Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Malaysia lawan sukar

Posted: 20 Jul 2011 09:24 AM PDT

"KAMI akan berdepan perlawanan yang sukar kerana mereka (Malaysia) pasti mahu menang ke atas Chelsea dan akan bermain bermati-matian," kata penyerang Blues, Nicolas Anelka menjelang pertembungan dengan skuad pilihan Malaysia dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Walaupun secara realitinya kelab Liga Perdana Inggeris itu memiliki ramai pemain bintang, Anelka, 32, memilih untuk berhati-hati bagi mengelak daripada ditimpa kejutan skuad kendalian Ong Kim Swee dalam kunjungan ketiga mereka ke Malaysia selepas 2003 dan 2008.


"Chelsea akan berusaha untuk menang perlawanan ini dan akan memberikan yang terbaik kerana pertemuan kali ini lebih sukar. Pasukan yang beraksi lebih baik akan menang," katanya yang ditemui pemberita selepas sesi klinik bola sepak Chelsea di Damansara Damai semalam.

Ini kali kedua pemain Perancis itu menyertai Jelajah Asia Chelsea selepas mencipta nama selaku penjaring ketika menumpaskan Malaysia 2-0 pada 2008 di Stadium Shah Alam.


Anelka yang menyertai Chelsea pada 2008 dan membantu mengekalkan trofi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge pada musim 2009/10 gembira dapat menyertai rombongan 26 pemain Chelsea bersama pengurus baru Andre Villas-Boas ke Malaysia sebagai persiapan pra musim mereka.


"Cuaca di sini agak panas tapi saya sudah menjangkakan keadaan ini kerana pernah datang ke sini sebelum ini. Saya amat gembira datang ke sini untuk bertemu peminat dan menentang pasukan Malaysia.

"Kami mempunyai pengurus baru yang sangat bagus dan kami menjalani latihan keras bersamanya. Setakat ini kami sudah menang dua perlawanan (Wycombe Wanderers 3-0 dan Portsmouth 1-0) dan berharap rentak kemenangan ini dapat diteruskan sepanjang persiapan pra musim bagi mengharungi musim baru nanti," katanya.


Mengulas mengenai kedudukannya dalam skuad selepas kehadiran bintang Sepanyol Fernando Torres serta tonggak utama Didier Drogba, dia bersedia ersaing bagi memastikan tempat dalam kesebelasan utama.

"Saya sukakan cabaran, bila anda bermain dengan kelab besar seperti Chelsea sudah pastinya terpaksa bersaing untuk mendapat tempat. Saya akan cuba yang terbaik dan terpulang kepada pengurus untuk membuat keputusan," kata Anelka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Sakit masih terasa’

Posted: 20 Jul 2011 09:19 AM PDT

SEBESAR mana peluang untuk negara menikmati kejuaraan pertama Kejohanan Dunia di London Ogos depan masih tidak diketahui selepas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mengakui belum 100 peratus bebas daripada kecederaan belakang yang dialaminya di Sirkit Kebangsaan Terbuka Kedah minggu lalu.

Chong Wei yang ditemui selepas menandatangani perjanjian pelantikannya sebagai Duta Kolej KDU di Damansara bagaimanapun berkata kecederaan yang dialaminya itu tidak serius.


"Persiapan ke Kejohanan Dunia tidak terganggu walaupun saya belum pulih sepenuhnya. Tapi masih ada rasa sakit belakang dan memerlukan rawatan dan pemantauan rapi," kata Chong Wei yang dilantik sebagai duta Kolej KDU selama dua tahun bermula bulan ini.

"Apapun saya harap sakit belakang ini segera pulih sebelum ke Universiti Bath, United Kingdom (UK)." Dalam pada itu Chong Wei mendedahkan mula merasai kesakitan belakang pada aksi di Terbuka Indonesia tapi enggan menjejaskan status kejohanan Siri Super Premier itu dengan menarik diri.


"Sebenarnya saya sakit ketika di Jakarta lagi dan tindakan saya menyertai Terbuka Kedah semata-mata untuk menjalani latihan dan memberi peluang pemain remaja menentang saya. Sebab itu saya menarik diri di separuh akhir selepas rasakan tidak mampu untuk memaksa diri lagi," kata Chong Wei.


Chong Wei mengakui pengalaman terakhir menewaskan Lin Dan di final Seluruh England Mac lalu tidak boleh menjadi ukuran.

"Saya jangka dapat menentangnya di final Terbuka Indonesia tapi tak menjadi. Kekuatan saya ataupun dia di Seluruh England tidak boleh dijadikan ukuran kerana pasti banyak peningkatan yang dicapainya dalam tempoh empat bulan ini.


"Saya hanya mahu tumpukan pada permainan saya sambil jurulatih dan pihak Institut Sukan Negara (ISN) akan menilai permainan Lin Dan pada pusingan awal Kejohanan Dunia." Chong Wei enggan terlalu memberi perhatian kepada Lin Dan kerana baginya pemain bukan pilihan seperti Kazushi Yamada dan Sho Sasaki dari Jepun boleh mencipta kejutan.

Malah dia enggan terpedaya dengan rekod cemerlang sepanjang tahun ini yang menyaksikan hanya satu kekalahan di alami iaitu di Terbuka Korea.


Acara menandatangani perjanjian itu dibuat antara Chong Wei dengan Pengerusi Eksekutif KDU Datuk Teo Chiang Quan sambil disaksikan Timbalan Presiden BAM Datuk Mohamad Al Amin Ab Majid dan Ketua Pegawai Eksekutif KDU, Datin Teh Geok Lian.


Sementara itu, Chiang Quan berkata, pelantikan Chong Wei sebagai duta semata-mata untuk memberi inspirasi kepada pelajar kolej itu melakar kejayaan cemerlang dalam pelajaran dan 'Raja Siri Super' itu tidak akan dibebani dengan tugas mempromosi program pelajaran kolej itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan