Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Bojan lulus ujian

Posted: 04 Mar 2012 04:22 PM PST

Sukan

KAPTEN Kelantan, Mohd Badri (dua dari kiri) melakukan rembatan cuba dihalang pertahanan N Sembilan Marian Farbak pada saingan Liga Super di Kota Bharu, malam tadi.

KAPTEN Kelantan, Mohd Badri (dua dari kiri) melakukan rembatan cuba dihalang pertahanan N Sembilan Marian Farbak pada saingan Liga Super di Kota Bharu, malam tadi.

Gol masa kecedaraan ceriakan skuad Red Warriors kekal pendahulu takhta

GOL masa kecederaan S Chanturu membantu Kelantan mengutip tiga mata penuh, sekali gus mengekalkan penguasaan di persada Liga Super selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Sebaik sepak mula, Kelantan yang dikendalikan buat pertama kali jurulatih baru, Bojan Hodak, hanya memerlukan dua minit untuk membuka jaringan apabila kapten, Badhri Radzi yang tidak dikawal menerima hantaran cantik Zairul Fitree Ishak sebelum merembat padu menewaskan Farizal Marlias. Negeri Sembilan cuba bangkit mencari gol penyamaan tetapi gawang Kelantan yang dijaga Khairul Fahmi Che Mat cukup sukar ditembusi untuk kedudukan 1-0 kekal hingga tamat babak pertama.

Selepas rehat, anak buah Azraai Khor Abdullah bagai disuntik semangat baru dan mula mengawal permainan dan Khairul Fahmi yang cuba memintas bola gagal menangkap kemas dan Shakir Ali tampil menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-53.

The Red Warriors yang tampak tidak kekok di bawah Hodak yang menggantikan Peter Butler, hampir dikecewakan Effa Owana pada minit terakhir, tetapi percubaan penyerang itu sempat ditepis Khairul Fahmi.

Ketika kedudukan 1-1 tampak memuaskan hati kedua-dua pasukan, Kelantan menyambar tiga mata penuh apabila Chanturu yang berada di dalam kotak penalti menyempurnakan bola selepas gagal dikeluarkan pemain Negeri Sembilan.
Penyandang juara Liga Super itu kekal di persada liga dengan 20 mata, tiga mata di depan Terengganu dan empat mata di depan T-Team dan Perak manakala Negeri Sembilan masih di tangga ketujuh dengan 12 mata.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

zaizul

Allahuakbar...
Shukur alhamdulillah Klate mene!
GO MORE KLATE GO MORE...
Tq Bojan Hodak

madrag

yo ado benar demo oyap,,,koho kemah strategi kelate maen,,taktik serangan pantas n defen pom v kow nwanri kemah boh

mad

menang nasib nak eboh,,haha,,,

mora

edia pasukan kelantan boleh dicontohhi pasukan asia tengara hebah bagus edia.

pya

sumbat gol minit 2...huhu

NOR AFIFAH HANIM BT AG LAH

good plyers.....

Afiq Danial

bleh tahan gak mcm sir alex ferguson

mok nab

klate maen mene male ok, tp penyudah sedikit kure menyengat

mok nab

klate maen mene male ok, tp penyudah sedikit kure menyengat

abdullah abdul rahman

Semoga pasukan Kelantan akan terus berjaya dalam setiap permainan dan mengungguli juara liga bagi musin ini

aku_achick

sedak doh klate main.. tapi bakpo srupo payoh jah nok buleh gol lepas Nwoha masuk...

hafizul gh

syabas untuk skuad reds warrior. semoga kekal pendahulu liga. gomo kelate gomo.

abe jenal

gomo kelate gomo...kelate tetap no1

shukri

kelate main semalam strategi yg bagus....gomo kelate gomo....dr ank jati kelate....


Mat Zan masih belum puas hati

Posted: 04 Mar 2012 04:17 PM PST

Sukan

  PEMAIN  Terengganu, Mohd Ashari (kiri)  merebut bola daripada pemain  Kuala Lumpur, Muhd Syafiq   pada saingan Liga Super di Stadium Hang Jebat, kelmarin.

PEMAIN Terengganu, Mohd Ashari (kiri) merebut bola daripada pemain Kuala Lumpur, Muhd Syafiq pada saingan Liga Super di Stadium Hang Jebat, kelmarin.

'Corak permainan kami pada semua posisi gagal berfungsi baik'

WALAUPUN merakam kemenangan dan pulang dengan tiga mata, pengendali Terengganu, Mat Zan Mat Aris masih belum berpuas hati dengan mutu permainan anak buahnya ketika menang tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur, kelmarin.

Katanya, beberapa kesilapan mudah dalam aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka itu begitu merunsingkan tatkala pasukannya akan membuat perhitungan besar dalam perlawanan pembukaan Piala AFC menentang kelab Vietnam, Song Lam Nghe An. "Corak pemain pada perlawanan itu (Kuala Lumpur) sedikit mengecewakan kerana semua posisi pertahanan, tengah dan penyudah gagal bermain baik dan kami bernasib baik dapat menjaringkan gol," katanya.

Mat Zan berkata, paling ketara adalah empat pemain negara - Ashaari Shamsuddin, Abdul Manaf Mamat, Muslim Ahmad dan Zubir Azmi - yang mungkin keletihan hingga gagal menunjukkan keserasian dengan rakan sepasukan.

"Saya harap pemain dapat menguatkan mental dan fizikal kerana perlawanan seterusnya amat genting apabila mengharungi Piala AFC dan menanti kunjungan Perak untuk pusingan kedua Piala FA," kata Mat Zan.

Pada perlawanan kelmarin, Terengganu menang tipis selepas penyerang import berbisanya Francis Forkey Doe muncul penyelamat apabila melakukan rembatan pada minit ke-60, sekali gus melonjakkan pasukan ke tangga kedua di belakang Kelantan.
Mat Zan berkata, sebelum terbang ke Vietnam, beberapa kesilapan akan diatasi bagi memperkuatkan setiap posisi kerana kunjungan ke sana bukan saja membawa nama Terengganu malah Malaysia.

"Kancah Piala AFC memang satu cabaran besar buat pemain dan apa yang penting, kami akan buat yang terbaik dan mempamerkan persembahan bermutu," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan