Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Singa ikat Harimau

Posted: 07 Nov 2011 12:21 PM PST

SKUAD negara gagal menampilkan karakter sang juara ketika hakikatnya membazirkan dua mata daripada mampu mengutip satu mata ketika sekadar seri 0-0 menentang Singapura dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A di Gelora Bung Karno, semalam.

Jelas pencapaian agak hambar juara bertahan itu melesetkan sasaran pengendali pasukan, Ong Kim Swee namun dia tetap lega kerana barisan pertahanan diterajui Muslim Ahmad bekerja keras memastikan gawang negara tidak dibolosi.

"Memang kita bermula agak perlahan untuk tempoh 20 minit pertama tetapi selepas itu kita mengawal permainan hingga tamat," kata Kim Swee yang turut mengakui ketumpulan jentera serangan menyebabkan banyak peluang terhidang gagal disempurnakan.

"Kami memang tidak mempunyai pilihan penyerang yang luas, tetapi dengan Syahrul Azwari (Ibrahim) yang baru berusia 18 tahun menunjukkan prestasi memberangsangkan, saya yakin dalam sedikit masa lagi dia akan menjadi penyerang berbisa.

"Walaupun seri saya tidak rasa misi mempertahankan kejuaraan sudah tersasar kerana masih ada baki tiga perlawanan. Saya yakin pemain akan memperbaiki persembahan dari masa ke masa."

Kim Swee juga tidak mahu memperbesar-besarkan isu pengadil tidak memberikan sepakan penalti kepada pasukannya apabila Fandi Othman dijatuhkan di dalam kotak pada babak kedua, sebaliknya merasakan anak buahnya perlu bekerja lebih keras dalam mencari peluang gol.
"Dari pandangan saya, seharusnya sepakan penalti diberikan tetapi pengadil mungkin mempunyai pandangan berbeza dan keputusannya adalah muktamad.

"Saya tidak boleh mengharapkan penalti itu saja untuk memberikan kemenangan, pemain perlu berusaha mencipta lebih banyak peluang," katanya.

Untuk berita mengenai acara Sukan Sea 2011 selanjutnya, dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

izat

permainan malaysia sungguh membosankan..ditambah dgn kehadiran fakri..lgsg xnampak sumbangan dlm team sekadar belari kejar bola..tlg la simpan fakri..byk lg player yg lebih baik dr die..

baba ncik

kita perlukan gol..gol..gol. ..untuk menang. Bukan sekadar mainan cantik atau kontrol game aja.....fakri out.....buat malu aja...

walt

diharap malaysia bermain secara simple football je bagi mgelak daripada slalu mlakukan ksilapan yg sama seperti pasing bola xsampai. gunakan short pass n one touch je utk mgelak dari bola senang dirampas oleh pihak lawan. bahagian midfield kna ada persefahaman dan bgi signal kat kwn agar bola dihantar secara tersusun... dan bhgian modfield hanya ada 4 saat je utk mmikirkan samada utk pegang bola lbih lama, lecek ataupun pass kat kwn... itulah resepi utk mjdi midfield yg bgus sperti fabregas

Emi

MU. Arsenal, Liverpool, Chelsea sedang bertarung untuk mendapatkan khidmat Fakri. Fakri memang seorang pemain yang hebat sebab itulah dia dipilih Ong Kim Swe tetapi tidak Azrai Khor.

putra

game dah cantek. tp tidak ada luck, nk wat camner.. apapun buat yg terbaek utk game seterusnya.. B.Bhtiar main cantek tp nsb x menyebelahinya jg..
p/s: main jgn pilih kasih. harus bersefahaman. baru boleh berjaya

malaysia boleh.. malaysia bolehhh..

pian alias

haszuan bin mohd nasir sy sokong bro...fakri shaarani tak boleh di harap kan mencari gol....mmg patut azrai x letak dia 1st eleven fon N9...selalu lost bola....

yie

fakri mcm hampeh jer main, tapi terpilih sokmo

Dmitriy

Sudah diduga,inilah hasilnya team yang telah membuat persiapan yang lama serta terancang.Latihan diberikan amat hebat samada dalam & luar negara,tetapi masih berpuashati sekadar seri dari dulu lagi.Renung-renungkan.

ABD HAFIDZ BIN A RAHIM

Jurulatih Ong Kim Swee dah boleh bersara dan menggantikan dengan dengan jurulatih yang mempunyai idea yang lebih baik. Idea Ong dah tepu, tak berkembang lagi sejak kalah dengan Jepun. Harap Ong sedar dan berundur...

Jova

tahniah,kpd Jlatih pertahanan mantap tapi bahgian serangan mcm budak2 Tabika cara dorang pass n control bola.jlatih kena bagi tau pemain melakukan tendangan jarah jauh n target ke pintu gol,pas 2 ada pemain follow up mana tau bola muntah dari dakapan keper.

ahmad mustakin

memang fakri langsung tidak myumbang.. ramai lg player bleh try 1st 11.. corak permainan terlalu bsahaja... sukat tandingi thai, indon..

wamora

kelemahan pemain suka memegang bola terllalu lama, pemain asik jatuh terutama kawsan gol, marking pemain terlalu jauh & suka membiar pemain lwn menghantar bola berhampiran kotak penalti. Lain2 terus maju.

Timotius

Malaysia berlatih walau lama mcm mana sekalipun klu tidak pernah bermain d liga luar, MUSTAHIL.... mereka tak kan ke mana...

Mohd nor derman

Syabas sang harimau,walaupn seri bukan bermakna kita lemah..setiap pasukan memang mempunyi skil masing2 untk meraih kemenangan apabila turun kepadang,yg penting jangan gementar dan kuat kn semangat,mentel mesti kuat..janan kita terikut rentak lawan,biar lawan yg terikut rentak sang harimau,baru lawan tak dapat kuasaai sang harimau..berusahalah sang harimau..

Sky Gun

cuba lagi harimau.game pas ni mesti nak menang.

mel

Indah khabar dari rupa, tak sepatutnya boleh seri walhal dah berlatih di Slovak, hanya gah di peringkat Piala Malaysia sahaja.

amal

tak perlu la mempertikaikan kemampuan org...sepatutnye bg support bkn pertikaikan....

Jeruk Maman

Betul kata haszuan tu, fakri tak ada apa apa keistemawaan ntuk bantu team jaringkan gol, kalau dalam liga super pun tak disenaraikan, buat apa senaraikan dalam skuad kebangsaan. Pilih Kasih kot? Kalau game macam semalam yang ditunjukkan jangan harap nak jadi juara, selepas ini game dengan team lebih kuat daripada Singapura.

aku_achick

cara permainan dah cantek, tapi yang peliknye kenapa terlalu lama pegang bola? kenapa bola di kaki pun blh hilang?? pikir2kan lah...

Mie

Di harapkan game slps nie,coach ong x turunkan fakri.. Aku x nmpk pape sumbangan pn dr fakri.. Ilang bola slalu pastu foul.. Fakri x sptotnye d pilih bermain..

asraff

plizz!!!lps nie masukkan Yong Kuong Yong dan Wan Zaharulnizam sbg 1st eleven!!!

mat kacau

fakri hebat.dgr cite liverpool nk beli.slamat maju jaya!

aku

fakri totally nothing la...mmg dr dulu lg die mcm tu...thamil arasu pun ok..tp smlm asal keluarkan thamilmarasu...patutnye fakri tu keluarkan dulu

kelemahan utama bahagian tengah..tak dpt menyerap tekanan ,gugup tak dpt sokongan kwn2

Amir Mahmod Bin Senin

Semoga game selepas ini msia mampu memberi keputusan positif..go Msia

annacomel

dengan singapura pun susah nak memang..tak perlu lah nak pikir yang tinggi -tinggi seperti olimpik atau piala dunia..cukuplah untuk meriah dalam piala malaysia sahaja..

fahmi

haszuan :: jurulatih lebih memahami corak dan pecaturan yang di lakukan ... tak semesti nye tak main kesebelasan utama n9 , die tak leh main kesebelasan utama negara kan :D

pepe pun go harimau malaya .. aku yakin mampu pegang lagi piala buat 2 kali berturut2 :D

Bro Sam

Kelajuan,kawalan bola,peledak gol dan daya juang masih ditahap sederhana.Pemain kita perlu menonton aksi pasukan korea Selatan dan jadikan sebagai motivasi

apai malouda

seri??? ait... berlatih kt slovakia pn blh seri jgk... s'pore xyah berlatih kt eropah pn... buang masa n duit je....

Sulaiman Dali

Bagi pendapat saya kalau mahu menang dengan Thailand, Malaysia perlu bermain counter attack kerana winger Malaysia laju dan boleh menghasilkan peluang dan jaringan. Harap media berilah kata-kata rangsangan dan jangan cuba beri kata-kata yang menakutkan dengan mengatakan Thailand kuat dan seolah-olah mustahil untuk dikalahkan. Peranan media penting dan saya yakin Malaysia boleh menundukkan Thailand.

haszuan bin mohd nasir

aper istimewanya fakri shaarani. sampaikan bole main first eleven. utk n9 pun azraai x pilih dia pun. please inform me

mah`

boleh punye,,lepas ni main lg baik

kg laut warriors

Malaysia boleh, cuma bagi kat depa. Kan singa ni raja rimba, Kena hormat.

Full content generated by Get Full RSS.

Muhyiddin kagum prestasi Nicol, Zulfadli

Posted: 07 Nov 2011 12:06 PM PST

Sukan

Cetus semangat kemenangan kepada atlit lain negara

TAN Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David (atas) kerana merangkul gelaran Juara Terbuka Dunia buat kali keenam berturut-turut dan pemain badminton remaja, Zulfadli Zulkiffli yang menjuarai Kejohanan Badminton Remaja Dunia, kelmarin.

Timbalan Perdana Menteri, dalam satu kenyataan turut melahirkan rasa bangga terhadap kejayaan dua wira negara itu dan berharap kejayaan mereka menjadi pencetus kepada lebih banyak kemenangan atlit negara dalam pelbagai kejohanan. "Saya pasti rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan wira dan wirawati sukan negara itu. Tentunya kemenangan ini tidak mudah dicapai tanpa usaha gigih, latihan berterusan, kecekalan jiwa dan kesabaran yang terpaksa dilalui Nicol serta Zulfadli.

"Tidak dilupakan juga kejuaraan mereka dimungkinkan berkat dorongan serta doa ahli keluarga, jurulatih, pengurus pasukan dan semestinya semua peminat sukan negara.

"Saya berdoa kejayaan Nicol dan Zulfadli menjadi pencetus kepada lebih banyak kemenangan bakal dicipta ahli sukan negara dalam mana-mana pertandingan. Semoga Jalur Gemilang terus berkibar di persada antarabangsa," katanya.

Nicol melakar sejarah baru skuasy wanita dunia apabila merangkul gelaran Terbuka Dunia untuk kali keenam berturut-turut di Rotterdam, Belanda, sekali gus meleburkan rekod lima kali yang dipegang legenda Australia, Sarah Fitzgerald sejak 2002.
Kejayaan Nicol dituruti Zulfadli pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Taipei, Taiwan, kelmarin apabila menewaskan pilihan utama dan juara bertahan, Viktor Axelsen dari Denmark, 21-18, 9-21, 21-19 untuk mencipta sejarah sebagai pemain Malaysia pertama menjuarai acara perseorangan lelaki di kejohanan berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan