Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kita ada ramai penggempur

Posted:

Kita ada ramai penggempur

Kita ada ramai penggempur

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN dan ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my


AHMAD Fakri Saarani (kanan) berjaya memikat hati K. Rajagobal dengan aksi lincahnya ketika membantu Malaysia membenam Hong Kong 2-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, kelmarin.


KUALA LUMPUR - Malaysia memiliki banyak pilihan penggempur berbisa yang kini berada pada tahap terbaik, kata jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal selepas melihat prestasi pasukannya ketika membenam Hong Kong 2-0 dalam aksi persahabatan, kelmarin.

Katanya, empat penyerang, Mohd. Safee Mohd. Sali, Ahmad Fakri Saarani, Norshahrul Idlan Talaha dan Shahrizal Mohd. Saad bermain dengan baik walaupun mereka tidak menghadiahkan gol dalam perlawanan tersebut.

Pada perlawanan kelmarin, Malaysia berjaya menjinakkan Hong Kong 2-0 hasil jaringan ketua pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-44 dan sayap kanan, Mohd. Amirulhadi Zainal, minit ke-91.

''Mereka bermain dengan baik selain dapat melakukan beberapa percubaan ketika perlawanan berlangsung.

''Saya yakin mereka mampu memperbaiki kelemahan yang ada sekiranya dapat menyertai beberapa lagi perlawanan kompetitif seperti ini.

''Malah semangat yang dipamerkan oleh pemain juga amat tinggi walaupun ada penyerang kita iaitu Norshahrul masih belum sepenuhnya berada dalam kecergasan terbaik,'' kata Rajagobal.

Sementara itu, jurulatih Hong Kong, Tsang Wai Chung turut mengakui permainan yang dipamerkan skuad kebangsaan amat baik berbanding pasukannya.

''Pada separuh masa pertama Malaysia membuatkan kami berada dalam tekanan sehingga sukar untuk fokus sepenuhnya.

''Bagaimanapun saya tetap berpuas hati dengan pemain kami terutama mereka yang bermain di posisi pertahanan,'' jelas Wai Chung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Aidil akui standard sudah meningkat

Posted:

Aidil akui standard sudah meningkat

Aidil akui standard sudah meningkat

KUALA LUMPUR – Bekas ketua pasukan negara, Mohd. Aidil Zafuan mengakui terdapat sedikit perbezaan dalam corak permainan rakan-rakan sepasukannya selepas membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan dalam tempoh lima bulan.

Menurut Aidil, dia dapat berasakan terdapat peningkatan ketara terutama dari segi hantaran dan kepantasan melakukan serangan dengan persefahaman yang semakin baik di kalangan pemain.

"Selepas beraksi malam ini, saya dapati saya perlu meningkatkan lagi tahap permainan bagi menyamai standard rakan-rakan yang lain.

"Saya dapati cara permainan mereka sudah berbeza dan saya memerlukan masa dalam dua ke tiga perlawanan bagi mendapat rentak sebenar bersama rakan-rakan," katanya yang ditemui selepas perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Hong Kong, kelmarin.

Aidil yang mengalami kecederaan ligamen silangan depan (ACL) semasa perlawanan akhir Piala Malaysia terpaksa melupakan panjang kejohanan Sukan Asia Guangzhou dan Piala Suzuki AFF.

Ketiadaannya bagaimanapun berjaya digalas pemain muda, Mohd. Muslim Ahmad dan Mohd. Fadhli Shas yang beraksi baik dalam kedua-dua kejohanan tersebut.

Menyentuh persembahannya kelmarin, Aidil berpuas hati kerana berjaya meraih kepercayaan jurulatih, K. Rajagobal bagi merebut kembali kesebelasan utama.

"Terus terang, saya tidak menyangka akan diberi kepercayaan untuk beraksi dan gembira kerana boleh beraksi dengan baik bersama Mohd. Fadhli Shas.

"Saya dapat rasa yang kami berdua ada keserasian untuk beraksi bersama di bahagian pertahanan dan ia bagus untuk kami dalam menghadapi perlawanan antarabangsa seterusnya, " ujarnya.

Ditanya mengenai perebutan tempat di bahagian pertahanan yang semakin sengit ditambah dengan kehadiran Muslim dan Mohd. Faizal Muhammad, Aidil mengakui ia satu perkara yang baik dan dia langsung tidak merasai sebarang tekanan untuk beraksi cemerlang dalam setiap perlawanan.

"Bagi saya ini satu aspek positif mengenai skuad kali ini, ia menandakan semakin ramai pemain berkualiti yang menyarung jersi negara, " jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan