Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


‘Ranjau Perak tetap berliku’

Posted: 09 Feb 2012 01:25 PM PST

Sukan

POPOVIC (dua dari kiri) diasak  pemain Sarawak, Guy Bwele (kiri) pada perlawanan Liga Super di Stadium Perak, kelmarin.

POPOVIC (dua dari kiri) diasak pemain Sarawak, Guy Bwele (kiri) pada perlawanan Liga Super di Stadium Perak, kelmarin.

PENGURUSAN Perak meminta pemain kekal berpijak di bumi nyata di sebalik kejayaan merampas takhta daripada Kelantan selaku pendahulu baru Liga Super.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata ranjau bagi skuad Seladang masih berliku tetapi menghambur pujian ke atas anak didik Norizan Bakar yang mengatasi Sarawak 2-1 di Ipoh, kelmarin.

"Saya berharap pemain meneruskan rentak cemerlang ini dan tidak mudah berpuas hati. Perjalanan masih jauh dan berliku. Ini baru perlawanan keenam," katanya, semalam. Sementara itu, berpegang kepada pepatah lama 'tiada rotan akar pun berguna' Pafa mengekalkan khidmat Lazar Popovic sekurang-kurangnya sehingga tingkap perpindahan April nanti biarpun penyerang Serbia itu masih gagal menjaringkan sebarang gol selepas perlawanan keenam, kelmarin.

Zainol berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat pengurusan pasukan yang diadakan Selasa lalu.

"Selepas meneliti laporan dari jurulatih pasukan jawatankuasa berpuas hati dengan sumbangan Popovic biarpun masih kebuntuan jaringan. Hakikatnya ialah sukar mencari pengganti berwibawa dalam tempoh singkat ini justeru dalam ketiadaan rotan ini kita gunalah akar," katanya.

Ngauman garang anak Harimau

Posted: 09 Feb 2012 01:22 PM PST

Sukan

HARIMAU Muda bermula garang dengan mengungguli persada Liga Singapura selepas mencatat kemenangan bergaya 2-0 ke atas Gombak United FC dalam aksi pertama Liga Singapura di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi.

Walaupun tampak keletihan selepas baru pulang dari Manama, Bahrain mengharungi kempen kelayakan Sukan Olimpik, barisan anak didik Ong Kim Swee masih mampu beraksi dengan corak permainan pantas.

Ia terbukti tatkala aksi baru memasuki tempoh lapan minit, skuad Harimau Muda A sudah memperoleh tiga sepakan sudut namun agak malang apabila kesemua sepakan itu masih belum mampu mencemaskan gawang Gombak United FC. Hanya pada minit ke-13, bermula daripada gerakan Nazmi Faiz Mansor yang bijak melorongkan bola kepada Wan Zack Haikal hampir memecah kebuntuan, namun rembatan pemain sayap itu terkena kaki penjaga gol, Zaiful Nizam.

Serangan bertali arus Harimau Muda terus mengancam kubu Gombak United FC dan pada minit ke-15 hasil sepakan lambung Mohd Irfan Fazail dari kawasan tengah padang menyaksikan A Thamil Arasu pantas menyambar bola sebelum bertindak merembat leret memerangkap Zaiful yang tergamam di gawang sendiri.

Tersentak dengan jaringan awal Harimau Muda A, Gombak United FC yang diperkuatkan dengan tiga pemain import mula mengatur serangan namun benteng pertahanan barisan muda negara gandingan Mohd Fadhli Saas dan Amer Saidin kental mengekang asakan itu.

Bersambung babak kedua, Harimau Muda A tampak mengawal rentak perlawanan dan hampir menambah jaringan pada minit ke-76 selepas bola rembatan Gary Steven Robbat dari luar kotak penalti terkena pertahanan Gombak United FC.
Namun pemain gantian, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria memastikan kemenangan buat Harimau Muda pada minit ke-84 selepas menolak bola sepakan percuma kapten Mahali Jasuli untuk memastikan tiga mata milik barisan muda negara.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Fazillah Mohamad

tahniah harimau muda. teruskan kecemerlangan anda untuk menakhluki benua asia tenggara...Asia tenggara MILIK KITE!!!!!!!

Mat drat

main memang menarik semalam.... tahniah2

skyGun

harimau muda.....terbaikkkkk....

zidato93

permainan harimau muda semakin meningkat dari masa ke semasa...harap dapat dikekalkan prestasi sebegini...terbaik laa harimau muda malaya...teruskan menciopta kemenangan sekaligus membawa piala kejayaan dari kota singa ke tanah air...harimau muda do the best!!...

shah rizal mazuki

bila dilihat pada aksi semalam perlukan lagi persefahaman permain supaya lebih baik lagi.mungkin ramai player2 baru beraksi...tapi aper pun harimau muda tetap yang terbaik.

shah rizal mazuki

bila dilihat pada aksi semalam perlukan lagi persefahaman permain supaya lebih baik lagi.mungkin ramai player2 baru beraksi...tapi aper pun harimau muda tetap yang terbaik.

mawar_spaoh

Perghhh... nang puas nangga bola mlm tadik (bhs srwk) maksudnya, puas betul tngok bola mlm tadi.. Malaysia boleh. Ngap Sayot.

Zul Husni

Tahniah Harimau Muda... semoga menjadi titik permulaan yang baik buat bola sepak negara..!!!!

hafizi

tahiah pasukan harimau muda...usaha lagi...

haniff baling

pulun harimau pulun

wancak

terbaek la, pastikan satu kjayaan di bawa dr kota singa sebagai pengubat dr kegagalan pd saingan klykn olimpik. nelang...

Na O Mei

SYABAS...HM...teruskan corak permainan yg bagus & pastikan mengharumkan lagi nama negara kita dalam sukan bolasepak. Kegagalan dahulu jadikan pengalaman untuk menambah semangat juang kamu semua...Tahniah...teruskan usaha...

Arif Jusril

permulaan,kekalkan momentum..all the best harimau muda.

Amir Mahmod Bin Senin

Cayalah Rimau!!!!!!

Hanny Qaliesha

Tahniah HARIMAU MUDA brjya mnbolosi gwang spore..caiyokkk. Truskn usaha lg..

yushail

Tahniah Harimau Muda.Tiada alasan jika Harimau Muda tidak boleh menguasai Liga S ini kerana ketika ini merupakan antara skuad yang terbaik di Asia. Sepatutnya skuad ini tidak bermain dengan liga yang lebih lemah dari Liga di Malaysia. Minta juga pihak FAS tolong tengok le sikit mutu pengadilan yang berat sebelah.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan