Chong Wei gantung raket 2013 Posted: 09 Mar 2012 11:38 AM PST Sukan Hanya beraksi hingga Kejohanan Dunia di GuangzhouMASIH meletakkan Sukan Olimpik di London sebagai keutamaannya, jaguh badminton negara Lee Chong Wei mendedahkan dia hanya akan bersara sebagai pemain tahun depan. "Saya kena bermain sehingga 2012 atas sebab ikatan penajaan dan akan mencuba buat kali terakhir pada Kejohanan Dunia 2013 (di Guangzhou)," katanya selepas menewaskan pemain Denmark, Hans-Kristian Vittinghus 23-21, 21-18 dalam pusingan kedua Seluruh England di Birmingham, kelmarin. Mengenai perancangan masa depannya, pemain 30 tahun itu berkata, dia memberi tempoh dua tahun buat dirinya untuk menjalankan perniagaan sebelum memikirkan sama ada untuk kembali sebagai jurulatih. "Kini saya meletakkan keutamaan untuk menang di Olimpik, namun pada masa yang sama saya fokus untuk menang bagi mempertahankan kejuaraan kali ketiga (Seluruh England) bagi memberi lebih keyakinan menjelang Olimpik nanti," katanya. Juara bertahan itu akan bertemu Dionysius Hayom Rumbaka dari Indonesia dengan ditemani seorang lagi perseorangan lelaki negara, Liew Daren pada suku akhir, semalam. Biarpun sebelum ini tidak diletakkan harapan tinggi, Daren yang julung kali menyertai kejohanan itu membuktikan kemampuannya apabila menundukkan Rajiv Ouseph dari England 21-15, 21-10 dalam tempoh 32 minit. Namun halangan besar menantinya pada suku akhir apabila dijadual bertemu pemain Korea, Lee Hyun Il yang juga pilihan kelapan. "Mungkin kali ini Hyun Il akan lebih bersedia selepas saya menewaskannya pada pertemuan lalu. Saya hanya perlu bermain seperti hari ini (pusingan kedua) dan yakin peluang 50-50 untuk mara ke separuh akhir," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen petani kepada annacomel.. ramai orang lain yang hanya bersekolah setakat sekolah rendah @ menengah namun masih boleh berjaya. banyak bidang yang boleh diceburi selain perniagaan yang memerlukan modal yang besar. Asalkan tidak malas dan jangan terlalu mengharap bantuan orang lain.ubahlah mentaliti anda dan jangan terus mengharap subsidi@bantuan orang lain. CUBA BERUSAHA SENDIRI. masri silim Peter Gade > Hans Kristian Vittinghus
Lin Dan > Chen Long, Chen Jin...
Taufik Hidayat > ?
Lee Chong Wei > ?
Masih tercari2 pengganti..tiadakah yg layak? man Dato lee Chong Wei terbaik...teruskn perjuangan. annacomel Terima kasih ke dato Lee Chong Wei kerana telah berjasa kepada negara dengan mengharumkan nama negara di setiap kali menjuarai kejohanan badminton. Rasa gembira kerana dato memiliki masa depan yang cemerlang. Semoga pemain lain dapat mencontohi Dato.Cuma tertanya-tanya di fikiran saya ke manakah hala tuju pemain simpmanan negara yang gagal menampilkn diri sebagai juara? mereka telah membesar di sekolah bukit jalil dan telah mereka telah memokuskan sukan badminton tetapi gagal untuk menjadi seperti dato Lee menjadi juara dunia namun pada masa yang sama mereka telah ketinggalan dalam pelajaran.Kemanakah mereka selepas ini?Pekerjaan apakah yang boleh mereka ceburi selatih menjadi jurulatih untuk menyara keluarga mereka? Ramai pelajar dihantar pulang ke negeri masing kerana cedera lutut. Apakah usaha untuk memberikan masa depan kepada mereka setelah mereka cemerlang di MSSM dan di letakkan di SM bukit jalil.Bagaimanakah masa depan ramaja yang tidak dapat mencapai sasaran yang di kehendaki seperti Ariff latf,vontus,mohd lufti dan ramai lagi anak melayu yang tidak mempunyai modal untuk berniaga? |
Prestasi skuad KL meningkat Posted: 09 Mar 2012 11:37 AM PST Sukan "PRESTASI mereka makin meningkat," demikian pengakuan penjaga gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat mengenai lawan mereka, Kuala Lumpur pada pusingan kedua Piala FA, malam ini. Selain hanya mahukan kemenangan mutlak, kemenangan ke atas skuad Warga Kota dilihat lebih penting untuk meletakkan The Red Warriors di landasan terbaik memenangi lebih banyak trofi musim ini.
Malah episod duka dikecewakan Negeri Sembilan ketika cuba mempertahankan trofi sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah sebelum ini, boleh dijadikan pengajaran terbaik bagi Kelantan supaya tidak terlalu yakin walaupun berdepan pasukan kerdil. Penjaga gol yang dikenali sebagai Apek itu menegaskan, meskipun mengakui jurang kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super agak jauh, dia tetap menganggap aksi malam ini sebagai satu perjuangan hidup mati bagi merealisasikan perebutan kejuaraan Piala FA. "Pada perlawanan Liga Super menentang Terengganu sebelum ini, mereka (Kuala Lumpur) mampu memberikan saingan dan walaupun tewas, ia hanya dengan jaringan tipis.
"Mungkin mereka lebih bersemangat selepas perlawanan itu, malah prestasi mereka juga semakin meningkat selepas setiap perlawanan. Kami tidak boleh ambil mudah dan perlu berada dalam keadaan bersedia," katanya.
Kelantan layak ke pusingan kedua selepas menewaskan Sarawak 2-1 manakala Kuala Lumpur menyingkirkan pesaing Liga Perdana, MP Muar, 3-0.
"Walaupun sedikit letih kerana mengharungi tiga perlawanan dalam tempoh seminggu, kami perlu segera pulih dan tidak menjadikannya sebagai alasan untuk beraksi di bawah tahap sebenar," katanya.
|
0 ulasan:
Catat Ulasan