana bagi saya, Safiq sesuai diletakkan sebagai pemain tengah," kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan malam kelmarin.

Bukti keyakinan Rajagobal terhadap kemampuan Safiq, pemain kelahiran Seremban, Negeri Sembilan yang dibesarkan di Kuala Selangor itu terus dipilih sebagai kapten skuad kebangsaan biarpun Aidil Zafuan Radzak sudah kembali ke dalam pasukan.

"Kita dalam pasukan ini umpama satu keluarga. Tiada istilah cemburu sesama pemain. Aidil pun faham situasi dan apabila pasukan ini kekal beraksi baik, tiada keperluan untuk serta merta saya menukar ketua pasukan," jelas Rajagobal.

Sementara itu, Safiq pada sidang media sama berkata, dia begitu gembira kerana berjaya menamatkan kemarau gol yang panjang.

"Sebelum turun beraksi, saya sudah pasang hasrat untuk menjaringkan gol pada perlawanan ini. Alhamdulillah ia tercapai. Terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu.

"Tentang tugas kapten, terima kasih kepada jurulatih (Rajagobal) kerana masih percayakan saya. Tapi ia bukanlah sesuatu yang penting.

"Apa yang lebih penting, kehadiran semula Aidil memperkuatkan semula pasukan ini terutama di bahagian pertahanan," kata Safiq.

Namun Safiq enggan mengulas lanjut mengenai nasibnya yang seolah-olah 'dipinggirkan' apabila beraksi bersama pasukan Selangor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan