Harian Metro: Arena |
‘Segera hantar laporan’ Posted: 14 Feb 2012 10:46 AM PST PETISYEN yang dihantar semua jurulatih dan atlet olahraga negara, kelmarin dianggap sebagai satu kes besar dengan Pesuruhjaya Sukan, Datuk Mohd Yasin Mohd Salleh mengarahkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), supaya segera menghantar laporan lengkap berhubung kes itu. Sekiranya gagal berbuat demikian, dua persatuan terbabit bakal menerima hukuman dan mungkin digantung.
"Memang tidak mudah untuk menggantung persatuan namun kami mempunyai hak untuk menggantung sekiranya benar mereka mempunyai banyak masalah," katanya.
Pengerusi Perubatan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Dr M Jegathesan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Anti Doping Komanwel Asia berkata, situasi yang berlaku dalam arena sukan negara ketika ini satu perkara yang serius.
"Memang ada dalam peraturan anti doping. Semua yang terbabit iaitu mereka yang mengedarkan ubat atau memberikan kemudahan atau memberi alat kepada atlet boleh digantung," katanya.
|
Posted: 14 Feb 2012 10:40 AM PST PEMAIN import dari Croatia, Bosko Balaban melakukan impak menerusi penampilan pertama bersama Selangor apabila membantu pasukan yang sedang bergelut dengan prestasi itu menewaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan tumpuan Liga Super di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Balaban 32, yang dibenarkan beraksi pada saat akhir selepas mendapat Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) sebelum tempoh perpindahan pemain berakhir kelmarin menyumbat gol kedua selepas pemain tengah, Mohd Safiq Rahim terlebih dulu membuka tirai jaringan pada awal babak kedua untuk meleburkan rekod bersih juara bertahan, Kelantan musim ini.
Dalam perlawanan itu, aksi seimbang dipamerkan pada awal permainan dengan kedua-dua pasukan saling mengatur gerak untuk mencipta peluang memburu gol pendahuluan.
Bersambung babak kedua, Selangor seakan mendapat suntikan semangat baru apabila mengganas dengan jaringan gol Safiq pada minit ke-46 dengan rembatan deras dari luar kotak penalti menerjah ke jaring.
Bagaimanapun pasukan pelawat berjaya juga merapatkan jurang gol selepas pemain pertahanan, S Subramaniam menyepak masuk bola ketika situasi kelam kabut dalam kotak penalti Selangor di penghujung permainan. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan