Kosmo Online - Sukan |
- Anelka anggap Malaysia bukan lawan mudah
- Gelaran dunia tetap jadi sasaran Chong Wei
- Uruguay hampiri gelaran ke-15
Anelka anggap Malaysia bukan lawan mudah Posted: Anelka anggap Malaysia bukan lawan mudahOleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH PENYERANG Chelsea, Nicolas Anelka mengakui skuad The Blues akan berdepan laluan getir apabila turun menentang pilihan Malaysia dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini. Anelka sedar reputasi Chelsea sebagai antara kelab gergasi dunia sekali lagi menjadi perhatian pada pertemuan tersebut dan sudah pasti peminat mahukan aksi yang menarik bagi memenuhi kehendak mereka. Chelsea bertandang ke bumi Malaysia dengan membawa kesemua pemain bintangnya termasuk Fernando Torres, Frank Lampard, John Terry dan Didier Drogba dalam siri Jelajah Asia 2011, Menurut penyerang dari Perancis itu lagi, semua pasukan yang akan berdepan The Blues sudah pastinya berazam untuk mencatat kemenangan, sekali gus mencalar reputasi mereka di hadapan peminat sendiri. "Bukan mudah untuk menghadapi pilihan Malaysia esok (malam ini), terutamanya di hadapan peminat mereka sendiri," kata Anelka ketika ditemui pada Klinik Bola Sepak PINTAR anjuran Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) di Damansara Damai semalam. "Setiap pasukan yang menentang kami pasti mahu mencipta kemenangan tetapi begitu juga dengan keinginan yang ada dalam pasukan Chelsea. "Apa yang pasti, saya dan rakan sepasukan lain tidak memandang mudah meskipun ia hanyalah perlawanan persahabatan. "Kami semua mahu memberi aksi yang terbaik supaya dapat terpilih dalam skuad utama apabila kempen musim baharu nanti bermula," jelasnya. Ini merupakan kali kedua Anelka, 32, menjejak kaki ke Kuala Lumpur bersama Chelsea sejak kali pertama pada 2007. Bekas pemain Arsenal, Liverpool, Manchester City dan Real Madrid itu juga gembira melihat sambutan yang diberikan peminat The Blues di Malaysia. "Ini kali kedua saya tiba di sini dan apa yang saya boleh lihat ialah sambutan peminat terhadap kami amat menakjubkan. "Ini sesuatu yang bagus bagi bola sepak di Malaysia dan kami sudah pastinya berasa bangga dengan kesetiaan yang ditunjukkan oleh peminat kami di sini. "Teruskan sokongan ini kepada kami kerana kami amat memerlukannya pada musim ini dan juga esok (malam ini)," kata Anelka lagi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Gelaran dunia tetap jadi sasaran Chong Wei Posted: Gelaran dunia tetap jadi sasaran Chong WeiOleh FAIZAL SAHARUNI GELARAN pada Kejohanan Badminton Dunia merupakan satu-satunya gelaran yang masih belum berada dalam koleksi Chong Wei. JAGUH badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei berazam untuk mencapai gelaran pertama pada Kejohanan Badminton Dunia 2011 yang akan berlangsung di London pada 8 hingga 14 Ogos ini. Pemain berusia 29 tahun itu menjelaskan peluang untuk beliau memenangi kejuaraan sulung pada kejohanan berprestij dunia itu kini lebih cerah berbanding tahun lalu. "Saya memiliki keyakinan disebabkan sudah melakukan persiapan yang lebih baik dan berpeluang mengadakan latihan di London untuk selama dua minggu sebelum Kejohanan Dunia bermula. "Dengan memenangi hampir semua perlawanan pada Kejohanan Siri Super sebelum ini, saya lihat peluang untuk menggenggam kejuaraan pertama nampaknya lebih cerah. "Saya anggap latihan awal di London sedikit sebanyak boleh menyesuaikan diri saya dengan keadaan cuaca di sana sebelum kejohanan sebenar berlangsung. "Cuma saya tidak mahu fikirkan soal tekanan. Saya hanya ingin fokus dan melakukan yang terbaik," katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani perjanjian sebagai juru cakap Kolej Universiti Damansara Utama (KDU), Petaling Jaya semalam. Pemain No. 1 dunia itu dilantik sebagai juru cakap KDU untuk tempoh dua tahun bermula bulan ini hingga Jun 2013. Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif KDU, Datuk Teo Chiang Quan, Ketua Pegawai Eksekutif KDU, Datin Teh Geok Lian dan Naib Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Ir. Mohamad Al-Amin Abdul Majid. Sementara itu, Chong Wei meluahkan rasa lega kerana kecederaan belakang yang dialami ketika Kejohanan Dunia di Paris tahun lalu hampir sembuh. "Buat masa ini, kecederaan saya masih belum pulih sepenuhnya, tetapi saya ada dua minggu lebih lagi untuk melakukan persediaan. Harap semua baik dalam waktu terdekat," jelas Chong Wei. Dalam perkembangan lain, Teo memberitahu, Chong Wei dipilih sebagai juru cakap KDU kerana beliau melakar banyak kejayaan dalam sukan badminton selain menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia. "Umum mengetahui bahawa Chong Wei semakin dikenali sejak tiga tahun lalu kerana sering mengangkat nama negara dalam badminton sehingga beliau digelar pemain No. 1 dunia. "Justeru, kami ingin menghubungkan Chong Wei dan KDU untuk menaikkan semangat para pelajar di sini bagi mencapai kejayaan cemerlang sebaik sahaja menamatkan pengajian. "Pemilihan Chong Wei sebagai juru cakap KDU juga dilihat mampu menarik perhatian orang luar untuk mendapatkan pendidikan di KDU yang menawarkan pelbagai kursus menarik. "Kami anggap Chong Wei sebagai hero Malaysia yang masih menebal dengan sikap merendah diri dan tidak mudah berputus asa. Beliau ialah ikon terbaik untuk KDU," ujar Teo. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: Uruguay hampiri gelaran ke-15PARA pemain Uruguay meraikan kejayaan pasukan itu mara ke final Copa Amerika tahun ini. Uruguay menang 2-0 ke atas Peru pada aksi separuh akhir pagi semalam. LA PLATA , Argentina – Jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez menganggap pengalaman serta kestabilan antara faktor utama disebalik kejayaan pasukan itu mara ke final kempen Copa Amerika 2011. Kejayaan itu hadir selepas anak-anak buah Tabarez tampil bergaya apabila mencatat kemenangan 2-0 ke atas Peru pada aksi separuh akhir di Stadium Ciudad de La Plata awal pagi semalam. Dua gol hasil jaringan penyerang sensasi Liverpool, Luiz Suarez pada minit ke-52 dan 57 sudah cukup untuk memastikan Uruguay mengesahkan slot ke pentas final. Meskipun Uruguay memulakan kempen kali ini dengan hambar selepas sekadar mencatat dua keputusan seri dan satu kemenangan pada aksi Kumpulan C, segala-galanya berubah setelah mereka melangkah ke peringkat suku akhir. Buktinya, anak-anak buah Tabarez berjaya mengejutkan tuan rumah, Argentina 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan. Kini, dengan kejayaan mara ke pentas final itu, Uruguay pastinya memiliki misi yang tersendiri apabila bakal turun untuk merekodkan kejuaraan buat kali ke-15 sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1916. "Kami (Uruguay) terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri dalam dua perlawanan peringkat kumpulan. Ini kerana, pasukan yang berada satu kumpulan dengan kami telah mengenali corak permainan masing-masing sejak sekian lama. "Kami berasa sangat gembira apabila dapat mara ke final namun perjalanan kami masih jauh yang mana kami perlu mengekalkan rentak permainan serta disiplin kami bagi memastikan kemenangan akan memihak kepada kami pada aksi final nanti. "Banyak perkara yang kami perlu perbaiki dan bola sepak sudah pastinya memerlukan daya saing yang cukup tinggi," kata Tabarez. Pada aksi final yang bakal berlangsung awal pagi Isnin ini, Uruguay akan berdepan pemenang perlawanan diantara Paraguay dengan Venezuela yang akan turun beraksi dalam satu lagi pertemuan separuh akhir awal pagi ini. – AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan