Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Malaysia benam ego Korea

Posted:

Malaysia benam ego Korea

Malaysia benam ego Korea

MALAYSIA muncul juara Kumpulan D kempen kelayakan Piala Thomas 2012 Zon Asia selepas membenam Korea Selatan 3-2 semalam.

Ternyata percaturan jurulatih beregu lelaki Malaysia, Tan Kim Her mengekalkan gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Goh V Shem-Lim Khim Wah membuahkan hasil apabila mereka meraih kemenangan ke atas lawan masing-masing.

Kemenangan penuh bermakna itu menyaksikan Malaysia akan membuat perhitungan dengan naib juara Kumpulan B, India pada aksi suku akhir hari ini.

Kelmarin, Malaysia dipaksa bekerja keras sebelum melakar kemenangan tipis 3-2 ke atas Hong Kong pada aksi pembukaan Kumpulan D.

MACAU - Malaysia melangkah bergaya ke peringkat suku akhir kempen kelayakan kejohanan badminton Piala Thomas 2012 Zon Asia apabila bergelar juara Kumpulan D.

Kejayaan itu hadir selepas skuad negara membenam ego Korea Selatan apabila mencatatkan kemenangan 3-2 pada aksi terakhir peringkat kumpulan semalam.

Lebih manis, dua pasangan beregu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Goh V Shem-Lim Khim Wah berjaya mencalarkan reputasi Korea Selatan yang sebelum ini ternyata mantap dalam acara tersebut selepas menewaskan lawan masing-masing.

Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Tan Kim Her ternyata gembira dengan kejayaan tersebut apabila percaturannya untuk mengekalkan gandingan sedia ada menghasilkan impak positif.

Sebelum ini, Kim Her dikatakan mahu memecahkan beregu negara, terutamanya pasangan Kien Keat- Boon Heong untuk pertemuan dengan Korea Selatan semalam.

"Sebab utama saya mena- ruh kepercayaan kepada Kien Keat-Boon Heong adalah untuk membuang rasa takut mereka ke atas pasa- ngan Korea Selatan yang sebelum ini menang dalam kesemua enam perlawanan.

"Saya tidak kisah jika mereka kalah. Namun, jika menang pasti akan meningkatkan lagi tahap keyakinan mereka.

"Yang pasti, kemenangan Datuk Lee Chong Wei dalam acara perseorangan pertama telah menaikkan lagi semangat Kien Keat-Boon Heong untuk berdepan pasangan Korea Selatan," kata Kim Her.

Selaku juara Kumpulan D, skuad negara bakal berdepan cabaran India pada aksi peringkat suku akhir hari ini (6.30 petang).

Kini, peluang untuk mara ke peringkat separuh akhir hanya tinggal selangkah sahaja lagi buat skuad negara, sekali gus mengesahkan slot automatik ke pusingan akhir Piala Thomas di Wuhan, China, Mei depan.

Atas kertas, peluang untuk menumbangkan India tampak lebih memihak kepada skuad negara.

Pada aksi semalam, Chong Wei menyumbang mata pertama buat skuad negara apabila mencatatkan kemenangan ke atas Lee Hyun Il 21-13, 21-15.

Kien Keat-Boon Heong pula menamatkan badi kekalahan sebanyak enam perlawanan ke atas Yoo Yeon Seong-Ko Sung Hyun 21-14, 21-19, sekali gus memastikan mata kedua buat skuad negara.

Bagaimanapun, rentak kecemerlangan tersebut gagal diteruskan perseorangan kedua, Muhamad Hafiz Hashim gagal menyumbangkan mata buat skuad negara buat kali ketiga berturut-turut apabila tewas di tangan Shon Wan Ho 22-24, 21-16.

Gandingan V Shem-Khim Wah menceriakan kem sku- ad negara apabila mengutip mata kemenangan awal hasil kejayaan menumbangkan Lee Yong Dae-Shin Baek Choel 18-21, 21-19, 21-11.

Perseorangan ketiga negara, Mohamad Arif Abdul Latif tewas 17-21, 15-21 kepada Hong Ji Hoon.

Figos suntik semangat LTdL 2012

Posted:

Figos suntik semangat LTdL 2012

Figos suntik semangat LTdL 2012

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my


EMIR (dua dari kanan) menerima penajaan daripada Kok Wai (tiga dari kanan) pada Majlis Penajaan LTdL 2012 di Bukit Jalil semalam.


BUAT tahun ketiga berturut- turut, pengeluar barangan sukan tempatan, Figos Sdn. Bhd. (Figos) tampil sebagai penaja kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LT- dL) 2012.

Pengarah Operasi Figos, Tang Kok Wai berkata, bagi edisi kali ini, pihaknya telah memperuntukkan sejumlah RM50,000 berupa peralatan dan barangan sukan

"Kredibiliti LTdL yang berjaya menarik penyertaan dunia membuatkan pihak kami tidak teragak-agak untuk menjadi sebahagian penaja pada perlumbaan ini."

Beliau berkata demikian pada Majlis Penajaan LTdL 2012 oleh Figos di Bukit Jalil semalam.

Menurut Kok Wai, antara penajaan bagi LTdL 2012 ialah pakaian, kasut, seluar sukan dan pelbagai lagi bagi kegunaan pegawai sekretariat dan sukarelawan serta tetamu kehormat yang menjayakan perlumbaan berprestij di benua Asia itu yang bermula 24 Februari ini.

"Kami berasakan hubungan antara Figos dan sukan berbasikal perlu diteruskan kerana inilah masanya untuk Figos memberi sokongan kepada sukan tempatan.

"Umum sudah sedia maklum bahawa kami hanya terbabit dalam sukan futsal dan bola sepak sahaja tetapi kami tidak mahu terus ketinggalan dalam memberi tajaan kepada sukan lain," katanya.

Kok Wai menambah, peningkatan prestasi yang dipamerkan oleh barisan pelumba kebangsaan membuatkan Figos terpanggil untuk terlibat dalam sukan lumba basikal.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi LTdL 2012, Emir Abdul Jalal berkata, kesediaan Figos menjadi penaja buat kali ketiga dianggap suatu mekanisme terbaik dalam mendekatkan peminat sukan dengan barangan tempatan.

"Bukan itu saja, penajaan Figos ini berjaya mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh pihak penganjur.

"Secara tidak langsung, ia dapat mempromosikan perlumbaan LTdL ke tahap yang lebih baik," kata Emir.

Henjutan Hariff sehebat Anuar

Posted:

Henjutan Hariff sehebat Anuar

Henjutan Hariff sehebat Anuar

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.nizam@kosmo.com.my


HARIFF diramal mampu memperkuatkan cabaran skuad lebuh raya negara dalam misi memenangi pingat pertama ACC.


MESKIPUN tanpa khidmat Anuar Manan, skuad elit lebuh raya negara tetap yakin untuk melakukan kejutan pada Kejuaraan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012, Sabtu ini.

Jurulatihnya, Syed Muhammad Husaini Syed Mazlan menjelaskan, kehadiran Mohd. Hariff Salleh yang menggantikan tempat Anuar dalam acara itu diramal mampu memperkuatkan lagi cabaran negara dalam misi memenangi pingat pertama dalam ACC.

Kali terakhir Malaysia mendapat pingat perak menerusi Nor Effendy Rosli pada edisi 1993 di Ipoh, Perak.

Menurut Syed Muhammad Hussaini, tahap kemampuan Hariff adalah hampir setaraf dengan bekas rakan sepasukannya di Terengganu Pro Asia (TSG) itu.

"Saya diberitahu oleh jurulatih TSG, Sebastien Duclos bahawa kondisi Hariff kini 90 peratus dalam keadaan terbaik," kata Syed Muhammad Hussaini semalam.

"Bagi saya, tahap prestasi dan kemampuan Hariff adalah sama dengan Anuar selepas menjalani latihan intensif di Chiang Mai, Thailand baru-baru ini.

"Justeru, saya dapat rasakan bahawa dengan kehadiran Hariff, kita mampu mencipta kejutan atau sekurang-kurangnya memberi saingan kepada pasukan pilihan seperti Iran dan Kazakhstan," jelasnya lagi.

Hariff, 24, yang menyumbang pingat gangsa dalam acara scratch pada saingan trek minggu lalu, bakal membuat penampilan pertama dalam acara lebuh raya menggantikan Anuar yang diketepikan ekoran masalah disiplin.

Selain pemenang Jersi Hijau. Raja Pecut Jelajah Malaysia (JM) 2011 itu, tiga pelumba lagi yang akan bergandingan dengannya ialah abangnya, Zamri, Amir Mustafa Rusli dan Mohd. Akmal Amrun.

"Saya akui saingan kali ini amat sukar dan kita tidak menetapkan sebarang sasaran.

"Tetapi saya yakin kita mampu memberi saingan kepada pasukan pilihan lain dan jika menang pingat pun, saya anggap ia sebagai satu bonus buat kita," kata Syed Muhammad Hussaini lagi.

Mengenai isu Anuar pula, jurulatih dari Terengganu itu menjelaskan, masalah komitmen yang ditunjukkan oleh pelumba pasukan Champion System itu terhadap sesi latihan skuad negara menjadi punca dia diketepikan.

"Anuar masih lagi dalam skuad ini tetapi dia hanya sebagai pelumba simpanan bersama Nor Rizuan Zainal.

"Dia masih seorang pelumba yang bagus dan terbaik pernah kita ada buat masa ini, namun masalahnya ialah dia gagal memberi komitmen penuh kepada skuad negara.

"Jadi, bila tiada komitmen, masalah untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap akan timbul kerana kita tidak tahu di mana tahap prestasinya ketika ini," jelas Syed Muhammad Hussaini lagi.

Acara lebuh raya 179.2 kilometer lelaki elit akan berlangsung di Putrajaya pada pukul 9 pagi, Sabtu ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan