Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kim Swee mahu aksi lebih garang

Posted:

Kim Swee mahu aksi lebih garang

Kim Swee mahu aksi lebih garang

Daripada AZIZUL FAHMI
AHMAD ZABIDI
azizulfahmi@kosmo.com.my

KIM SWEE (kanan) memberi arahan kepada anak-anak buahnya pada sesi latihan di sebuah gelanggang tenis di Jakarta semalam.


JAKARTA – Jurulatih skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara, Ong Kim Swee boleh menghela nafas lega apabila barisan kendaliannya mengutip satu mata ketika seri tanpa jaringan dengan Singapura pada aksi pembukaan Kumpulan A Sukan SEA 2011 kelmarin.

Sekalipun gagal mengutip tiga mata berharga, Kim Swee tetap menganggap mata 'keramat' itu mampu menjelmakan semangat buat anak-anak buahnya untuk tampil lebih garang bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

Justeru, Kim Swee menuntut barisan Harimau Muda bangkit memburu tiga mata penuh apabila membuat perhitungan dengan musuh tradisi, Thailand di Stadium Gelora Bung Karno hari ini.

"Saya akui pada perlawanan pertama menentang Singapura semalam (kelmarin), para pemain saya bermain di bawah tahap sebenar. Saya lihat ada beberapa pe- main berpengalaman gagal bermain seperti yang diharapkan.

"Bagaimanapun, saya percaya mereka akan kembali menampilkan aksi yang diharapkan pada perlawanan menentang Thailand nanti," kata Kim Swee ketika ditemui Kosmo! semalam.

Ditanya kekuatan yang dimiliki Thailand, Kim Swee mengakui, lawan mereka itu masih layak bergelar jaguh di pentas Asia Tenggara biarpun barisan negara tampil selaku penyandang juara di bumi Jakarta.

"Walaupun Thailand gagal menjuarai Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki AFF tahun lalu, saya masih menganggap mereka sebagai antara pasukan pilihan.

"Hampir kesemua pemain Thailand memiliki mutu permainan yang berkualiti. Saya akui dan para pemain saya juga sedar, aksi menentang Thailand esok (hari ini) bukan satu tugas mudah.

"Jadi saya mahu pemain-pemain saya memberikan komitmen penuh ketika berdepan Thailand nanti. Bagi saya, setiap perlawanan ada tekanannya dan para pemain perlu tahu apa yang harus mereka lakukan," jelasnya.

Bagi 'menjerat' Thailand yang tampil membuka langkah sulung pada temasya kali ini, Kim Swee berkata, beliau akan melakukan rombakan kecil khususnya di barisan tengah.

"Selepas perlawanan menentang Singapura, saya sudah dapat kesan beberapa kelemahan yang timbul. Untuk itu, saya mungkin akan membuat beberapa pertuka- ran pemain di posisi tengah bagi mengimbangi rentak permainan.

"Namun pada masa yang sama, saya perlu menilai tahap kecerga- san para pemain kerana jadual perlawanan (membabitkan skuad negara) hanya berselang sehari se- lepas aksi dengan Singapura.

"Berbeza dengan Thailand, ini merupakan perlawanan pertama mereka. Jadi mereka tidak akan menghadapi masalah kecergasan pemain," tambah Kim Swee.

Jika kekal dengan formasi 4-4-2, Kim Swee pasti meletakkan Izzaq Farris Ramlan dalam kesebelasan utama andai penyerang tinggi lampai itu sudah pulih daripada masalah cirit-birit yang dihidapinya sejak beberapa hari lalu.

Izzaq yang hanya beraksi seba- gai pemain gantian kelmarin, bakal bergandingan dengan Ahmad Fakri Saarani bagi menggempur kubu Thailand.

Peranan 'arkitek' tengah kembali diisi Irfan Fazail dan K. Guru- samy, manakala kapten Baddrol Bakhtiar dan Syahrul Azwari Ibrahim pula menggalas tugas di posisi sayap kiri dan kanan.

Benteng pertahanan pula kekal ditunjangi empat tonggak berpengaruh, Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar (bek kiri) dan Mahali Jasuli (bek kiri), manakala Khairul Fahmi Che Mat terus diberi tanggungjawab menjaga gawang negara.

Full content generated by Get Full RSS.

Fokus pemain tidak terjejas - Hamidin

Posted:

Fokus pemain tidak terjejas - Hamidin

Fokus pemain tidak terjejas - Hamidin

JAKARTA - Sikap penyokong Indonesia yang berke- lakuan tidak profesional jelas sekali tidak mendatangkan resah buat skuad bola sepak B-23 negara.

Hakikatnya, barisan kendalian Ong Kim Swee itu awal-awal lagi sudah diingatkan dengan provokasi yang akan dicetuskan oleh penyokong Indonesia ketika mereka turun beraksi pada temasya Sukan SEA kali ini.

Pada pertemuan menentang Singapura di Stadium Gelora Bung Karno kelmarin, skuad Harimau Muda diejek penyokong tempatan yang sememangnya sudah bersedia 'melanyak' anak- anak buah Kim Swee.

Mujur mereka tidak begitu dihantui dengan sorakan 'boo' oleh ribuan penyo- kong Indonesia, sebaliknya masih mampu menjalankan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin.

"Perkara ini (diejek penyokong Indo- nesia) sudah kita jangka dari awal lagi. Para pemain sudah memahami dan sedar akan situasi yang bakal dihadapi mereka di sini.

"Bagaimanapun, itu bukan alasan untuk mereka gagal menampilkan aksi permainan yang diharapkan. Saya lihat, mereka tidak hilang fokus pada perlawanan dengan Singapura semalam (kelmarin) walaupun sering kena 'boo' oleh penyokong Indonesia," jelas pengurus skuad B-23 negara, Datuk Hamidin Mohd. Amin semalam.

Barisan pemain negara mula mene- rima provokasi daripada penyokong Indonesia sebaik sahaja lagu Negaraku berkumandang sebelum perlawanan berlangsung.

Situasi itu jelas mengundang rasa terkejut para pegawai dan penyokong negara walaupun mereka sudah bersedia dengan 'gelora' yang menanti di gelanggang keramat tersebut.

"Saya sudah ingatkan para pemain bahawa mereka jangan hilang fokus setiap kali diejek penyokong Indonesia. Yang penting, mereka mampu menyerap setiap tekanan, baik di dalam mahupun di luar padang.

"Mereka juga sedar masalah ini akan berterusan setiap kali skuad negara beraksi. Jadi mahu atau tidak, mereka memberikan komitmen 200 peratus di tengah padang," tambahnya.

Mengenai cabaran yang menanti barisan pemain Kim Swee selepas seri tanpa jaringan dengan Singapura kelmarin, Hamidin berkata, pertemuan menentang Thailand hari ini akan menjadi petunjuk kepada hala tuju skuad negara.

"Selepas undian dikeluarkan, kita sudah tahu bahawa Kumpulan A adalah kumpulan maut. Ada empat pasu- kan (Thailand, Indonesia, Singapura dan Malaysia) mempunyai peluang yang seimbang untuk mara ke saingan separuh akhir.

"Jadi saya dapat menjangkakan satu persaingan yang cukup sengit antara keempat-empat pasukan ini untuk mengisi dua slot ke separuh akhir.

"Bermula perlawanan menentang Thailand esok (hari ini), saya harap para pemain bangkit seterusnya mela- yakkan diri ke saingan separuh akhir," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Atlet sukan layar pindah-randah

Posted:

Atlet sukan layar pindah-randah

Atlet sukan layar pindah-randah

KOS penginapan yang tinggi mungkin antara punca atlet sukan layar negara enggan menginap di tempat yang disediakan oleh pihak penganjur Sukan SEA 2011 di Jakarta.

Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Naim Mohammad yang dihubungi berkata, insiden tersebut menjadi masalah utama yang bukan sahaja melibatkan atlet negara, malah kebanyakan atlet dari negara lain apabila mereka tiba di negara tuan rumah sebelum 9 November.

"Pihak kami telah membantu mereka menyediakan tempat penginapan atas biayaan sendiri, namun mereka enggan tinggal di situ," jelas Naim.

Untuk itu, atlet terpaksa 'berpindah-randah' di beberapa hotel sebelum mendapat penginapan rasmi yang hanya disediakan selepas 9 November.

Menurut Naim, ia hanya bersifat sementara dan antara punca setiap pasukan berselerak di hotel sekitar di Jakarta kerana penganjur tidak menyediakan perkampungan sukan seperti kelaziman yang dilakukan oleh tuan rumah sebelum ini.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan