Harian Metro: Arena |
Posted: 07 Nov 2011 10:00 AM PST SEMUANYA tidak seperti yang diharapkan apabila skuad bawah 23 tahun negara sekadar seri 0-0 menentang Singapura dalam aksi pembukaan Kumpulan A Sukan Sea Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno semalam. Persembahan skuad kendalian Ong Kim Swee yang dipamerkan khususnya pada babak pertama seperti langsung tidak menggambarkan status juara bertahan pada temasya edisi ke-26 ini.
Biarpun mengakui kekurangan penyerang yang berkaliber, Kim Swee tetap menganggap anak buahnya bakal bangkit memberikan persembahan lebih baik biarpun tugas menjadi lebih sukar untuk berdepan Thailand Rabu ini.
Mengulas insiden Mohd Fandi Othman yang dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit ke-70 namun tidak dilayan pengadil perlawanan dari Myanmar, Win Htut, Kim berkata: "Pada pandangan saya sepatutnya pengadil memberikan penalti tapi ia bergantung kepada kedudukan pengadil ketika itu. Keputusan mutlak di tangan pengadil".
Malah mereka mampu mencipta kemenangan jika pemain sayap Muhammad Fazil Ayob berjaya menyempurnakan percubaan pada minit ke-12 dan 15 pada babak pertama.
|
Posted: 07 Nov 2011 09:51 AM PST JAWAIRIAH Nordin hampir terlepas peluang beraksi pada temasya Sukan Sea Indonesia kali ini gara-gara kemelut dalaman Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM). Namun pemain berusia 21 tahun dari Pulau Pinang itu memastikan tempatnya sekali gus berpeluang memburu pingat pada temasya dwitahunan itu selepas menjuarai pertandingan kelayakan Oktober lalu.
"Kalau nak ikutkan memang saya belum puas hati dengan latihan di sini. Ia tidak mencukupi untuk menghadapi temasya besar seperti Sukan Sea.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan