Harian Metro: Arena |
Posted: 09 Feb 2012 09:53 AM PST PERSOALAN berhubung ujian doping Sampel B ke atas dua atlet negara yang beraksi di Sukan Sea Indonesia, November lalu yang diuji di makmal Bangkok, akhirnya terlerai apabila mereka didapati positif. Perkara itu disahkan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Sieh Kok Chi yang menerima panggilan berhubung keputusan itu.
"Saya memang sudah tahu keputusannya menerusi panggilan telefon namun belum mendapat surat pengesahan rasmi daripada SGF. Hingga perkara itu belum disahkan, saya tidak dapat memaklumkan nama mereka yang terbabit.
Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea (Inasoc) pula bertanggungjawab memutuskan sama ada pingat itu akan ditarik balik atau tidak.
"Jawatankuasa itu perlu ditubuhkan untuk menyiasat punca di sebalik semua kejadian itu. Penubuhan jawatankuasa itu secara tidak langsung boleh meringankan hukuman terhadap kesalahan atlet terbabit," katanya.
|
Jentera serangan Selangor tumpul Posted: 09 Feb 2012 09:51 AM PST KECEWA dengan jentera serangan yang terus tidak menjadi, jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim berharap masalah Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) penyerang import baru dari Croatia, Bosko Balaban dapat segera diatasi. Tanpa kelibat Balaban, 34, yang tidak dibenarkan beraksi kerana belum mendapat sijil ITC, skuad Gergasi Merah mensia-siakan peluang beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri 1-1 ketika menentang LionsXII dalam pertembungan Liga Super kelmarin.
"Memang kami kecewa kerana tidak dapat tiga mata sedangkan kami lebih menguasai permainan berbanding pasukan lawan. Pemain mengawal permainan dengan baik tapi bahagian serangan masih gagal menjaringkan gol," katanya.
Ketika ditanya apakah jalan penyelesaian terbaik terhadap prestasi kurang memberangsangkan Selangor ketika ini, Irfan berkata: "Jalan penyelesaiannya adalah kalau Balaban dapat beraksi pastinya keputusan perlawanan berbeza.
"Kita baru mengharungi enam perlawanan, saingan masih awal," jelasnya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan