Sukan
PASUKAN kebangsaan Malaysia memunggah beg di Wisma FAM sebelum bertolak ke Australia bagi perlawanan persahabatan di sana pada 7 Oktober ini. - Foto Supian Ahmad
Norhafiz tekad bantu Harimau Malaya jerat Australia cari tonik baru di CanberraELEMEN pengalaman bakal menjadi pertaruhan besar kepada Norhafiz Zamani Misbah bagi mengemudi benteng pertahanan skuad Harimau Malaya apabila bertembung gergasi bola sepak Asia, Australia di Canberra, Jumaat ini.
Norhafiz, 30, bakal turun buat kali pertama bersama skuad negara sejak mengalami kecederaan lutut ACL ketika perlawanan sulung Sukan Asia 2010 menentang Kyrgyzstan di Guangzhou, 8 November tahun lalu. "Beraksi bersama skuad kebangsaan bukan perkara baru bagi saya. Yang penting, kita kena beri fokus dan komitmen lebih 100 peratus serta beraksi sebagai satu pasukan untuk memberi tentangan hebat kepada Australia. Mana tahu, dapat keputusan positif.
"Saya hanya beraksi ketika Pilihan Malaysia bertemu Chelsea (21 Julai lalu) dan kini sudah pulih sepenuhnya. Saya akan cuba bantu pasukan dengan segala pengalaman yang ada," kata Norhafiz ketika ditemui sebelum berlepas ke Australia, malam tadi.
Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal hanya membawa 22 pemain dengan tiga digugurkan iaitu penjaga gol, Norazlan Razali, Shahrom Kalam dan Syahrul Azwari Ibrahim manakala Fadhli Shas tidak mendapat pelepasan kelabnya, ViOn Zlate Moravce.
Ketenangan Norhafiz pasti ditagih untuk membentuk gandingan mantap bersama Muslim Ahmad, Mahali Jasuli dan Asraruddin Putra Omar bagi menyekat kepantasan rangkaian serangan Australia diketuai Josh Kennedy, Brett Holman dan Matthew McKay.
"Saya pernah berganding dengan Muslim ketika Sukan Asia 2010 dan dia juga berpengalaman berlatih di Slovakia. Tiada masalah ketara, cuma yang penting kami perlu lebih berkomunikasi di bahagian pertahanan.
"Bagi saya, pertahanan kita tidak teruk. Hanya kita perlu bertahan sebagai satu unit, bukan hanya kami berempat," jelas Norhafiz yang menjadi calon ketua pasukan selain Safee Sali, selepas Safiq Rahim tidak tersenarai.
Sementara itu, laman web Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA) semalam melaporkan bahawa jurulatih Australia, Holger Osieck terpaksa menggugurkan penjaga gol Fulham, Mark Schwarzer dan pemain tengah Everton, Tim Cahill kerana mengalami kecederaan ketika bersama kelab masing-masing.
INFO
Senarai skuad
Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias.
Pertahanan: Norhafiz Zamani Misbah, Muslim Ahmad, Farisham Ismail, Faizal Muhamad, Mahali Jasuli, Asraruddin Putra Omar, Zubir Azmi.
Tengah: Joseph Kalang Tie, Amar Rohidan, K Gurusamy, K Reuben, Khyril Muhymeen Zambri, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, S Kunanlan, Baddrol Bakhtiar, Yong Kuong Yong.
Penyerang: Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Izzaq Faris Ramlan, Shahrizal Saad.
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen
pak nuar
yang mnjadi persoalan saya selama ini, pasukan Malaysia sama ada harimau atau olimpik , seringkali mahu belajar dgn mana2 jg pasukan yg mereka jumpa. tapi yg sebenarnya mereka tak jg belajar2 cara2 bermain bola yg betul. tak semestinya kena belasah baru belajar. tak payah tunggu kena belasah baru mau belajar. spanjang tahun slama beberapa tahun ni tak belajar2 ke??? tahun2 lepas ???
Nordin bin Omarali
buat yg trbaik utk negara.. bagi kejutan utk phak lwn.. jgn asik klh ja... buktikan MALAYSIA BOLEH>>!!!!
kepada muhd amir
kepada muhd amir. cakap aje senang la. boleh kau main macam yang kau cakap tu? positif la skit bro. biar la amik masa skit kita nak maju dalam bola sepak ni. ada rezeki adala. jgn asyik nak kondem orang je. berpada la kita sama-sama rakyat malaysia kan.
Dd
saya dah boring tengok malaysia jadi 'lauk'...please..menang ! Menang! Menang!
Ch Luo
Bawa nama keramat Malaysia ke persada dunia. Dah xde org lain dah terpilih. Tolonglah main betul2..
M Ridzman
Berusaha sehingga ke titisan peluh yang terakhir. Harumkan nama Malaysia.
Jonah Yunz
da mmg korang begegar.. japan pun korg "gegar" kuatkan lutut supaya x gegar.. mana boleh menang slalu jak "bergegar".. :/
muhd amir
jangan cakap jer lebih, kompang sana sini..sampai masa kena belasah, main macam budak sekolah seperti skuad bawah 23 hari tuh masa lawan jepun. buat malu jer, nak tengok game pun tak sanggup.main takut2,hantaran bola tak sampai,kawalan bola takde,keyakinan takde dan langsung takde permainan.pemain jepun ketawa jer tengok malaysia main, kena kotak katik. berusaha lagi, Malaysia boleh!!
2 ulasan:
It's amazing in support of me to have a website, which is helpful in support of my experience. thanks admin
Visit my webpage ranger forum
Asking questions are really nice thing if you are not understanding anything completely, except this post
gives good understanding yet.
Feel free to surf to my blog; ford ranger
Catat Ulasan