Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kehadiran Eaton buang masa

Posted:

Kehadiran Eaton buang masa

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Kunjungan Pegawai Keselamatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Chris Eaton ke Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya semalam bagi memperjelaskan tuduhan terdapat pegawai pentadbiran FAM mengatur perlawanan, cuma membuang masa.

Eaton bukan sekadar enggan memberikan maklumat mengenai tuduhannya, malahan bekas penyiasat Interpool dari Australia itu berkata, kenyataan yang dibuat kepada sebuah akhbar di Singapura baru-baru ini, dibuat hanya berdasarkan dakwaan oleh pihak tertentu tanpa mengemukakan sebarang bukti.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, kehadiran Eaton ke Wisma FAM berjumpa Jawatankuasa Integriti FAM tidak memberikan sebarang manfaat.

"Eaton enggan memberikan penjelasan kepada kami mengenai dakwaannya bahawa ada pegawai FAM yang terlibat dalam rasuah, walaupun maklumat yang dia dapat boleh dikatakan berbentuk tohmahan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

MOM tubuh panel bebas

Posted:

MOM tubuh panel bebas

Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my


AHMAD Shabery Cheek (kanan) berbual dengan Tunku Imran Tuanku Ja'afar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Road To London 2012 di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA - Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menubuhkan panel bebas bagi menganggotai jawatankuasa siasatan untuk melaksanakan satu inkuiri ke atas Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim.

Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar berkata, jawatankuasa tersebut yang diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk V C George akan menjalankan siasatan dalam masa terdekat.

"Datuk VC George akan dibantu oleh dua peguam iaitu Vinayak P. Pradhan dan William Davidson bagi menjalankan siasatan," katanya.

Beliau menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Road To London 2012 yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di sini, semalam.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan