Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Detik tegang

Posted: 27 Aug 2011 12:59 PM PDT

Sukan

Sir Alex Ferguson (kiri) dan Arsene Wenger.

Sir Alex Ferguson (kiri) dan Arsene Wenger.

Ferguson waspada nanti kunjungan Arsenal malam ini

ARSENAL yang terluka lebih berbahaya.

Menyedari situasi permulaan sukar yang ditanggung Gunners serta kekecewaan pengurusnya, Arsene Wenger selepas kehilangan dua tonggak, Cesc Fabregas dan Samir Nasri, Manchester United mengambil pendekatan berhati-hati terhadap tindak balas lawan itu dalam pertembungan di Old Trafford, malam ini. Juara bertahan itu memulakan saingan musim baru dengan bergaya menerusi dua kemenangan berturut-turut dan mampu menjarakkan diri kepada lapan mata andai menang malam ini, tetapi Sir Alex Ferguson enggan bersikap mudah.

Kemenangan 2-1 di Udinese meletakkan Gunners dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dan meningkatkan semangat mereka, dan Ferguson sedar hakikat itu.

"Mereka membalas segala kritikan Rabu lalu. Pasukannya (Wenger) bermain baik. Mereka mendapat keputusan hebat sedangkan ramai menyangka mereka akan tersingkir," katanya.

"Saya sudah jangka mereka akan menang. Perlawanan hari ini akan menjadi satu lagi batu loncatan buat mereka untuk mencari keputusan dikehendaki, namun kami juga dalam prestasi bagus dan tidak sabar menghadapi perlawanan itu.
"Pertembungan Manchester United-Arsenal sentiasa tegang dan memberi kesan ketara hingga ke penamat musim. Detik ini sentiasa dinantikan."

Kembalinya Rio Ferdinand, Antonio Valencia, Javier Hernandez dan Darren Fletcher memberikan Ferguson lebih banyak pilihan untuk berdepan pelawat yang kehilangan Jack Wilshere dan tiga pemain yang digantung - Gervinho, Alex Song dan Emmanuel Frimpong. - AFP


Baiki ranking dulu: Tengku Abdullah

Posted: 27 Aug 2011 12:49 PM PDT

Sukan

SAFIQ (kiri) dan Safee dipelawa jalani ujian bersama Cardiff City selepas saingan Piala Malaysia.

SAFIQ (kiri) dan Safee dipelawa jalani ujian bersama Cardiff City selepas saingan Piala Malaysia.

SKUAD bola sepak kebangsaan perlu bekerja keras memperbaiki ranking FIFA andai mahu melihat pemain negara ini diberi peluang beraksi dengan kelab di luar negara.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, kedudukan Malaysia yang kini berada pada ranking ke-146 mengehadkan peluang untuk pemain Malaysia ditawarkan kontrak beraksi di kelab Eropah.

"Kita perlu lihat kecenderungan atau kehendak negara Eropah yang hanya akan membeli pemain import berasal dari negara yang menduduki ranking 70 dan ke bawah dalam senarai FIFA. "Berikutan itu, kita tidak mempunyai pilihan selain perlu memperbaiki kedudukan ini kalau mahu melihat pemain beraksi di luar negara. Ketika ini, ia (ranking) menjadi kekurangan kepada pemain tetapi ia bukan satu perkara yang mustahil," katanya di Kuantan, mengulas laporan akhbar dua pemain Safee Sali dan Safiq Rahim dikhabarkan bakal menghadiri sesi ujian bersama Queens Park Rangers (QPR) dan Cardiff City.

Safee yang sebelum ini beraksi untuk kelab Pelita Jaya FC dalam Liga Super Indonesia, berpeluang menguji kemampuannya bersama QPR yang kini bersaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas kelab itu dibeli jutawan Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes.

Namun untuk bergelar pemain di EPL, ia bukan mudah kerana QPR perlu mendapatkan permit kerja, sekali gus membabitkan kedudukan negara asal pemain itu dalam ranking FIFA.

Untuk melayakkan pemain mendapatkan permit kerja di Eropah, pemain yang bukan daripada negara Kesatuan Eropah (EU) perlu beraksi sekurang-kurangnya 75 peratus dalam perlawanan Gred A negaranya, selain pemain perlu berasal dari negara yang menduduki tangga ke-70 dan ke bawah.
Tengku Abdullah berterima kasih kepada Tony dan Pengrusi Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee atas peluang yang diberikan kepada pemain negara, sekali gus membantu menambah pengalaman pemain terbabit.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan