Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Tak rela putih mata

Posted: 09 Mar 2012 09:55 AM PST

MISI pertama skuad hoki negara untuk menamatkan kemarau gagal layak ke Sukan Olimpik dalam tempoh 12 tahun bermula hari ini apabila bakal bertemu Chile pada perlawanan pertama pusingan kelayakan di Stadium Kolej Universiti, Dublin, Ireland, malam ini.

Turun selaku pasukan pilihan, tiada lain yang dituntut daripada barisan anak buah Tai Beng Hai (gambar) selain wajib mencatatkan kemenangan bertemu lawan yang berkedudukan ranking ke-26 dunia, jauh lebih rendah berbanding skuad negara di tempat ke-13.


Namun di sebalik ramalan kemenangan yang sepatutnya bakal memihak kepada skuad negara, Beng Hai tetap tidak mahu memperkecilkan keupayaan Chile, sebuah pasukan yang pada pemerhatiannya mempunyai corak permainan hampir sama dengan Argentina yang berada dalam kelompok 10 pasukan terbaik dunia ketika ini.

"Berdasarkan aksi mereka yang saya saksikan sendiri melalui video, Chile sebenarnya bukanlah pasukan yang mudah untuk ditewaskan kerana mereka bermain seperti Argentina.


"Satu ketika dulu mungkin mereka bukan pasukan yang kuat tapi tidak lagi sekarang kerana bagi saya, tahap permainan mereka semakin meningkat.


"Sebab itu kita tidak boleh memandang rendah keupayaan mereka dan perlu sentiasa berwaspada pada perlawanan pertama nanti," katanya ketika ditemui semalam.

Selain mengharapkan kemenangan, Beng Hai juga mengharapkan anak buahnya dapat menyesuaikan diri dengan faktor cuaca serta suhu sejuk di Dublin ketika ini.


"Jika suhu cuaca terlalu sejuk, pastinya ia mendatangkan masalah kepada barisan pemain kita kerana tidak biasa bermain dengan keadaan suhu sekitar 3 hingga 5 darjah Celcius.

"Apapun kita perlu beraksi sebaik mungkin untuk mendapat kemenangan pertama sebelum berdepan cabaran seterusnya," katanya.



Irfan cari penawar

Posted: 09 Mar 2012 09:48 AM PST

KEKECEWAAN ditewaskan Kedah dalam saingan Liga Super, Sabtu lalu ingin dilupakan Selangor bagi memastikan tiket ke suku akhir Piala FA mampu digenggam malam ini.

Bagaimanapun bukan tugas mudah buat skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu yang menentang seteru Liga Super, Johor FC di gelanggang lawan selain mendapat sentuhan bekas pengendali Selangor musim lalu, K Devan.


Malah Selangor yang kini berada di kedudukan kelapan liga mencatatkan keputusan buruk apabila menentang pasukan di kelompok bawahan seperti Felda United, PKNS FC dengan terbaru kecundang 0-1 kepada Kedah.

Hakikat itu diakui Irfan Bakti yang berharap ia tidak berterusan dalam saingan Piala FA kerana Johor FC kini berada di tangga ke-11 liga.


"Saya tidak mahu ia berulang dan berharap pemain memberikan komitmen penuh. Kemenangan ini penting bagi mengembalikan tahap keyakinan pemain selepas kekalahan di Alor Setar," katanya.


Malah menurut bekas jurulatih yang membimbing Terengganu menjuarai piala itu pada musim lalu, beliau memberikan tumpuan khas dalam sesi latihan beberapa hari lalu bagi meningkatkan kemampuan jentera serangan untuk memastikan Selangor mampu menamatkan saingan dalam tempoh perlawanan sebenar.

Selangor tidak mempunyai masalah besar dalam memilih kesebelasan terbaik apabila hanya perancang tengah, K Gurusamy masih dibelenggu kecederaan.


Andai mampu melepasi halangan Johor FC, tugas lebih mudah menanti Selangor di suku akhir kerana bakal bertemu USM FC atau Sime Darby FC.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan