Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


United elak keciciran mata

Posted:

United elak keciciran mata

United elak keciciran mata

YOUNG (dua dari kiri) meledakkan dua gol untuk membantu United menewaskan Spurs 3-1 awal pagi semalam.


LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson yakin juara Liga Perdana England musim ini akan ditentukan pada perlawanan menentang Manchester City di Eastland pada 30 April depan.

Ferguson menyuarakan keyakinan tersebut selepas United mencatat kemenangan 3-1 ke atas Tottenham Hotspur di White Hart Lane awal pagi semalam.

Berdasarkan prestasi yang dipamerkan barisan pemain pada perlawanan tersebut, Ferguson yakin skuad The Red Devils berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.

Ketika ini, United berada di tangga kedua carta liga selepas mengumpul 64 mata, dua mata di belakang City yang terus unggul se- laku pendahulu.

"Kami (United) telah berdepan beberapa pasukan hebat sejak Januari lalu, termasuk City dan Liverpool dalam saingan Piala FA.

"Kami berjaya menghadapi semua perla- wanan tersebut dengan baik dan kredit wajar diberikan kepada barisan pemain. Mereka telah beraksi dengan baik dalam setiap perlawanan," kata Ferguson.

Mengulas mengenai pertemuan dengan City yang merupakan aksi ketiga terakhir United musim ini, Ferguson berkata: "Saya rasa ia bakal menjadi penentu siapa yang bakal bergelar juara liga.

"Namun, apa jua kemungkinan boleh ber- laku. Kamu mungkin akan keciciran mata secara mengejut dan ia boleh berlaku kepada kedua-dua pasukan (United dan City).

"Apa yang paling penting ialah kamu tidak keciciran banyak mata berbanding lawan kamu.

"Kami memiliki pengalaman yang luas bagi menghadapi situasi seperti ini.

"Segala-galanya telah terbukti pada perlawanan hari ini (awal pagi semalam) yang mana pemain menunjukkan semangat juang tinggi biarpun Spurs adalah sebuah pasukan yang kuat," ujar Ferguson. - AFP

Zulfadli impi jejak kaki ke Wuhan

Posted:

Zulfadli impi jejak kaki ke Wuhan

Zulfadli impi jejak kaki ke Wuhan

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


ZULFADLI melakukan regangan badan selepas menjalani latihan di Kuala Lumpur Sport Arena semalam.


JUARA remaja dunia, Zulfadli Zulkifli amat berharap disenaraikan bagi menyertai skuad negara pada kejohanan badminton Piala Thomas 2012 di Wuhan, China, Mei depan.

Bagaimanapun, Zulfadli, 19, enggan terlalu memikirkan mengenai perkara tersebut sehingga menjejaskan fokusnya bagi menghadapi beberapa kejohanan sebelum berlangsungnya Piala Thomas.

Zulfadli yang berada di bawah naungan Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) berkata, dia akan memberi tumpuan kepada setiap sesi latihan serta kejohanan yang akan disertainya.

"Setiap pemain pastinya mahu beraksi pada Piala Thomas. Namun, saya tidak boleh terlalu memikirkan mengenainya sehingga tidak dapat fokus pada kejohanan lain.

"Saya tidak mahu hanya disebabkan terlalu mahu beraksi pada Piala Thomas, saya terlupa saya juga ada tugas lain yang perlu di- laksanakan pada beberapa kejohanan lain.

"Biarlah saya fokus satu demi satu. Jika ada rezeki saya, pasti saya boleh beraksi pada Piala Thomas," kata Zulfadli ketika menja- lani sesi latihan pertamanya di bawah kendalian Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Kuala Lumpur Sport Arena semalam.

Menurut Zulfadli, beberapa kejohanan yang akan disertai sebe- lum kempen Piala Thomas amat penting baginya kerana BAM akan membuat penilaian sama ada dia layak disenaraikan ke Wuhan atau sebaliknya.

"Jika saya tidak beraksi dengan baik, sudah pasti BAM tidak akan memilih saya untuk disenaraikan dalam skuad negara.

"Disebabkan itu, saya perlu beraksi dengan baik pada setiap kejo- hanan yang saya sertai.

"Saya menanamkan tekad untuk memberikan yang terbaik demi menjamin tempat dalam skuad negara," tambahnya.

Semalam, Zulfadli hadir menjalani sesi latihan pertamanya bersama BAM di bawah kendalian ju- rulatih perseorangan negara, Hendrawan sebagai persiapan menghadapi Piala Axiata yang bermula 23 Mac ini di dua venue – Malaysia dan Indonesia.

Latihan itu juga menjadi medan buat Zulfadli untuk memburu tempat dalam skuad negara pada saingan Piala Thomas yang akan bermula 20 hingga 27 Mei depan.

Ujian sulung Zulfadli bagi membuktikan kualiti yang dimilikinya adalah pada Terbuka Switzerland yang bakal berlangsung di Basel bermula 13 hingga 18 Mac ini.

Zulfadli juga akan menyertai Cabaran Antarabangsa Vietnam pada penghujung bulan ini.

Nama Zulfadli mula disebut-sebut bakal menggantikan tempat jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei selepas keja- yaannya merangkul gelaran juara remaja dunia dan Asia tahun lalu.

Satu mata sudah memadai

Posted:

Satu mata sudah memadai

Satu mata sudah memadai

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


DUO TEMPATAN... Ashaari Samsudin (tengah) dan Abdul Manaf (kiri) mampu merobek gawang Song Lam Nghe An pada aksi pembuka tirai Piala AFC di Stadium Vinh, Vietnam malam ini.


KEYAKINAN memuncak kini dirasai para pemain Terengganu yang akan membuat penampilan sulung pada kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) malam ini.

Tampil selaku juara Piala FA, skuad kendalian Mat Zan Mat Aris itu dijadualkan menentang kelab dari Vietnam, Song Lam Nghe An pada aksi pembuka tirai Kumpulan F di Stadium Vinh.

Bagaimanapun, ramalan awal ketika ini jelas memihak kepada Song Lam berdasarkan reputasi tuan rumah itu selaku juara Liga Vietnam (V-League), selain akan beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Justeru, Mat Zan lebih bermi- nat untuk bersikap realistik dengan menggangap satu mata yang diraih dari gelanggang lawan sudah memadai buat pasu- kannya.

"Ini adalah penampilan pertama kami pada Piala AFC dan sudah pasti ia memberi cabaran berbeza kepada para pemain.

"Malah, dengan jadual padat yang terpaksa kami lalui sepanjang bulan ini, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada kecergasan pemain," kata Mat Zan kepada Kosmo!

Mat Zan yang mula membim- bing Terengganu awal musim ini turut mengakui kemampuan kelab dari Vietnam itu.

Katanya, corak permainan bola sepak di Vietnam yang agak pantas menyebabkan barisan pemainnya berada pada kecergasan terbaik sepanjang 90 minit permainan.

"Sasaran awal kami pada Piala AFC adalah untuk melepasi peringkat kumpulan dan mara ke pusingan kedua.

"Jadi, saya cuma mengharap- kan para pemain dapat menge- kang setiap asakan lawan untuk kami membawa pulang satu mata sekurang-kurangnya," jelasnya lagi.

Untuk rekod, Song Lam yang merupakan juara Piala Super musim lalu kini menduduki tangga kelima dalam kempen Liga Vietnam, manakala Terengganu berada di kedudukan kedua dalam saingan Liga Super.

Musim lalu, kelab dari Vietnam itu berjaya melepasi aksi peringkat kumpulan Piala AFC sebelum tewas kepada kelab Indonesia, Persipura Jayapura pada pusingan kedua.

Menurut Mat Zan lagi, beliau kini mengharapkan barisan serangan pasukannya yang diketuai penyerang berbisa, Francis Forkey Doe mampu menghasilkan sesuatu pada perlawanan malam ini.

"Sentuhan Abdul Manaf Mamat dan Abdul Hadi Yahya juga begitu ditagih bagi memberi sesuatu kepada pasukan pada saingan Piala AFC msuim ini," ujarnya.

Selain Terengganu dan Song Lam, kelab Hong Kong, Kitchee dan Tampines Rovers dari Singapura turut bersaing dalam Kumpulan F.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan